Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Resepi : Kobis Goreng

Assalamualaikum wbt :)

So today, nak share masakan lauk yang paling simple..paling mudah lah nak cuba buat first beginner macam Mieya nie. Oleh sebab, sayur goreng merupakan antara menu yang selalu emak Mieya masak dekat rumah (before sakit). Jadi secara tak langsung, Mieya pon dah terbiasa dengan step memasaknya.

Sayur tumis kobis goreng

Bahan-bahan yang diperlukan :
Kobis (banyak mana pon tak kisah)
ikan bilis
1 biji cili merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 labu bawang merah besar (dihiris)
garam dan sedikit serbuk perasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili merah dan kobis ke dalam periuk.
3. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4. Tuangkan sedikit air dan tutup periuk dengan penutup selama 5-10 minit.
5. Buka penutup periuk dan kacau sampai masak.
6. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.



Resepi Nasi Goreng Simple

Assalamualaikum wbt & Selamat berhujung minggu semua :)

Hari ini Mieya nak share resepi nasi goreng versi campak-campak yang Mieya selalu masak untuk hidangan anak tekak sendiri. Bab sedap atau tak, haruslah ditolak tepi. Dan apa yang penting perlu kena dengan selera dan masa untuk disediakan pon sekejap.

Bahan-bahan yang diperlukan sangat mudah. Godek-godek peti ais, kabinet dapur dah boleh jumpa bahan-bahan nie semua. Lagi-lagi kalau korang nie pesen malas nak sepah-sepahkan dapur, and then kemas balik. hehe

Bahan-bahan :
1 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih
Sebiji Telur (goreng hancur sampai garing sedikit)
2 Mangkuk Kecil Nasi
Garam secukupnya
Ajinomoto sebagai perasa tambahan

Cara-cara memasak :
1. Bawang Putih dan bawang merah dihiris halus. Kemudian, tumis sampai naik bau.
2. Masukkan telur yang siap digoreng tadi. Gaul rata.
3. Masukkan nasi. Garam dan Ajinomoto secukup rasa. Gaul rata.
4. Dah siap. Bolehlah dihidangkan ke dalam pinggan.


Macam Mieya, Mieya suka tambahkan lagi penyeri dekat nasi goreng nie dengan memasukkan hirisan hotdog dan juga sawi. Baru lah nampak berseri sedikit. Chewah :D

Ok. Toodle :D


Resepi Almond London


Assalamualaikum wbt :)

Kali ini Mieya nak share resepi Almond London. wuhuu! First time tau cuba buat. Itupun sebab adik Mieya suka sangat dengan biskut almond nie. So, Mieya pon cuba lah buat. And alhamdulillah. Menjadi jugak akhirnya.

Resepi Almond London



Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gram margerin
120 gram gula ising
80 gram nestum (dikisar halus)
250 gram tepung gandum
100 gram tepung jagung
kacang badan secukupnya (potong dua lalu dipanggang)
sedikit esen vanilla
almond nib
1 peket badam 
coklat masakan (Mieya gunakan Beryl's Chocolate)
paper cup


Cara-cara membuat :
1. Pukul mentega dengan gula sehingga sebati.
2. Masukkan esen vanilla dan nestum. Gaul rata.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sehingga menjadi doh yang lembut. (Kalau rasa adunan lembik, boleh tambah sedikit tepung gandum)
4. Rehatkan dalam 15 minit.
5. Ambil sedikit doh, isikan badam di tengahnya. Lalu dibentuk menjadi bulat atau bujur.
6. Bakar pada suhu 150C dalam 15-20 minit.

Untuk salutan coklat pula..
1. Masukkan sedikit margerin bersama coklat masakan supaya kelihatan berkilat sedikit.
2. Cairkan adunan coklat dengan menggunakan teknik double-boiling. (Mieya gunakan teknik lain. Letak mangkuk di atas water heater, dan didihkan air sampai coklat cair.)
3. Bila coklat dah cair, masukkan biskut ke dalam paper cup. Sudukan coklat ke atas biskut tadi. Tabur sedikit almond nib di atasnya.
4. Biarkan coklat membeku. Kemudian, simpan ke dalam bekas kedap udara.


Resepi Biskut Semperit

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Minggu lepas, Mieya ada buat biskut semperit milo dan juga biskut dahlia untuk dijadikan sebagai hidangan di hari Raya nanti.

