Actually, kali ni topik kita menjurus kepada suatu persoalan terhadap kaum perempuan khususnya.
Kenapa perempuan minat pada mamat korea?? Ada apa dengan mamat Korea?? Apa yang lebihnya mamat Korea ni berbanding dengan mamat-mamat di Malaysia? Tak cukup sifat ke apa mamat-mamat di Malaysia ni berbanding dengan mamat-mamat Korea tu.
Bukan apa, kalau korang perasan, dah macam-macam perkara berhubung dengan Korea telah menjajah negara kita secara halus. Misalnya, mudah saje. Filem, drama bersiri dan yang paling jelas artis berkumpulan lelaki Korea yang stok-stok macam Shine, Super Junior, Bigbang, 2PM dan Beast. hahaha.
Kenapa la korang wahai kaum perempuan dok terkejar-kejar, terngigau-ngigau, termimpi-mimpi dan tergedik-gedik ngan mamat-mamat Korea ni semua? Hensem sangat ke dorang tu? Kemas sangat ke dorang? Romantik sangat ke dorang sampai kau orang angau habisss?.
Kalau dalam filem dan drama bersiri Korea, mesti la pelakon stok kacak-kacak dan cantik-cantik kan. Kalau muka macam pakcik / makcik jual air jambu dengan pisang goreng kat tepi jalan sape pulak nak tengok kan. Kau orang pon tak tergoda punya lah.
Masalahnye, siap hafal tuw dialog-dialog lakonan diorang. Tau saje mana-mana bahagian tertentu semua. Entah berapa kali lah kau orang dok ulang cerita yang sama. Pastu pulak kalau drama bersiri, paling koman pon ada dalam 20 episod. Setiap 1 episod panjangnya ada la dalam 45 minit. Sanggup tu tahan mata dok tengok drama ni berjam-jam. Sehari pon boleh habis lah semua episod kot. Punya lah gila. Lagi baik lah tengok Jejak Rasul ke dokumentari mengenai geografi ke apa. Ada jugak faedahnya.
Pastu pulak, ada jugak yang menggilai geng-geng cam N’Sync di Korea. Macam-macam kumpulan ada di Korea. Muka macam biasa, stok-stok ala-ala jambu gitu. That’s why perempuan kita sangat suka. Bab-bab yang menyanyi sambil menari tu bukan main lagi. Siap hafal step lagi tu. Menari ramai-ramai. Ikut sangat lah kejadah luar tu. Tak ada faedahnya pon. Buang masa buang tenaga je pon.
Malu pon lagi satu hal bila orang-orang tua tengok, ape kejadah bebudak ni tergedik-gedik, tergonjeng-gonjeng kat tepi jalan. Pelancong yang datang pon tengok dok gelak je dorang dengan aksi dorang yang tak berotak! Tidak ke makin teruk pengaruh dibawa dari Korea ni. Minat melampau ni sampai mengaibkan diri sendiri, keluarga dan Negara kita sendiri. Suka-suka jugak, tengok-tengok jugak tapi jangan la sampai melampau pulak. Bukan dapat apa-apa pon. Lagi la jangan harap nak jumpa atau ngorat ngan mamat-mamat Korea ni. Harapan lah semua tu. Kembali lah kepada alam nyata.