Showing posts with label Sinopsis. Show all posts
Showing posts with label Sinopsis. Show all posts

Novel Cinta Untuk di Sewa

Assalamualaikum wbt :)

Memandangkan hari ini, Mieya masih lagi bercuti (cuti sempena menghabiskan cuti tahunan).
Maka, harus lah diisi dengan aktiviti yang bermanfaat. Selagi masih ada mood nak me-review, kita layankan aje.

Macam biasa, novel Cinta Untuk di Sewa hasil nukilan Lynn Dayana ni sememangnya sudah lama Mieya miliki.
Beli dan habis baca dalam minggu yang sama jugak. Tertarik dengan tajuknya yang catchy serta sinopsis belakang novel yang ringkas, padat serta teknik penceritaannya yang santai. Thumbs up to the author !


Terbitan Alaf 21
Harga Semenanjung : RM23.00
Sabah / Sarawak : RM26.00


Sinopsis belakang novel
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa.   Itulah Anis Sofea. Namun bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal. 

Pertama, 
Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... Cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!
Kedua, 
Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. "He is amazing!"  Tapi, sayangnya, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.

Ketiga,
Asyraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen !

Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusa diciptakan berpasang-pasangan.       Jangan sesekali mudah mengalah.

Kadang kala, menasihati orang lain itu memang mudah kan? Itulah yang berlaku kepada Anis Sofia sehingga
 beliau digelar sebagai Doktor Cinta di kalangan rakan-rakannya.

Kes-kes yang diberikan oleh kawan-kawan yang memerlukan pertolongannya TAK PERNAH GAGAL diuruskan oleh Anis. Tapi bagaimana pula jika diri sendiri yang dilanda masalah cinta?

Jalan ceritanya sangat menarik. Di mana cinta yang tak terluah sebab ianya boleh menjejaskan persahabatan.
Ini merupakan masalah yang dilema Anis Sofea. Bila suka, orang lain pula tak suka. Yang tak disuka tu yang suka kat kita. Maka, kusutlah kepala si cik Anis Sofea ni. 

Antara Iskandar, Kamarul Bahrain dan Asyraf Hadi, masing-masing memiliki keistimewaan nya yang tersendiri.
Pening kepala Anis nak pilih yang mana satu. Agak-agaknya,Siapa yang akan menjadi penghuni kekal dihati Anis,ye? Kalau nak tahu,bacalah novel nie :)

Seriously, novel ini memang best. Tengok design cover pon sangatlah kena dengan tajuknya. Ala-ala macam iklan kereta untuk disewa untuk students yang nak guna untuk jalan-jalan, bercuti di hujung minggu.

Endingnya.. sangat-sangat menggembirakan buat semua. Rasa puas hati ! Tu yang Mieya suka. 
Kalau dapat worst ending, memang Mieya boikot novel ni untuk sesiapa baca. 

Boleh ke camtu? kehkehkeh :D


Novel Pengantin Ekspres

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, Mieya terpanggil untuk membuat review tentang novel Pengantin Ekspres karya Pitteriah Abdullah. Beli awal bulan April yang lepas. Siap habis baca pon pada masa yang sama. Tapi macam biasa lah, dah nak dekat hujung tahun barulah sibuk nak cerita bagai. Mieya ohh Mieya !

Terbitan Buku Prima
HARGA : RM19.90


Sinopsis Novel Pengantin Ekspress
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. 

Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.

Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.

Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. 

Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Novel ini seriously Mieya suka sangat membacanya. Jalan cerita yang santai, tak terlalu berat dan yang paling penting haruslah sweet gituuu kan?

Aleeya, seorang gadis yang baik dan solehah, telah ditunangkan dengan Azlan. Tapi malangnya, bila sampai je tarikh untuk mereka disatukan, Aleeya sekeluarga dikejutkan dengan berita perkahwinan Azlan dengan kekasih barunya, Mirla. Apa yang lebih mengaibkan, Azlan menawarkan mahu menjadikan Aleeya sebagai isterinya yang kedua. Huii, mintak simpang lah !

Nak dijadikan cerita, Rayyan (bos dekat pejabat bangunan sebelah tempat Aleeya bekerja) jatuh hati pada pandang pertama dengan Aleeya. Sifat Aleeya yang sopan-santun, ayu bertudung, ada prinsip hidup dan bukan mata duitan seperti perempuan yang lain, membuatkan Rayyan terpikat.