Kebetulan semalam, along dan jugak kakak ipar Mieya datang berbuka di rumah. So, Mieya hidangkan sedikit untuk dirasa. Alhamdulillah, menjadi katanya. Biskut semperit milo, rasa rangup and nice. Manakala biskut dahlia, rangup dan berlemak.

Maka, kali ini Mieya nak share resepi kedua-dua jenis biskut ini bersama kalian.

Resepi Biskut Semperit Milo


maaflah, gambar kurang jelas ^^

Bahan-bahan yang diperlukan :
3/4 cawan margerin
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
1/2 cawan gula ising
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila 
3 sudu besar serbuk milo (Mieya guna senduk nasi)
coklat rice untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Pukul margerin bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan juga serbuk koko.
4. Gaul rata sehingga menjadi doh yang lembut.
5. Masukkan dalam paip acuan semperit.
6. Letakkan chocolate rice di atas biskut semperit.
7. Bakar dalam suhu 150C selama 15 minit.



Resepi Biskut Dahlia (guna acuan semperit)



Bahan-bahan yang diperlukan :
1 cawan margerin
3/4 cawan gula ising
1 biji kuning telur
1 camca esen vanilla
1 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan tepung kastad
1 camca baking powder
chocolate rice sebagai hiasan

Cara membuat :
1. Pukul margerin dan gula ising sehingga kembang.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan baking powder. Pukul lagi.
3. Masukkan tepung dan gaul sampai menjadi doh.
4. Ambil sedikit doh dan masukkan ke dalam paip acuan dahlia.
5. Letak chocolate rice di atasnya dan bakar.

Sekian sahaja perkongsian resepi untuk kali ini. Nanti Mieya share resepi biskut raya yang lain pula.

Selamat mencuba !

Resepi Biskut Maizena

Assalamualaikum wbt :)

Kurang dari 14 hari lagi kita semua bakal bertemu dengan Hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya
mood hari raya kian terasa dengan alunan bermacam-macam lagu-lagu raya yang giat dimainkan di corong radio. Bagaimana pula dengan Mieya?

Alhamdulillah, tiap-tiap malam dah mula start buat kuih raya. Setakat ini, baru sempat siapkan dua jenis kuih sahaja. Maklum lah, ruang masa yang terhad di rumah. Kebanyakan masa, banyak dihabiskan di ofis.

Jadi, bagi menambahkan perisa (mood) menjelang hari raya yang bakal tiba tak lama lagi...
Kami semua telah mula berpesta dengan lagu raya di ofis (itupun time advisor dengan bos dah balik). kehkeh dasar pekerja bertuah :D (Dengan cara ini, tak ada la rasa lemau semasa menyiapkan kerja yang menimbun)

So tadi, Mieya saja-saja godek-godek keywords di Nuffnang. And then, ternampak ramai jugaklah
yang mencari keyword ni :

Now, Mieya nak share resepi biskut Maizena :

Bahan-bahan yang diperlukan :
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan tepung maizena
1 Cawan gula halus
1 Cawan margerin
1 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
sedikit baking powder

sebahagian daripada bahan yang diperlukan


Cara membuatnya :
1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
2. Dalam satu mangkuk yang lain, pukul telur sampai putih.
3. Kemudian, campurkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan gula halus dan mentega.
4. Masukkan tepung, esen vanilla dan sedikit baking powder. Uli sehingga menjadi doh.
5. Canai dan terap dengan acuan.
6. Boleh bubuh ceri, chocolate rice atau manik sebagai hiasan dan bakar.


Taraaaa...inilah hasilnya...!


Selamat mencuba dan semoga berjaya :)


Resepi Kuih Cara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak mencoretkan entri-entri berkaitan dengan makanan dan resepi. Maklum sahaja lah, hari-hari bizi mengalahkan menteri. kehkeh :D (padahal hari-hari berperang dengan jalan jammed, lalu menyebabkan Mieya lambat pulang ke rumah)

Okey, tanpa membuang masa, kali ini Mieya nak share cara-cara membuat kuih tradisional, yakni kuih cara. Cara pembuatannya yang ringkas, bahan-bahan yang diperlukan pon simple sahaja.. memudahkan lagi urusan Mieya.

