Pecah Rekod

Assalamualaikum wbt :)

Semalam, 16 September 2013, bersamaan dengan Hari Isnin. (Selamat Hari Malaysia kepada rakan-rakan semua !) ... merupakan hari yang paling bermakna buat Mieya. Sebabnya, buat kali pertamanya dalam rekod peribadi Mieya.. Mieya telah berjaya membaca dua buah novel dalam masa satu hari. Oh yeah!


Novel pertama ialah novel yang bertajuk "Suamiku, Encik Perfect 10!". Dan novel yang kedua bertajuk "M.A.I.D"  Kedua-dua buah novel ni memang kuat sangat jalan ceritanya. Di mana Mieya pon dah pernah baca a little bit dekat Penulisan2U sebelum membelinya. (Selalunya memang macam nie pon)

eleh, ingatkan nak cerita apa lah tadi..! Haih -,-"

Lately, rasa lemau sangat bila nak 'online' kan diri. Tak tahu kenapa. Maybe disebabkan rutin harian yang hampir sama sahaja setiap hari.

Ye lah, dekat tempat kerja.. Boleh dikatakan hari-hari mengadap yahoo, website company.. Err.. sometimes bila bos takde (mula keluar belang dan taring) buka dashboard blog, mulakan blogwalking, facebook and last but not least layari youtube. Manakala dekat rumah pula, kembali mengadap benda yang sama sahaja. Facebook, check email, blog and etc... huhuhu

So, disebabkan cuti semalam.. Boleh lah rehat-rehatkan minda serta alihkan fikiran sebentar daripada terus-terusan memikirkan hal duniawi yang memang takkan pernah habis setiap hari. Di samping dapat juga release kan tension sebentar.

And definitely yes! Alhamdulillah.. Mieya sudah kembali fresh, dah mula ada idea nak update berbagai-bagai aktiviti yang telah Mieya jalankan sepanjang hujung minggu yang lepas. Hope korang takkan jemu lah nak membacanya nanti !

P/S : Tetibe terasa macam ayat-ayat yang digunakan dalam entri kali ini macam gedik dan syok sendiri melampau? kahkahkah  Mungkin juga sebab dah dijangkiti sindrom ketandusan idea semalam. haha Layankan je lah eh?

15 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

lama yui tak buka penulisan2u..

dhsyat tu sehari dapat hbskan 2..tahniah2..hihi

Lieya Von Jay said...

akak pon pernah mcm ni masa dulu2 la.. skrg dh lama xbaca novel huhu

Unknown said...

Novel M.a.i.d tu dah baca dulu.. Best ;D hee

Cik Itah said...

dua novel dalam 1 hari? terbaik la, sy paling tak pun 2 hari habiskan 1 novel..hee

norhasnizakhalid said...

2 novel dalam sehari ???... mama 2w satu novel.. kihkih

ezy.fia said...

novel MAID dh bace dh..
best..

jie susanos said...

ish..jie xdpt lakukan..shari 2 novel..

Story Nadya said...

Novel nie mmg best^^

Unknown said...

terernye mieya blh habiskan 2 novel dlm sehari
yumida baca suka novel..ambik masa 5 hari habiskan
mana x nye asyik terbantut je pembacaan. itulah inilah
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

mirahss said...

wah. 2 novel dlm ms 1hari. hihi
xbpluang lg bc 2 novel tu, best x?

J.Syazwana said...

2 novel sehari? wahhhhhhhhh hebat giler! seyes.

hari tu ade beli novel anthem by hlovate. dah sebulan lebih kot. haha! tak habis2 bace lagi. sebab wiken je baru ade masa baca.

salam kenal :)

Mummy MM said...

Saya pulak, kalau boring, tido. Hihi.

Hazmin Hamudin said...

Memang kerja mengadap novel jela ni. Sehari dua novel boleh habis.

Miss N™ said...

sehari dua novel..?

perghhh..hebat mieya..!

maid tu bestkan..sangat best..bila baca mmg berangan nak boiperen mcm mr.f...kekekekeke

Unknown said...

ceta maid tu best!:) yg lagi satu tu xda dlm koleksi lagi,huhu..