Cuaca di Petaling Jaya sekarang agak kurang menentu. Sekejap panas sampai berpeluh-peluh ketiak, sekejap takde angin takde ribut, hujan dengan lebatnya.
Maka, tak hairanlah jika ramai yang menghidap penyakit demam panas dalam cuaca yang sebegini rupa. dan semestinya Mieya tidak terkecuali. Jadi, rehat adalah perkara paling bagus untuk dilakukan buat masa sekarang. Rehat demi kesihatan diri sendiri.
Dengan hanya berbekalkan bakat menaip disamping merepek tak tentu pasal yang Mieya miliki ini, maka entri hari nie menjadi ringan ringan sangat sangat. Tak perlu penat-penat nak mengerah kepala hotak untuk mencari mesej tersurat mahupun yang tersirat.
Walaupun korang perasan yang Mieya semakin aktif dengan berbelog, sehingga hampir setiap hari belog ini diupdate dengan entri baru, siap Mieya boleh berblogwalking lagi. Tapi, itu bukan bermakna Mieya harus mengabaikan kesihatan tubuh badan dengan sewenang-wenangnya.
Masa berblogging boleh dicari ganti, tapi kesihatan diri tak boleh. Mieya takkan gadaikan kesihatan tubuh badan begitu saja dengan bersengkang mata dengan berbelog. Tidur yang secukupnya adalah perlu. Jaga kesihatan diri adalah keutamaan. Berblogging sekadar hobi sampingan sahaja.
2 comments:
betol tu..jgn berblogging sampai mudharatkn diri... :)
Hehhe. Apa-apa pun kesihatan memang penting. Kalau tak sihat, apa pun tak jalan kan :) Semoga cepat sembuh ya dr demam :)
Post a Comment