Sejak kebelakangan ini, Mieya agak tertekan sedikit bila mana handphone Samsung Galaxy Y kesayangan Mieya semakin kurang pintar, cepat panas, dan bateri mudah kong / kosong/ low dan seangkatan dengannya.
Kekadang tu, bila nak menaip sms, mesej pesanan ringkas, atau wechat-ing dengan orang lain. Tetiba handphone jadi 'hang', tak bergerak, touchscreen tak berfungsi lagi-lagi bila menaip bait perkataan.
Tak tahu lah kenapa. Puas jugak belek-belek phone cikai Mieya tu. Uninstall mana-mana aplikasi yang tak digunakan, game semua dah habis dibuang. But still, Mieya masih lagi menghadapi masalah yang serupa. Tension gilerrr !
At last, sekarang nie Mieya hanya bergantung harap kepada handphone baru Mieya sahaja. Itupon still hadapi masalah seperti yang dinyatakan di perenggan pertama tadi.
So, Mieya cuba mencari jalan penyelesaiannya melalui laman carian google. And antara tips-tips yang diberikan ialah :
- Tetapkan (Set) kadar keterangan skrin ke aras yang rendah. Ini akan membantu melanjutkan kuasa bateri kerana skrin menggunakan kuasa yang rendah.
- Bila korang tak menggunakan skrin, sila aktifkan paparan standby iaitu dengan mematikan paparan pada skrin. Dicadangkan masa untuk skrin automatik ke paparan standby tidak lah terlalu lama.
- Kalau korang tak guna Bluetooth, tutup sahaja. Ini adalah perkara asas yang mungkin semua orang tahu. Mematikan Bluetooth bukan sahaja menjimatkan kuasa bateri, tetapi melindungi dari ancaman luar. Begitu juga dengan sambungan WiFi, sila matikan jika tidak mahu menggunakannya
- Mesti didalam telefon korang mempunyai aplikasi email/sosial media seperti Facebook, Twitter dan lain-lain. Sila ubahkan kekerapan untuk aplikasi itu mendapatan kemaskini terbaru.
- Mungkin telefon pintar korang menerima kemaskini terbaru atau aplikasi mempunyai versi terkini. Digalakkan proses kemaskini tersebut dijalankan semasa korang mengecas telefon.
- Aktifkan sahaja fungsi Power Saving Mode walaupun kuasa bateri masih banyak. Ini kerana mode tersebut akan menjalankan satu pemantauan ketat terhadap penggunaan telefon dan masih mengekalkan prestasi telefon ketahap maksimum.
- Pengecas telefon kini mempunyai fungsi dimana akan akan mengesan apabila telefon mencapai 100% dan berhenti tanpa merosakkan bateri. Jika pengecas yang korang gunakan rosak dan tidak boleh digunakan, belilah pengecas yang dikeluarkan oleh pengilang telefon korang atau dengan kata lain belilah yang original.
- Mengaktifkan getaran tidak diperlukan kecuali telefon korang didalam mod senyap (Silent).
- Sebaiknya gunakan alat di kawasan yang lebih sejuk jika ingin menggunakannya untuk hal-hal yang cukup berat seperti bermain game, browsing dll. Lalu apabila menggunakan alat (telefon pintar), genggamlah dengan "jari" , bukan telapak tangan anda. Kerana jika anda terlalu erat menggenggam terutama dengan telapak tangan anda, hal itu menyebabkan panas dari dalam alat tidak dapat terlepas sempurna kerana tertahan oleh telapak tangan anda, jadi berikanlah ruang untuk alat anda agar mendapat udara segar dan melepaskan panasnya.
- Lastly, kalau tak berkesan juga.. download lah application yang berguna ni hah,
-Android booster (optimize memory)
-Batteryminder (tengok status pratusan battery)
-Juicedefender (closed setting untuk data hp yg tak penting)
Credit to : Mr. Piratz
6 comments:
masalah sama dengan henpon sgy SB..last2 SB buang semua apps yg dah download dari playstore
kenapa eh boleh jadi mcm tu...
tapikan, selalunya kalau phone hang...telefon tu berat..mgkin sbb memori kecik...
Cuba update ke firmware yang terkini. Kalau belum lagi la. Hehe
handphone canggih mcm mana pun..
xsemua function dia kita guna
mula beli je rasa teruja...
www.freevitamin.my
Saya mengalami masalah bateri lah. Tapi tu lah kalao ada powerbank bole membantu hahaha tapi takde maslahnya
hp sy pulak kadang+ dia tak dapat kesan memory..huhu
Post a Comment