mood blogging, Here I Come !

Assalamualaikum wbt buat kawan-kawan yang masih setia menanti entri baru daripada Mieya.
Saya dah sedia! Saya dah sedia! Saya dah sedia! ai ai Capten! 
(menjerit mengikut rentak suara Spongebob Squarepant)



Setelah hampir seminggu menahan mengikat nafsu berblogging dek kerana masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. Akhirnya, hari nie dapat jugak Mieya meluangkan sepenuh mata dan minda disini.


Sebenarnya semuanya berpunca pada diri Mieya sendiri kerana terlalu obses dengan dunia blogging tanpa mengambil kira tahap kesihatan si komputer riba. errr, tak perlu rasanya untuk meneruskan sesi percakapan yang meleret-leret.

Mood happy dapat kembali berblogging tak habis lagi. Siap boleh terjaga dari tidur lebih awal daripada kebiasaannya. Siap boleh bermimpikan idea yang berlipat kali ganda untuk membuat entri baru. wuuu T_T

tak tahu lah nak cakap apa. tak boleh nak huraikan perasaan happy nya tu sambil bibir tak henti-henti mengukirkan sebuah senyuman kegembiraan yang melampau. yang tahu, perasaan ini sememangnya sangat best. Mempersembahkan muka kucing yang Mieya takut nak pegang, kalau nak kacau boleh lah. hikhik




Okey, entri hari nie adalah kosong semata-mata. tiada isi tersirat mahupun isi tersurat. Entri hari nie cuma nak menjelaskan bahawasanya mulai hari nie Mieya akan kembali memerah kepala hotak supaya mengeluarkan idea yang malar segar, tersendiri dan juga terbaik daripada ladang Pak Kob. ehhh? -,-

dah lah. Lepas nie nak pasang lampu lip-lap-lip banyak-banyak kat belog Mieya nie. 
bagi meriah sikit belog nie, takde lah nampak suram muram sangat seperti sekarang nie. ececehhh, dramatik sangat lah pulak Mieya nie.

2 comments:

Unknown said...

hehehe...mood tgh baik
meh singgah sini

Unknown said...

@azam thanks uncle :)