Actually, dari sehari ke sehari Mieya nak review pasal novel ni. Tapi asyik tertangguh sahaja. Maklum sahaja lah bila dah bekerjaya nie. Balik kerja, badan dah penat. So, mind set asyik fikir nak rehat sahaja. Biasa lah tu kan?
Jadi, bila dah dapat peluang nak fokus on blogging ni... Harus lah kita manfaatkan dengan sebaiknya.
Cewahhhhh, fokus lah sangat konon-kononnya.
Sinopsis Novel Dulu Benci, Sekarang Suka
BENCI! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu.
Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu.
Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh.
Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain nekad untuk mengundur diri.
Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta sentiasa di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah?
Kenapa dalam masa seminggu kau berjaya runtuhkan ego aku? Kau buatkan aku termakan dengan kata-kata aku dulu. Kau berjaya membuatkan Die, Izz dan mak su kau gelakkan aku. Malah, doa mak su kau untuk melihat aku tersungkur di depan kau seakan-akan dimakbulkan ALLAH. - Hazrel Hardy
Saya pun tak ingin nak kahwin dengan lelaki kurang ajar, bermulut longkang, dan berperangan buruk macam awak ni. - Nur Ain Zafira
Jalan cerita novel ini tak sama dengan sesetengah novel meskipun ada unsur-unsur kahwin paksa.
Gaya bahasa yang digunakan walau bersahaja, tapi mampu membuatkan Mieya ketawa serta tersengih-sengih bila membacanya.
Novel ini bermula dengan emosi sedih yang tidak terkawal di mana Datin Salina sekeluarga kehilangan anak sulungnya, iaitu Hazrul Hardy yang terlibat dalam satu kemalangan. Jalan cerita diteruskan lagi dengan kisah di mana
Nur Ain Zafira dibuang oleh keluarga kerana fitnah yang dilempar oleh induvidu yang tidak bertanggungjawab di kampungnya. Nasib baiklah dia ada mak su sebagai tempat untuk menumpang kasih.
Semuanya berpunca apabila Hazrul menyuarakan hasrat hatinya untuk menikahi Nur Ain, Nur Ain difitnah.
Hubungan mereka berdua tidak direstui oleh Datin Salina kerana dia cukup anti dengan orang yang tak setaraf dengannya. Hazrul terkorban dalam satu kemalangan sebelum sempat mendedahkan perkara yang sebenar mengenai fitnah yang tersebar.
Dan selepas itu, hidup Ain sentiasa berkisar dengan bos di tempat kerjaya, Hazrel Hardy. Ada sahaja yang tak kena dengan lelaki itu. Hazrel yang bongkak sering menghina serta memperlekehkan kebolehan Nur Ain Zafira.
Dan entah bagaimana, dalam satu insiden..mereka telah ditangkap khalwat dan terpaksa dinikahkan.
Tanpa pengetahuan Datin Salina dan Datuk Redzuan, Hazrel Hardy akhirnya telah menjadi suami kepada Nur Ain Zafira. Perempuan yang selama ini dia pandang rendah dan sering dihina.
Babak lepas kahwin ni yang membuatkan Mieya tergelak guling-guling. hehehe Serius kelakar sangat !
Di mana Hazrel akhirnya mula jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Entah kenapa hatinya boleh terpaut dengan gadis biasa ini. Bukannya ada kelebihan apa pun, sudah lah mukanya berparut. Tapi Nur Ain memiliki sekuntum senyuman yang ikhlas serta personalitinya yang lurus. Hal ini membuatkan Hazrel tidak mampu menidakkan rasa sayang dan cinta yang mula terbit dari dasar hatinya. Dia mula nekad untuk melindungi isterinya.
Namun, bahagia masih belum menjadi milik Nur Ain Zafira sepenuhnya mama Hazrel tetap mahu meneruskan perkahwinan di antara Hazrel dan Qistina. Actually, Qistina ni dulunya pernah dijodohkan dengan abang Hazrel, iaitu Hazrul. Tapi disebabkan usaha untuk menggoda Hazrul tak berhasil, maka dia teruskan misi untuk menggoda Hazrel pula.
Malangnya, usaha Qistina hanyalah sia-sia sahaja. Berikutan itu, Qistina mula merancang sesuatu dan Nur Ain Zafira difitnah lagi. Entah apa malangnya wanita ini, sering sahaja difitnah.
Mama Hazrel marah apabila mendapat tahu bahawa anaknya sudah berkahwin, lebih-lebih lagi dengan gadis kampung. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran kepada Hazrel supaya tidak jatuh hati dengan gafis kampung, tapi janji tinggal janji. Dan ternyata, dia sangat mengenali gadis yang dinikahi oleh anaknya itu.
Bagaimana kesudahan novel ini. Harus lah dapatkan sendiri novel ini di pasaran. Jenuh weyh kalau nak ceritakan satu per satu. Tapi serius, memang semua persoalan yang timbul telah terjawab akhirnya...
Pengajaran dalam cerita ini banyak. Tapi yang paling utama, jangan sesekali menghina / memperlekehkan orang lain. Tak kira lah sama ada mereka miskin, tiada rupa mahupun tak berpelajaran tinggi. Sebabnya kita semua sama, tiada bezanya.
8 comments:
lama da tak layan novel,huhu....dekat sepuluh buah jugak la yang da beli tapi belum berkesempatan baca:)
done olay senheng & save22!:)
Kak ina suka ayat perenggan yang last tu :)
Panjang lebar review Mieya, MJ tak baca novel pun dah boleh faham isi novel ;D
Terima kasih Mieya atas ulasannya.. syukur alhamdulillah seandainya DBSS tidak mengecewakan.. :)
nice review..!
terasa mcm nak beli jugalah..tapi mood skrang kelaut..huhuhu
ada lagi novel yg belum dihabiskan...
jln citer mcm best
nk cr 1 la jg
pjg lebar mieya story...mmg btul2x nmpk gaya suka gan novel ni...hihihi.ayut tp hanya crik novel dr hlovate ^^
Huhuhuhu mmgg bestt novell ni . . Suka3 ;) . .
Post a Comment