Siapa yang tak kenal Rayyan? Dah lah liar, kaki perempuan, kaki minum lagi. Selepas sahaja Rayyan dapat tahu bahawa Aleeya dan Azlan tak jadi berkahwin, beliau tekad untuk melamar Aleeya. Ekoran dari tekanan daripada Mak Longnya dan juga perasaan malu gara-gara tak jadi kahwin, Aleeya akhirnya membuat keputusan menerima Rayyan.


Pada awalnya, Haji Mohsin (ayah Aleeya) agak terkejut melihat penampilan Rayyan. Pakaiannya kemas, tapi sewaktu bersalaman dengannya, kelihatan rantai di lehernya yang berjuntai. Hajah Zawiah sudah naik marah melihat bakal menantunya yang lain dari yang lain. Walau bagaimanapun, ada sesuatu tentang Rayyan yang membuatkan ayah Aleeya berkenan dengannya. Pun begitu, kedua-dua orang tua Aleeya merestui hubungan mereka berdua.

Perkahwinan Aleeya dan Rayyan walaupun tanpa perancangan rapi, tetap berlangsung meriah. Dalam masa seminggu, mereka sah menjadi suami isteri. Perkahwinan segera gitu. Nak dijadikan cerita, Puan Sarah (Mummy Rayyan) amat membenci Aleeya. Baginya, Aleeya merampas Rayyan daripadanya.

Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, Aleeya tabah melaluinya. Dia tak pernah sesekali melatah mahupun meninggikan suara pada Rayyan. Siapa sangka, berkat kesabarannya itu.. Rayyan akhirnya mula berubah sedikit demi sedikit. Semuanya Rayyan lakukan demi Aleeya.

Manakala Puan Sarah, mula berubah sejak mengetahui makanan yang dibawa oleh Rayyan sebenarnya adalah hasil air tangan Aleeya. Puan Sarah suka sangat dengan masakan Aleeya. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan Rayyan sekeluarga dapat menerima kehadiran Aleeya.

Seriously, tengok tajuk novel je dah terpikat nak beli. Bila dah baca sampai ke habis, rasa terhibur sambil membayangkan telatah Rayyan dan Aleeya. Ada sahaja babak yang dapat mencuit hati ni. Kelakar sangat ! Last but not least, mesti lah sweet-sweet gitu ! 

Kuikuikui ^^


Drama Playboy Itu Suami Aku FULL EPISODE

Sinopsis Drama Playboy Itu Suami Aku

‘Playboy Itu Suami Aku’ mengisahkan Afina (Nur Risteena), seorang gadis lemah lembut dan sopan santun ditemukan jodoh dengan Adrian (Fattah Amin), seorang playboy. Afina mempunyai seorang adik kembar tidak seiras, Afisya (Cha Cha Maembong) ataupun Fisya yang suka bersosial dan merupakan salah seorang teman wanita kepada Adrian.

Pada awal perkenalan mereka, Afina disimbah dengan air lopak apabila Adrian membawa kereta mewahnya dengan laju. Adrian bukan sahaja tidak minta maaf malah dia tidak sekalipun memperlahankan keretanya. Raja Adrian Benjamin ataupun ‘King’ (King of Crocodile) sering membuatkan Afina panas hati.

Suatu hari, Afina dan Syaf (Wan Sharmila) menghantar tempahan bunga untuk digubah di rumah Puan Sri Zahida (Dilla Ahmad) bersempena dengan majlis hari jadi cucunya. Puan Sri Zahida tertarik dengan penampilan Afina yang sopan dan tidak meninggalkan solat, maka dia membuat keputusan mengejut untuk mengahwinkan Adrian dan Afina. Macam-macam kutukan dilemparkan oleh Adrian kepada Afina, Afina berasa amat malu dan segera minta diri.

Puan Sri bertegas bahawa Adrian tetap akan berkahwin dengan Afina walaupun apa yang terjadi kerana dia yakin Afina bakal menjadi seorang isteri yang solehah dan jauh lebih bagus daripada teman-teman wanitanya. Bapanya juga meletakkan syarat yang Adrian perlu berkahwin dengan Afina jika dia mahu menjadi CEO kepada syarikat mereka, Kiara Emas.

