Showing posts with label Quotes Of The Day. Show all posts
Showing posts with label Quotes Of The Day. Show all posts

Spontaneous Thursday #9



Orang yang HEBAT tidak akan melenting apabila dicaci,

ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik." 

Ayat-Ayat Cinta Yang Sweet

Assalamualaikum wbt dan selamat petang.

Diharapkan kalian semua berada dalam keadaa sihat wal afiat hendaknya. (Ayat pendahuluan dah boleh tulis surat untuk bakal mertua) Cehhh, berangan-angan Mat Jenin aje Mieya di hari yang panas terik nie.

Whoops! Dah terkeluar perkataan panas terik dah. Kantoi sudah, mengenai sebab musabab Mieya takde hati nak dekat-dekat dengan blog tersayang seperti selalu. Selalunya, pagi-pagi lagi entri Mieya dah menyusup masuk macam pendatang asing tanpa izin ke dashboard blog korang. hehe

Kena lah faham, Mieya pon macam korang juga. Hanya manusia biasa, bukannya robot yang tak perlukan rehat dan hanya memerlukan bateri yang sudah dicas sahaja. and thats the point actually.

Jadi, bagi mengisi masa yang terluang tanpa berasa bosan ya amat. Seperti biasa, laman twitter menjadi tempat luahan hati yang kedua selepas blogger. Maknanya, blogger masih lagi berada dalam carta nombor satu di hati Mieya selain twitter. kehkeh

And then, Mieya terjumpa lah beberapa quotes yang sangat-sangat membuatkan hari Mieya terasa begitu sangat bermakna. terasa hati berbunga-bunga gitu. Wah ! Nak tahu apa dia?






Perkongsian Jumaat

Assalamualaikum wbt kalian :)


Entri kali ini ringkas sahaja tanpa mukadimah dan juga ayat pendahuluan yang berputar-belit. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Tips berblogging

Dalam dunia blogging, jika ada blogger nya, maka ada jugalah entrinya. 

Jika entri yang dipublishkan sehangat pisang goreng,
maka hangat jugak lah blognya dengan pembaca yang setia.

Jika si empunya belog glemer, pandai bergaya dll,  maka dia layak digelar retiss.

Jika si cantik dan si kacak hanya menaip sebaris ayat sahaja,
maka tak hairanlah bila banyak komen yang berpusu-pusu tiba.

Jika bilangan follower nya bertambah menjadi beribu riban
maka tidak hairan jika mereka digelar blogger hebat.



Sebagai blogger, pernahkah korang berangan-angan untuk memiliki follower beriban, belog dibaca oleh banyak banyak banyak blogger, blogger lain membuat entri 
pasal korang, berangan dapat earning Nuffnang banyak-banyak, komen entri mencecah ke angka ratus-ratus, bila korang keluar mesti ada yang tegur. PERNAH TAK?


Suatu masa dulu dan mungkin juga sekarang, Mieya pernah. Beracapkali Mieya 
pernah memandang rendah pada belog sendiri. Tapi, walau berbagai-bagai macam
apa pun pandangan negatif yang terkumpul di sanubari. Mieya cuba lupakan.
Semua angan-angan tersebut, Mieya lenyapkan satu persatu.

Mieya perlu kuat. Bangkit daripada terus dibelenggu dengan rasa kegagalan.
Jadi, jangan tanya mengapa Mieya tak pernah berundur walau selangkah pon daripada dunia blogging. Mieya dengan belog umpama pasangan belangkas.
Hanya takdir dan berukband sahaja yang dapat memisahkan pertalian antara kami.

Mieya berbelog adalah sebagai hobi selain menggantikan hobi berkebun yang
sering kali tak menjadi dek kerana sering dimamah oleh sang tikus. Agaknya, tempat yang kurang strategik mungkin. -,-'
Di samping itu, belog juga sebagai tempat tadahan kesedihan dan kegembiraan Mieya dalam menjalani kehidupan seharian.

Semua ini demi kepuasan hati sendiri jugak. sebab tu, Mieya cuba berbelog secara sihat. Menjadikan sesiapa sahaja di muka bumi ini sebagai idola. supaya dapat menikmati kesan yang baik dan positif di kemudian hari. 


Kenapa agaknya Mieya membuat entri sebegini?

Sebab Mieya rasa perlu kot, saling berkongsi pandangan antara satu sama lain. 
Mieya pon macam korang jugak. Menulis entri dalam blog picisan. kurang dikenali, maka kurang jugalah jumlah follower beserta  komentarnya. 


Tapi sekurang-kurangnya, Mieya gigih berusaha. Sentiasa bersangka baik 
dengan usaha kita. Tidak terlalu rakus atau terburu-buru dalam mencapai kejayaan. Sabar dan yakin bahawa rezeki sentiasa berada di mana-mana.

dan akhir sekali, sentiasa bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
hari ini, esok dan seterusnya.

Assalamualaikum dan salam bertemu lagi kawan-kawan :)


Kata-kata motivasi

Assalamualaikum wbt to the readers.

Actually, hari nie, aku nak kongsi serba sedikit beberapa saranan yang meminta korang memilih sama ada ingin melakukan tindakan atau membuat perancangan.

Actually, aku dapat quotes nie from ceramah kat sekolah pagi tadi.. And aku patut, kata-kata nie perlu dikongsikan dengan semua orang. huhu..

1. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang gagal.


2. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang rajin, maka anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang gagal.


3. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang pandai, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang bodoh atau dungu.


4. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang berdisiplin, anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang cincai.


5. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang peka, maka anda sebenarnya merancang untuk menjadi pelajar yang pekak.


6. Sekiranya anda tidak dihantar untuk menjadi pelajar yang unggul, maka anda sebenarnya merancang menjadi pelajar yang tunggul.


7. Sekiranya anda tidak mampu untuk menjadi garam yang melazatkan, janganlah anda menjadi lalat yamg merosakkan.


8. Sekiranya anda tidak mampu menjadi orkid yang memagari gunung, jadilah rumput yang menutupi bumi.


Semoga kita dapat bersama-sama fikirkan sejenak tentang maksud sebenar daripada ayat-ayat motivasi ini.