Hari nie Mieya demam, tak tahu lah apa kategori demam kali nie. Demam kura-kura, demam terkejut ke, demam dilambung ombak rindu ke, ataupon buat-buat demam. Tapi yang pasti, Mieya demam.
Bangun daripada tidur pagi tadi, suhu badan menjadi panas tak ketahuan hala. Ditambah lagi dengan selsema, sakit tekak dan batuk-batuk. Nahhh kau! Lengkap satu pakej untuk demam.
Hmmm. hari nie, sementara demam telah menyebabkan otak jenuh memikirkan idea terbaru untuk menyiapkan entri kali nie. Maka, dengan harapan tidak mahu mensia-siakan masa yang ada, Mieya membiarkan hari ini sebagai hari untuk berblogwalking ke mana-mana belog yang terjojol di hadapan mata.
Lepas memaksa anak tekak untuk menelan ubat pagi tadi, sepagian Mieya terlentang tidak sedarkan diri dengan bertemankan bunyi-bunyian di radio. Rengekan bertubi-tubi dari si demokk yang menderita penyakit pening yang tak sudah-sudah, sedikit demi sedikit hilang daripada deria pendengaranku.
haisyyy, Mana nak fikir pasal kesihatan diri sendiri lagi, pasal si demokkk lagi, pasal itu, pasal ini. hmmm. Alangkah bahagianya, kalau dapat makan sedap-sedap waktu demam ini. Confirm, sembuh serta merta!
Kononnya, hari nie nak share sesuatu topik yang berguna buat semua, yakni sesuatu yang bukan berkaitan dengan diri Mieya. Bosanlah kalau hari-hari cerita pasal diri sendiri je. Tapi, kesihatan tak mengizinkan, kurang kasih sayang lagi. wuuu, apalah nasib daku ini!
Harap-harap, demam yang melanda nie cepat kebah. Ada banyak benda yang harus Mieya kongsikan bersama-sama dengan kalian.
2 comments:
kalau sakit tekak,sila lah elak makan coklat dan dicadangkan makan aiskrim vanila.aiskrim?yes-aiskrim.mula-mula saya pun pelik juga.tapi ini la yang kawan saya cakap.dia selalu amalkan,dan rasanya betul kot. :)
atau kalau nak lebihs elamat,minum air panas dan madu je la .hihihi
@H.S thanks for that info. I'm really appreciate of your concern.
Post a Comment