Dah tengok title di atas? wah, wah, wah ! Sudah tentu you guys antara percaya dengan tak, bila dapat tahu aku memasak hari nie, kan?
Well. Anak muda sekarang, setakat masak air dengan maggi, memang dah biasa dah tu. Cuba suruh masak masakan lain. Haaa. mahunya tak terpinga-pinga?
tapi, menu masakan aku kali nie semestinya bukan maggi tau. Jangan salah sangka pulak. Kali nie aku nak try to cook something different dish iaitu, telur bistik.
Well. Anak muda sekarang, setakat masak air dengan maggi, memang dah biasa dah tu. Cuba suruh masak masakan lain. Haaa. mahunya tak terpinga-pinga?
tapi, menu masakan aku kali nie semestinya bukan maggi tau. Jangan salah sangka pulak. Kali nie aku nak try to cook something different dish iaitu, telur bistik.
Well, dah dia yang offer diri untuk membantu. Aku apa lagi kan? Dengan senang hatinya menerima dengan hati terbuka. Padahal dalam hati, berkata Senang kerja aku hari ini. hikhik
Tugas dia hanyalah sekadar memotong bahan-bahan masakan dan membasuh peralatan memasak nanti. while me, just cooking maa !
okey. Bahan-bahan yang diperlukan untuk masakan ini ialah :
a) telur goreng
2 biji telur
sedikit daging/ayam
garam secukup rasa
b) sos
1 biji bawang merah (the BIG one)
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 biji cili merah
5 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Sayur (sedikit kobis bunga, lobak merah, kacang panjang)
garam dan gula secukup rasa
cara-caranya:
- bancuh telur, daging dan sedikit garam.. panaskan minyak dan goreng macam telur dadar.
- setelah masak, angkat dan simpan sebentar.
- panaskan minyak dalam anggaran satu sudu.. tumis bawang, halia, cili merah dan sayuran..
- masukkan sos dan perasa seperti gula dan garam secukupnya..
- Tuang kuah di atas telur yang digoreng tadi. Siap untuk dihidang.
Mudah bukan? abah yang baru balik keje, terus ke dapur.. katanya, ada terbau something berbau sedap. So, aku hidangkan lah kat ruang makan.
Masakan yang asalnya untuk santapan aku dan adikku telah berubah menjadi santapan keluarga.. hik3~ bangga pulak coz masakanku habis di makan tadi...
2 comments:
wow. sedapnye
@Nurfara Hani Simple2 macam tu, mieya reti lah. heheh
Post a Comment