Untuk makluman, Mieya telah mengecilkan sukatan bahan bagi mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini. Buat banyak-banyak pun bukannya boleh habis. Dan kesudahannya, akan ke tong sampah. So, bila buat dalam sukatan kecil nie, takde lah berlakunya pembaziran.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Letakkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Dah siap? Boleh lah dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba..

Resepi Apam Beras Tradisional

Assalamualaikum wbt :)

Tempoh hari Mieya ada share gambar apam kukus kan? Kemain cantik lagi naiknya kuih apam beras yang Mieya buat nie. Bertambah-tambah gebu nya, kata orang. Cewah~

Kuih apam beras ni merupakan antara kuih tradisional kegemaran keluarga Mieya dan kerap jugak lah Mieya dan emak dok berulang-ulang kali membuatnya. Selain cara membuat nya yang mudah, kuih ini juga sedap dinikmati sama ada sebagai sarapan pagi mahupun sebagai minum petang.


Okey lah. Tanpa membuang masa, marilah Mieya kongsikan bagaimana cara membuat kuih apam beras nie. Untuk makluman, Mieya menggunakan tapai yang diperap selama lebih kurang dua hari atau sehingga sedikit berair.

Tapi jangan risau lah. Bab nak membuat tapai ni, takde apa-apa pantang larang pon. Tak payah lah kalut sama ada jadi atau tak. Bantai je. Janji jadi tapai dan berair sedikit.


Cara membuat Tapai :

2 Cawan nasi sejuk
1/4 ragi

Gaulkan nasi dan ragi. Simpan ke dalam bekas yang bertutup. Biarkan selama dua hari atau sehingga berair sedikit.


Resepi Apam Beras



Bahan-bahan :

1 peket tepung beras (Mieya guna cap teratai)
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 peket eno
secubit garam
air secukupnya


Cara membuat :

1. Blend semua bahan kecuali eno. Blend sampai halus.
2. Tapis adunan ke dalam besen dan tutup bekas adunan (guna tutup periuk pon boleh). Perap selama 5 jam.
3. Didihkan air dalam pengukus.
4. Kemudian, campurkan eno dan bahan pewarna. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
6. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba ye !


Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


Resepi Apam Gula Hangus Lembut, Enak & Sedap

Assalamualaikum wbt :)

Dah nampak tajuk entri kali nie? Yup. kali nie, Mieya nak kongsi resepi campak-campak bahan, pukul dengan penuh kasih sayang. Lepas tu, gaul dengan lemah lembut. And then, kukus sampai masak. Dah siap, tunggu dalam 2 ke 3 jam dan makan sambil tengok tv. hehe

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat apam gula hangus serta cara-cara nak mengadun bahan-bahannya pon tak cerita lagi. Terus je skip dan cerita pasal kek dah siap. hahaha aci tak kalau macam nie?


Bahan-bahan :
1 cawan gula + air (dimasak di atas api sampai gula hancur)

3 biji telur
1 cawan gula
1 setengah sudu kecil baking powder
1 cawan santan/susu cair
2 setengah cawan tepung gandum

Cara-cara :
1. Cairkan gula pasir bersama air sehingga menjadi perang. Biarkan sejuk dan ketepikan.
2. Pukul telur bersama gula sampai kembang.
3. Masukkan kesemua bahan-bahan yang lain dan kacau sehingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30-45 minit. (senang cerita, cucuk-cucuk je dengan lidi and then, tengok sama ada dah masak ke belum)

Actually, dah lama Mieya tak makan kek nie. Sekali makan, mesti nak makan lagi sampai lah habis. Sambil-sambil makan tu, Mieya suka belek-belek rupa lubang yang terdapat pada kek nie. hihi dasar takde kerja kan?

P/s : Masukkan dalam acuan pon boleh sebenarnya. Tapi, disebabkan untuk hidangan pukal, takde lah Mieya buat.


Resepi : Homemade Kentang Putar

Assalamualaikum wbt :)

Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)

Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?

Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..

So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.

Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya : 
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos : 
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar 
½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.

Dan inilah hasilnya...
mashed potato

P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)


Resepi Pavlova Yang Rangup Dan Lembut

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang cakap pavlova nie sedap di makan time petang-petang sambil layan drama kesukaan di tv mahupun youtube. So, Mieya pon try lah buat and then, rasa sendiri.

Wow.. Fantastic! Sampai meleleh-leleh air liur Mieya bila merasai sendiri pavlova hasil air tangan sendiri. Rasa lemak, manis, rangup di luar serta lembut di dalam. Besides, sesuai dimakan oleh pelbagai lapisan usia. Senang cerita, semua orang boleh makan. Wallah!


