bila facebook menjadi mangsa keadaan

Hi and Assalamualaikum everyone :)

Today, I'm typing in my broken English. So everyone, literally all my readers from Malaysia or everywhere in the world can understand the awesome thing I'm going to post here. (ececehhh, konon-kononnya banyak pembaca setia lah sangat kan)

Hey, tapi tak salah jugak kalau sesekali nak perasan diri. Tapi janganlah nak melebih-lebih, bimbang nanti orang sekeliling mula nak merasa meluat. Simpan yang lebih-lebih di dalam hati, cukuplah.

Okey, berbalik kepada topik kita pada hari nie. Mengikut pemerhatian jangka masa panjang yang Mieya jalankan semenjak dua menjak nie. Rata-rata pemilik akaun facebook suka sangat-sangat meluahkan segala macam perasaan. sehingga menyebabkan jiran tetangga mula merasa menyampah dan sakit mata.

Antara luahan perasaan yang selalu diupdate di facebook :

  • kecewa / sedih / patah hati
bila sedih je, mula lah gatal tangan nak update dekat facebook. Okey, Mieya tahu itu akaun awak, jadi itu awak punya pasal lah nak update apa pon kan? tapi sekurang-kurangnya, awak perlu peka dengan orang di sekeliling jugak tahu tak. Mereka manusia, ada mulut, ada hati dan juga perasaan.

Bila ada yang mengeluarkan pendapat berbaur kutukan atau menghina korang, mula lah nak berperang bagai. Walhal, segalanya berpunca daripada isu kecik yang sengaja diperbesarkan oleh si empunya akaun. Jadi, sebagai langkah awal, tak payah lah update apa-apa okey.

  • pasangan couple
Bagi pasangan bercinta yang kononnya romantik, facebook merupakan tempat bagi mereka bercengkerama. Kononnya nak bagi satu dunia tahu bahawa merekalah  "couple of the year". Padahal boleh je buat semua benda tu dalam talian telefon. Tapi bila dah gaduh, hilang semua ayat bunga-bunga kembang kuncup. Dan yang ada, ayat maki-makian.

  • mandi / makan / tidur
Semua benda nak post, memang tak salah pun. Mieya pun tak kisah. tapi yang jadi kisahnya, bila selang dua ke tiga minit, ada je updatenya. Kau update, kau like, lepas tu kau komen, dan Mieya gelak terbahak-bahak. HAHA. damn!


Jadi, pangajaran dan nilai-nilai murni yang kita dapat peroleh pada hari nie ialah :

- Fikir dahulu akibatnya sebelum menghupdate apa-apa status.
- Jaga perlakuan dan batas-batas diri dengan sebaik-baiknya.
- Biar Facebook yang busuk, bukan kita yang busuk.

3 comments: