Tips Penjagaan Muka

Assalamualaikum dan salam sejahtera you alls.

Hari nie aku nak berkongsi cerita tentang produk kecantikan yang aku guna. Boleh? 


Aku suka sangat guna produk Syahirah, rasa serasi sangat. Aku start guna produk nie since Erin Malik datang ke sekolah aku untuk mempromosi produk nie. Waktu tu, kami diberi cuba untuk menggunakan Gel Pengelupasan dan Gel Jerawat Syahirah

First time pakai produk nie, aku sangat-sangat terpesona dengan gel pengelupasan dia kerana produk ini terbukti berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan tidak memedihkan langsung. Aku tak minat pakai mekap, but aku minat mekapkan orang. Haha, selalunya adik aku lah yang jadi mangsa. kih3 kesian dia ouh. 

Kebiasaanya, kalau aku nak keluar pergi jalan-jalan or ke library, aku  akan pastikan mukaku ditepek dengan krim pencerah dan bedak dari produk Garnier. ONE MORE THING, aku juga mesti pakai celak coz aku suka lah. iye lah orang perempuan mesti jaga penampilan dan kekemasan serta kecantikan diri betul tak? 


Bagi aku, semua orang yang dilahirkan di dunia ini cantik-cantik belaka. Anugerah tuhan ,so kita perlu lah jaga dengan sebaik-baiknya. 

Seperti korang semua, aku juga memakai pencuci muka. tapi ingatlah kawan-kawan. Jangan sesekali mencuci muka lebih dari 3 kali sehari.. ini kerana, pencuci muka mengandungi bahan kimia yang dapat menyingkirkan minyak dari kulit muka.. dengar macam bagus je kan..tapi... cuba bayangkan kalau kita basuh muka banyak kali, muka kita dah banyak hilang minyak dan boleh mengakibatkan kulit muka menjadi kering dan tegang.. 

Jenama pencuci muka yang aku pakai sekarang ialah Nivea. Dahulu aku pernah pakai pencuci muka Safi but muka aku makin berminyak. So, terus aku bagi pencuci muka tu kat adik aku.

Apa pun yang paling penting dalam penjagaan muka nie adalah disiplin , tanpa disiplin kulit wajah akan menjadi lebih parah oke,,  Basic dia senang sahaja korang cuma perlu :



 Dapatkan tidur yang mencukupi.
Jangan tidur lewat semata-mata nak surfing internet atau nak tengok laman sesawang , paling elok masa tidur adalah pukul 10 malam . Bila tidur kita akan tenang dan hormon badan kita akan merawat dan memperbaiki lagi kulit .

 Amalkan pengambilan air suam
sekurangnya 8 gelas sehari bukan sampai perut korang kembung dek terlebih air nanti masalah lain yang timbul nadia tak jamin , hehe air suam banyak kelebihan untuk kulit wajah kita .

 Cuci muka sebelum tidur
Sebelum tidur sila rajinkan kaki melawat tandas untuk mencuci muka nanti tak cuci kulit tak bernafas alahai kesian kulit muka korang semput dia nak rehat korang sedap dapat rehat sila bertimbang rasa sikit ye .

Senang bukan ? memang ada lagi banyak yang korang kena jaga tapi sebenarnya kalau korang disiplin dan sentiasa amalkan ketiga-tiga petua ni . Muka korang sentiasa segar dan bebas dari masalah cuma ingat jangan pemalas kerana kalau muka tak segar bermasalah siapa yang malu?