Akhirnya Afina dan Adrian berkahwin kerana masing-masing mempunyai agenda sendiri. Selepas kahwin, Afina cuba menawan hati suaminya tetapi Adrian tetap dengan sikap kaki perempuannya. Malah, Adrian membuat pengakuan di hadapan Afina bahawa dia tidak ingin mengahwini Afina tetapi dia terpaksa mengikut kehendak ibu bapanya kerana mahu menjadi CEO syarikat. Adrian juga berkata dia tidak akan jatuh cinta dengan perempuan seperti Afina. Walaupun dibenci oleh Adrian, Afina bertekad untuk memikat hati Adrian dan menjadi isteri yang taat. Apakah faktor yang menyebabkan Afina bertukar fikiran untuk mengahwini seorang playboy? Oleh kerana cintanya tidak diterima oleh Adrian, Afina telah menulis isi hatinya dan disimpankan dalam botol sebelum ditanam di sebuah tempat rahsia.

Fisya menyimpan dendam terhadap Afina kerana berkahwin dengan teman lelakinya yang juga merupakan jejaka idaman dalam kalangan wanita. Fisya semakin tidak puas hati apabila Afina masih menjadi isteri yang sah dan kelihatan bahagia. Maka, Fisya telah menggoda Nazri (Jay Iswazir) dan memintanya melakukan sesuatu jika ingin memilikinya. Nazri hanya menuruti apa yang disuruh oleh Fisya.

Afina terlibat dalam sebuah kemalangan dan koma. Selepas dia sedar, dia hilang ingatan dan menjadi penghidap amnesia. Afina menjadi bingung kenapa dia boleh berkahwin dengan seorang playboy. Adrian pula mengingatkannya tentang janji mereka bahawa mereka akan terus menyamar sebagai pasangan yang bahagia di hadapan ibu bapanya sehingga Adrian dilantik sebagai CEO. Fisya pula meninggalkan Malaysia untuk menyambung pelajaran di luar negara.

Selepas sedar dari koma, Afina berubah menjadi seorang yang lebih kasar dan berani melawan. Afina tidak lagi bersabar dengan karenah Adrian dan permintaan yang bukan-bukan daripadanya. Malah, Afina juga menuntut cerai. Mereka kerap kali bertegang urat dan saling membuli hingga memutikkan bunga-bunga cinta di taman hati masing-masing. Di saat Adrian bersedia membuka pintu hatinya dan mula mencintai Afina, Afina telah meninggalkan Adrian tanpa pesanan. Apakah kepulangan Fisya mengundang masalah dalam hidup Adrian dan Afina? Adakah Adrian masih sudi mempercayai cinta Afina dan mereka berdua akan kembali bersama?

Jom TONTON drama Playboy Itu Suami Aku Akhir !


Novel Dulu Benci, Sekarang Suka

Assalamualaikum wbt readers !

Actually, dari sehari ke sehari Mieya nak review pasal novel ni. Tapi asyik tertangguh sahaja. Maklum sahaja lah bila dah bekerjaya nie. Balik kerja, badan dah penat. So, mind set asyik fikir nak rehat sahaja. Biasa lah tu kan?

Jadi, bila dah dapat peluang nak fokus on blogging ni... Harus lah kita manfaatkan dengan sebaiknya.
Cewahhhhh, fokus lah sangat konon-kononnya.


Sinopsis Novel Dulu Benci, Sekarang Suka

BENCI! Itulah yang Hazrel Hardy rasakan setiap kali bertemu dengan Nur Ain Zafira. Pelbagai rancangan diatur untuk mengenakan gadis itu.

Disebabkan perbuatan seseorang, mereka terpaksa bernikah tanpa rela. Bagi Hazrel, Nur Ain tidak layak menjadi isteri serta memiliki cintanya. Hanya kebencian yang dilihat pada gadis itu.

Apabila mulut tidak seiring dengan kata hati, perasaan benci bertukar menjadi sayang. Ego yang dipertahankan akhirnya runtuh.

Dalam melayari kebahagiaan, kebenaran muncul silih berganti. Oleh kerana tidak mahu hatinya terluka dengan sejarah lama, Nur Ain nekad untuk mengundur diri.

Adakah Hazrel rela melepaskan Nur Ain pergi daripada hidupnya? Siapa pula Eddie Zakuan? Apakah tujuan Eddie Zakuan mengambil berat serta sentiasa di sisi Nur Ain tatkala gadis itu menghadapi masalah? 

