Jika entri yang dipublishkan sehangat pisang goreng,
maka hangat jugak lah blognya dengan pembaca yang setia.
Jika si empunya belog glemer, pandai bergaya dll, maka dia layak digelar retiss.
Jika si cantik dan si kacak hanya menaip sebaris ayat sahaja,
maka tak hairanlah bila banyak komen yang berpusu-pusu tiba.
Jika bilangan follower nya bertambah menjadi beribu riban,
maka tidak hairan jika mereka digelar blogger hebat.
Sebagai blogger, pernahkah korang berangan-angan untuk memiliki follower beriban, belog dibaca oleh banyak banyak banyak blogger, blogger lain membuat entri
pasal korang, berangan dapat earning Nuffnang banyak-banyak, komen entri mencecah ke angka ratus-ratus, bila korang keluar mesti ada yang tegur. PERNAH TAK?
Suatu masa dulu dan mungkin juga sekarang, Mieya pernah. Beracapkali Mieya
pernah memandang rendah pada belog sendiri. Tapi, walau berbagai-bagai macam
apa pun pandangan negatif yang terkumpul di sanubari. Mieya cuba lupakan.
Semua angan-angan tersebut, Mieya lenyapkan satu persatu.
Mieya perlu kuat. Bangkit daripada terus dibelenggu dengan rasa kegagalan.
Jadi, jangan tanya mengapa Mieya tak pernah berundur walau selangkah pon daripada dunia blogging. Mieya dengan belog umpama pasangan belangkas.
Hanya takdir dan berukband sahaja yang dapat memisahkan pertalian antara kami.
Mieya berbelog adalah sebagai hobi selain menggantikan hobi berkebun yang
sering kali tak menjadi dek kerana sering dimamah oleh sang tikus. Agaknya, tempat yang kurang strategik mungkin. -,-'
Di samping itu, belog juga sebagai tempat tadahan kesedihan dan kegembiraan Mieya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semua ini demi kepuasan hati sendiri jugak. sebab tu, Mieya cuba berbelog secara sihat. Menjadikan sesiapa sahaja di muka bumi ini sebagai idola. supaya dapat menikmati kesan yang baik dan positif di kemudian hari.
Kenapa agaknya Mieya membuat entri sebegini?
Mieya pon macam korang jugak. Menulis entri dalam blog picisan. kurang dikenali, maka kurang jugalah jumlah follower beserta komentarnya.
Tapi sekurang-kurangnya, Mieya gigih berusaha. Sentiasa bersangka baik
dengan usaha kita. Tidak terlalu rakus atau terburu-buru dalam mencapai kejayaan. Sabar dan yakin bahawa rezeki sentiasa berada di mana-mana.
dan akhir sekali, sentiasa bersyukur. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki
hari ini, esok dan seterusnya.
Assalamualaikum dan salam bertemu lagi kawan-kawan :)
4 comments:
jarang nak jumpa orang berblogging sekarang kerana memang ada rasa hobi menulis dalam diri mereka. kenapa akhirnya follower,nuffnang etc yang akhirnya menjadi kepentingan masing2?any comment?
http://f4chumel.blogspot.com/2012/01/contest-blog-superb-awesome-by-aliya.html
jom join banyak hadiah menarik untuk dimiliki…
huhu.,,.entry yg menarik..tp followr miera kn dh beribu follower jg.hihi..ape2x pun blog ni besenya sbgi hobi smpingn je kn..hihi
@Jannah The Nannyitu semua bergantung kepada matlamat utama masing-masing dalam dunia blogging nie.
Post a Comment