Novel Pengantin Ekspres

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, Mieya terpanggil untuk membuat review tentang novel Pengantin Ekspres karya Pitteriah Abdullah. Beli awal bulan April yang lepas. Siap habis baca pon pada masa yang sama. Tapi macam biasa lah, dah nak dekat hujung tahun barulah sibuk nak cerita bagai. Mieya ohh Mieya !

Terbitan Buku Prima
HARGA : RM19.90


Sinopsis Novel Pengantin Ekspress
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. 

Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.

Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.

Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. 

Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Novel ini seriously Mieya suka sangat membacanya. Jalan cerita yang santai, tak terlalu berat dan yang paling penting haruslah sweet gituuu kan?

Aleeya, seorang gadis yang baik dan solehah, telah ditunangkan dengan Azlan. Tapi malangnya, bila sampai je tarikh untuk mereka disatukan, Aleeya sekeluarga dikejutkan dengan berita perkahwinan Azlan dengan kekasih barunya, Mirla. Apa yang lebih mengaibkan, Azlan menawarkan mahu menjadikan Aleeya sebagai isterinya yang kedua. Huii, mintak simpang lah !

Nak dijadikan cerita, Rayyan (bos dekat pejabat bangunan sebelah tempat Aleeya bekerja) jatuh hati pada pandang pertama dengan Aleeya. Sifat Aleeya yang sopan-santun, ayu bertudung, ada prinsip hidup dan bukan mata duitan seperti perempuan yang lain, membuatkan Rayyan terpikat.

Siapa yang tak kenal Rayyan? Dah lah liar, kaki perempuan, kaki minum lagi. Selepas sahaja Rayyan dapat tahu bahawa Aleeya dan Azlan tak jadi berkahwin, beliau tekad untuk melamar Aleeya. Ekoran dari tekanan daripada Mak Longnya dan juga perasaan malu gara-gara tak jadi kahwin, Aleeya akhirnya membuat keputusan menerima Rayyan.


Pada awalnya, Haji Mohsin (ayah Aleeya) agak terkejut melihat penampilan Rayyan. Pakaiannya kemas, tapi sewaktu bersalaman dengannya, kelihatan rantai di lehernya yang berjuntai. Hajah Zawiah sudah naik marah melihat bakal menantunya yang lain dari yang lain. Walau bagaimanapun, ada sesuatu tentang Rayyan yang membuatkan ayah Aleeya berkenan dengannya. Pun begitu, kedua-dua orang tua Aleeya merestui hubungan mereka berdua.

Perkahwinan Aleeya dan Rayyan walaupun tanpa perancangan rapi, tetap berlangsung meriah. Dalam masa seminggu, mereka sah menjadi suami isteri. Perkahwinan segera gitu. Nak dijadikan cerita, Puan Sarah (Mummy Rayyan) amat membenci Aleeya. Baginya, Aleeya merampas Rayyan daripadanya.

Walaupun banyak cabaran dan dugaan yang datang bertimpa-timpa, Aleeya tabah melaluinya. Dia tak pernah sesekali melatah mahupun meninggikan suara pada Rayyan. Siapa sangka, berkat kesabarannya itu.. Rayyan akhirnya mula berubah sedikit demi sedikit. Semuanya Rayyan lakukan demi Aleeya.

Manakala Puan Sarah, mula berubah sejak mengetahui makanan yang dibawa oleh Rayyan sebenarnya adalah hasil air tangan Aleeya. Puan Sarah suka sangat dengan masakan Aleeya. Hal ini sedikit sebanyak membuatkan Rayyan sekeluarga dapat menerima kehadiran Aleeya.

Seriously, tengok tajuk novel je dah terpikat nak beli. Bila dah baca sampai ke habis, rasa terhibur sambil membayangkan telatah Rayyan dan Aleeya. Ada sahaja babak yang dapat mencuit hati ni. Kelakar sangat ! Last but not least, mesti lah sweet-sweet gitu ! 

Kuikuikui ^^


7 comments:

Miss N™ said...

alahai,.bestnya..! kena masuk dalam list wajib bali ni..

tapi itulah mieya, byk kot novel nur yg belum habis baca n review lagi...

huhuhuh

Rina said...

Macam sweet je..nanti nk beli la..hehe..

tomato oren said...

nak pinjammmmmm...hihihihh

Cik Itah said...

wow..macam best ja ni..

Unknown said...

mcm menarik. boleh lah carik ni nanti. hehe

Siti Hajar said...

Rindu nak baca novel ^_^

EkaTikah said...

lamanya tak baca novle. hehe.. mcm best je novel ni ^^