Bertempat di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.. Bekas anggota kumpulan Elite, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim atau dikenali dengan nama Fiza Halim, 32 sah menjadi isteri kepada penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kedua, Mohd Aizam Mat Saman atau Adam, 30 pada jam 10.30 pagi tadi dengan sekali lafaz.
Fiza menyatakan ,”Adam seorang yang lemah-lembut, dia seorang penyayang dan saya rasa senang sangat dengan dia”.
Selain itu, antara faktor yang membuka hati Fiza untuk menerima Adam ialah melihat keakraban di antara anak-anaknya iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra, 4, dengan Adam malah kedua-duanya puterinya itu sangat menyayangi Adam seperti ayah mereka sendiri.
Sementara itu, Adam menyatakan dia mengetahui hakikat Fiza merupakan seorang janda beranak dua ketika di awal pertemuan mereka dahulu dan menyatakan kesediaannya bergelar bapa kepada anak-anak Fiza hasil perkahwinan terdahulunya.
Jutaan tahniah dan selamat pengantin baru Mieya ucapkan kepada mereka berdua. Semoga kedua-dua mempelai ini bahagia hingga ke akhir hayat & berikut beberapa keping gambar di sekitar majlis pernikahan yang serba ringkas ini.
11 comments:
wahhh... semoga bahagia selalu ^_^
Tau2 bernikah dah diorang ni. Tahniah utk mereka.
tahniah buat mereka..
flowergirl kanan tu comel
tembam je .mke cam arab skit.
comelnye!!!! hehe
tahniah buat kedua mempelai
alhamdulillah
moga bahagia hgg akhir hayat
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
Tahniah untuk adam dan fiza..moga kekal hingga hujung nyawa :)
Tahniah Adam dan fiza.. :)
alhamdulillah...tahniah buat Adam dan Fiza :)
Alhamdulillah.. selamat dah nikah :)
tahniah bt mereka dan moga berbahagia hingga ke syurga..amin
selamat pengantin baru buat adam dan fiza. :)
Post a Comment