Nah, Mieya kongsikan resepinya disini.. Sila modify mana-mana yang patut.


Bahan-bahannya :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula (dikisar halus)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Untuk hiasan/topping :
250ml whip cream
boleh guna kiwi/strawberry/anggur/blueberry

Cara-cara membuatnya :
1. Pukul telur sehingga menjadi soft peak. Guna stand mixer je, senang ;)
2. Lepas tu, masih dalam mode memukul, masukkan gula sesudu demi sesudu sampai habis. Pukul sampai jadi ‘meringue’ (berkilat) atau bahasa mudahnya, bertanduk. 
3. Lepas tu, masukkan pula esen vanila, dan pukul sebati.
4. Matikan mixer, masukkan pula cuka dan tepung jagung dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 150 degree celcius.
6. Letakkan adunan sedikit demi sedikit ke dalam dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas minyak. 
7. Bakar adunan selama 50 minit - 1 jam.
8. Apabila sudah masak, buak pintu oven dan biarkan ia menyejuk.

Hiasan
1. Pukul whip cream,
2. Hias dengan buah-buahan yang masam.



Resepi Sambal Belacan Sedap dan Kurang Pedas

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini.. Mieya nak share satu resepi mudah.. tentang cara-cara nak membuat sambal belacan yang sedap tapi kurang pedas. Especially, for those yang kurang gemar masakan yang pedas-pedas like me and my family.


Bahan-bahan :-
  • Belacan (agak-agaklah ye)
  • Cili merah
  • Cili padi ikut suka hati banyak mana
  • Garam sikit
  • Aji no moto sikit
  • Gula sikit
  • Air asam/limau

Cara membuat :
1. Goreng belacan sekejap.
2. Angkat dan tumbuk bersama cili, sambil tu masukkan garam dan gula
3. Tumbuk hingga lumat
4. Dalam kuali, goreng lagi sekali sambal belacan tadi dengan sedikit minyak untuk bagi kick sikit rasanya
5. Sedia untuk dihidang bersama nasi panas.


Selamat mencuba :)

Resepi Telur Bistik

Assalamualaikum wbt and holla to all readers !

Dah tengok title di atas? wah, wah, wah !  Sudah tentu you guys antara percaya dengan tak, bila dapat tahu aku memasak hari nie, kan? 

Well. Anak muda sekarang, setakat masak air dengan maggi, memang dah biasa dah tu. Cuba suruh masak masakan lain. Haaa. mahunya tak terpinga-pinga? 

tapi, menu masakan aku kali nie semestinya bukan maggi tau. Jangan salah sangka pulak. Kali nie aku nak try to cook something different dish iaitu, telur bistik.


Simple menu just only for me and also my lil sis. Disebabkan aku chef utama, so aku lantik adik aku sebagai assistant chef. Ecehh, masak benda senang macam tu pon perlu pakai assistant bagai. Puih !

Well, dah dia yang offer diri untuk membantu. Aku apa lagi kan? Dengan senang hatinya menerima dengan hati terbuka. Padahal dalam hati, berkata Senang kerja aku hari ini. hikhik

Tugas dia hanyalah sekadar memotong bahan-bahan masakan dan membasuh peralatan memasak nanti. while me, just cooking maa !


okey. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini ialah :

a) telur goreng                               
2 biji telur
sedikit daging/ayam
garam secukup rasa

b) sos
1 biji bawang merah (the BIG one)
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 biji cili merah
5 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Sayur (sedikit kobis bunga, lobak merah, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa


cara-caranya:
- bancuh telur, daging dan sedikit garam.. panaskan minyak dan goreng macam telur dadar.
- setelah masak, angkat dan simpan sebentar.
- panaskan minyak dalam anggaran satu sudu.. tumis bawang, halia, cili merah dan sayuran..
- masukkan sos dan perasa seperti gula dan garam secukupnya..
Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.


Mudah bukan? abah yang baru balik keje, terus ke dapur.. katanya, ada terbau something berbau sedap. So, aku hidangkan lah kat ruang makan. 

Masakan yang asalnya untuk santapan aku dan adikku telah berubah menjadi santapan keluarga.. hik3~ bangga pulak coz masakanku habis di makan tadi...