 Kenapa dalam masa seminggu kau berjaya runtuhkan ego aku? Kau buatkan aku termakan dengan kata-kata aku dulu. Kau berjaya membuatkan Die, Izz dan mak su kau gelakkan aku. Malah, doa mak su kau untuk melihat aku tersungkur di depan kau seakan-akan dimakbulkan ALLAH.      - Hazrel Hardy
   
Saya pun tak ingin nak kahwin dengan lelaki kurang ajar, bermulut longkang, dan berperangan buruk macam awak ni.       - Nur Ain Zafira                                          



Berikut merupakan antara ulasan Mieya.

Jalan cerita novel ini tak sama dengan sesetengah novel meskipun ada unsur-unsur kahwin paksa
Gaya bahasa yang digunakan walau bersahaja, tapi mampu membuatkan Mieya ketawa serta tersengih-sengih bila membacanya.

Novel ini bermula dengan emosi sedih yang tidak terkawal di mana Datin Salina sekeluarga kehilangan anak sulungnya, iaitu Hazrul Hardy yang terlibat dalam satu kemalangan. Jalan cerita diteruskan lagi dengan kisah di mana 
Nur Ain Zafira dibuang oleh keluarga kerana fitnah yang dilempar oleh induvidu yang tidak bertanggungjawab di kampungnya. Nasib baiklah dia ada mak su sebagai tempat untuk menumpang kasih.

Semuanya berpunca apabila Hazrul menyuarakan hasrat hatinya untuk menikahi Nur Ain, Nur Ain difitnah. 
Hubungan mereka berdua tidak direstui oleh Datin Salina kerana dia cukup anti dengan orang yang tak setaraf dengannya. Hazrul terkorban dalam satu kemalangan sebelum sempat mendedahkan perkara yang sebenar mengenai fitnah yang tersebar.

Dan selepas itu, hidup Ain sentiasa berkisar dengan bos di tempat kerjaya, Hazrel Hardy. Ada sahaja yang tak kena dengan lelaki itu. Hazrel yang bongkak sering menghina serta memperlekehkan kebolehan Nur Ain Zafira. 
Dan entah bagaimana, dalam satu insiden..mereka telah ditangkap khalwat dan terpaksa dinikahkan.

Tanpa pengetahuan Datin Salina dan Datuk Redzuan, Hazrel Hardy akhirnya telah menjadi suami kepada Nur Ain Zafira. Perempuan yang selama ini dia pandang rendah dan sering dihina.

Babak lepas kahwin ni yang membuatkan Mieya tergelak guling-guling. hehehe Serius kelakar sangat !

Di mana Hazrel akhirnya mula jatuh cinta dengan isterinya sendiri. Entah kenapa hatinya boleh terpaut dengan gadis biasa ini. Bukannya ada kelebihan apa pun, sudah lah mukanya berparut. Tapi Nur Ain memiliki sekuntum senyuman yang ikhlas serta personalitinya yang lurus. Hal ini membuatkan Hazrel tidak mampu menidakkan rasa sayang dan cinta yang mula terbit dari dasar hatinya. Dia mula nekad untuk melindungi isterinya.

Namun, bahagia masih belum menjadi milik Nur Ain Zafira sepenuhnya mama Hazrel tetap mahu meneruskan perkahwinan di antara Hazrel dan Qistina. Actually, Qistina ni dulunya pernah dijodohkan dengan abang Hazrel, iaitu Hazrul. Tapi disebabkan usaha untuk menggoda Hazrul tak berhasil, maka dia teruskan misi untuk menggoda Hazrel pula.

Malangnya, usaha Qistina hanyalah sia-sia sahaja. Berikutan itu, Qistina mula merancang sesuatu dan Nur Ain Zafira difitnah lagi. Entah apa malangnya wanita ini, sering sahaja difitnah.

Mama Hazrel marah apabila mendapat tahu bahawa anaknya sudah berkahwin, lebih-lebih lagi dengan gadis kampung. Sudah berbuih mulutnya memberi amaran kepada Hazrel supaya tidak jatuh hati dengan gafis kampung, tapi janji tinggal janji. Dan ternyata, dia sangat mengenali gadis yang dinikahi oleh anaknya itu.

Bagaimana kesudahan novel ini. Harus lah dapatkan sendiri novel ini di pasaran. Jenuh weyh kalau nak ceritakan satu per satu. Tapi serius, memang semua persoalan yang timbul telah terjawab akhirnya...

Pengajaran dalam cerita ini banyak. Tapi yang paling utama, jangan sesekali menghina / memperlekehkan orang lain. Tak kira lah sama ada mereka miskin, tiada rupa mahupun tak berpelajaran tinggi. Sebabnya kita semua sama, tiada bezanya.