Showing posts with label Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Jumaat. Show all posts

Amalan Zikir Harian dan Kelebihan Berzikir

Assalamualaikum wbt :)


Berzikir ialah satu amalan yang disyariatkan dan sangat dituntut dalam Islam. Ia boleh dilakukan 
dengan hati atau lidah atau yang sebaik-baiknya adalah dengan kedua-duanya. Zikir merupakan tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan jiwa.

Sebagaimana yang disebut di dalam surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud,
Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk , dan ketika kamu berbaring.”

Zikir juga merupakan bukti keterikatan seorang hamba kepada Penciptanya. Seorang muslim perlu sentiasa membasahkan lidahnya dengan zikir-zikir yang ma’tsur (diambil daripada Al-Quran dan sunnah) seperti zikir selepas solat, zikir pada waktu pagi dan petang serta zikir-zikir yang dibaca berkaitan dengan peristiwa atau sebab yang tertentu.

Allah SWT sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikir-zikir memuji Allah. Ganjaran pahala juga telah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berzikir. Hal tersebut dijelaskan dengan turunnya surah Al-Ahzab ayat 35, maksudnya:

 “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.

Kehidupan kita di dunia ini hanyalah sebuah perjalanan ke suatu destinasi yang tetap akan kita semua kunjungi dan di sanalah nanti kita kan temui sebuah kehidupan yang abadi selama-lamanya. Jadi apakah bekalan kita sudah mencukupi untuk ke sana? Atau sudah bersediakah kita untuk menghadapinya. Sekurang-kurangnya beramallah kita dengan zikir ini sebagai menampung amal kita.

Jangan bercakap melebihi ZIKRULLAH, sesungguhnya dengan banyak bercakap dan ketawa akan mengeraskan hati, dan apabila hati keras ia akan menjadi semakin jauh dari ALLAH SWT

Berikut adalah amalan zikir harian yang boleh kita lakukan sebagai amalan setiap hari:





Dari Rasulullah s.a.w, "Sesiapa yang mengucapkan 'Subahanallah hil'azimi Wabihamdih' maka akan ditanamkan untuknya sepohon pokok tamar di dalam syurga." ( H.R Muslim)


Kelebihan Berzikir
Antara kelebihan berzikir yang dinyatakan di dalam hadis-hadis yang sahih adalah:

Pertama – majlis zikir merupakan taman syurga di dunia. Daripada Anas bin Malik r.a, beliau meriwayatkan: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Jika kamu melalui taman-taman syurga, maka singgahlah dengan senang. Para sahabat bertanya: Apakah taman-taman syurga itu? Baginda menjawab: halaah-halaqah (kelompok) zikir.” – Hadis hasan riwayat al-Tirmizi.

Kedua - Zikir merupakan benteng daripada gangguan syaitan.

Ketiga – Zikir penghapus dosa dan menyelamatkan daripada azab Allah.

Keempat – Zikir diumpamakan sebagai orang yang hidup.

Kelima – Zikir beroleh pahala.

Keenam - Zikir adalah tanaman syurga.

Ketujuh – Zikir adalah amalan yang paling baik dan paling tinggi darjatnya.


Perkongsian Jumaat #17 | 10 Ayat Cerminan Diri

1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesali lah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.

6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10. Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat sesuatu kebaikan.

Hikmah Allah Menciptakan Lalat

Assalamualaikum wbt semua :)

Pernahkah kalian terfikir, apakah sebenarnya hikmah Allah mencipta binatang (yang kita anggap sangat jijik dan kotor) seperti lalat nie?

Kita selalu dengar, Allah menjadikan sesuatu tu bersebab dan ada hikmah. Jadi,

Apakah hikmah penciptaan lalat? 


Seperti yang manusia sedia maklum bahawa lalat merupakan serangga yang kecil, lemah dan hina bahkan mampu memberi kemudharatan kepada manusia dengan di datangkan bermacam penyakit yang berbahaya sehingga membawa kepada hilangnya nyawa manusia.
Menurut Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, di antara penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ialah jangkitan Tuberculosis (Jarsumah As-sel), Salmonella typhi (At-Taifud), Amebiasis (Ad-Dusnataria) dan Pink Eye (Ar-Ramd).

"Hai. Saya adalah lalat. Gembira bertemu anda"

"Allah ciptakan lalat tu supaya manusia menjaga kebersihan. Kalau tempat bersih mana ada lalat." - kata emak Mieya.


Punyalah lama Mieya menterjermah kata-kata emak Mieya nie dan akhirnya terjawab jugak. Haha. Hikmah supaya manusia menjaga kebersihan ni merupakan antara salah satu daripadanya je. 

Umumnya masyarakat mengetahui lalat ialah sejenis serangga yang hidup di persekitaran kotor dan menjijikkan. Malah lalat terus aktif membiak jika kawasan tersebut dibiarkan tanpa seliaan yang bersistematik.
Bukankah Islam mengajar bahawa menjaga kebersihan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh umatnya? Nah, lihat dan fikirkanlah hikmah disebalik kewujudannya.
Masakan lalat mahu hidup ditempat yang bersih dan tiada sebarang pencemaran yang menjijikkan bukan?
SubhanALLAH!

Cerita lalat ni bukan cerita baru. Malah dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang lalat. (klik sini kalau rajin)

 P/S: Sentiasalah yakin bahawa Allah menjadikan sesuatu tu adalah untuk kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Perkongsian Jumaat #13 | Petua Tenang Hati


Insyaallah, hati sentiasa tenang.


Perkongsian Jumaat #12| Nasihat Ibn Qayyim

Assalamualaikum wbt dan salam Jumaat semua :)

Sempena dengan hari Jumaat yang mulia ini. Eloklah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain ye. Jadi kali ini, Mieya nak kongsikan tentang Nasihat Ibn Qayyim bersama para pembaca sekalian :)

Siapakah Ibn Qayyim?

Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah ialah seorang tokoh ilmuan Islam yang terkenal. Buku-buku beliau pada hari ini telah banyak diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia. Beliau ialah Sham al-Din Abu Abd Allah, Muhammad bin Abi Bakr bin Ayyub bin Sa’d bin Hariz al-Zar‘i al-Dimasyqi. Dikenali dengan panggilan Ibn Qayyim al-Jauziyyah. 

Gelaran al-Jauziyyah itu berkaitan dengan pusat pengajian yang dibangunkan oleh Yusuf bin ‘Abd a-Rahman al-Jauzi (meninggal 656H) yang mana bapa Ibn al-Qayyim menjadi pengurusnya. Dilahirkan pada 7hb Safar pada tahun 691H di sebuah kampung sekitar 55 mil (batu dalam kiraan dahulu) dari Bandar Damsyik.
Sumber : Dr. Maza

Ibn Qayyim pernah berkata :

1- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah SWT.

2- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang
kecuali berjinak dengan dengan Allah SWT.

3- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah SWT.

4- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai
kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya.

5- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam
kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya
serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

6- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

7- Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. .

8- Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia
masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.


Perkongsian Jumaat

Assalamualaikum wbt kalian :)


Entri kali ini ringkas sahaja tanpa mukadimah dan juga ayat pendahuluan yang berputar-belit. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)