Manager Baru Lagi?

Assalamualaikum wbt buat semua rakan pembaca :)

Dua hari lepas, ada dua orang kakitangan baru yang melaporkan diri di ofis tempat Mieya bekerja. Pada awal-awalnya, Mieya pelik juga lah..

Ya lah, tak ada angin tak ada ribut. Tanpa perkhabaran atau kata-kata yang keluar daripada mulut Bos Mieya. tup tup.. Pagi-pagi Selasa tu, ada orang datang dan terus berjumpa dengan Bos Mieya.

And then, tak lama kemudian.. Kami berdua, iaitu Mieya dan juga kerani lagi seorang diperkenalkan dengan mereka berdua. Mula-mula, Mieya dengan rakan sekerja ingatkan mereka berdua merupakan salesman baru.

Tapi sangkaan kami meleset sama sekali, apabila mendapat informasi daripada HR di main company di Penang.. Bahawa mereka berdua merupakan Manager baru kami semua. OHH MAN!

Jika dikira-kira, sekarang nie sudah ada 5 orang Manager di ofis Mieya bekerja. Di mana skop kerja mereka berlainan bidang. Padahal pekerja di ofis cuma ada 3 orang sahaja. Dua daripadanya ialah kerani, manakala seorang lagi technician. Pekerja stor pula seramai 7 orang dan 2 orang driver lori. hahaha tak tahu lah nak ikut arahan siapa pulak lepas nie -,-"

Apa yang Mieya khuatirkan setakat ini ialah skop pekerjaan Mieya sekarang nie. Untuk pengetahuan, tugas Mieya hanya lah sebagai checker, beli barang keperluan office, menguruskan stok barang keluar masuk, serta transport local and outstation. Risau lah jugak, kalau-kalau ditambah lagi kerja seperti paperwork and something like that seperti yang abang Mieya uruskan sekarang nie.

Smile and mintain cool, doesn't matter what happened

Bukannya apa.. tugas Mieya sebelum ini pon tak terbuat, siap kena maki dengan transporter & salesman juga kekadang tu. Inikan pula nak ditambahkan lagi dengan tugasan yang lain. huhuhu  Mintak simpang lah weiii.. Harap-harap janganlah.


9 comments:

Nisa said...

Semoga dipermudahkan segalanya.

hana hadi said...

mieya banyak buat kira2 la kan.. huhu cekap mate mieya ni..

Umialya said...

akak pasti mieya boleh lakukan semua itu..

xper mieya.. ada ganjarannya dikemudian hari jika kita bekerja setulus hati

nuyui a.k.a miss YUI said...

hope oklah bila dh tmbh manager tu..

ezy.fia said...

ssh jgk klo manager rmai.. hihi..
xpe.. cabaran dlm keje..

Story Nadya said...

InshaaAllah okey je kak mieya . fighting! ^^

Miss N™ said...

harap manager kali ni okay...
keselsaan ketika kerja itu yg penting.. :)

Cik Itah said...

uiihh ramainya manager..

ayut said...

takpe..tugasan bertambah pastinya pengalaman bertambah...jgn takut ye dear :)