Sememangnya aku anak emas ..

Kehidupan aku sekarang, aku rasa korang boleh jangka kan. Kalau korang ikuti dari mula aku berblog. Life aku sama sahaja setiap hari. Bangun pagi-pagi, membantu emak melakukan tugas-tugas harian di rumah seperti mengemas rumah, menyapu lantai, menyidai kain baju dan menyediakan minuman petang. Makan, tidur dan online.

Well, kehidupan sebagai seorang pelajar yang sedang bercuti sekolah. Biasa lah kan? Lagi-lagi sebagai anak perempuan. Takkan lah nak melepak sampai ke jauh malam, keluar berjalan-jalan tanpa arah tuju di shopping complex atau berjumpa dengan kawan lelaki yang baru dikenali di laman sesawang facebook. Kan?

Sorry, I'm not that type of a girl. Masa aku kebanyakannya dihabiskan sepenuhnya di rumah. Bila bosan, aku camwhoring. Tangkap gambar sendiri. Posing lah macam mana gaya yang terlintas di fikiran. And then, edit bagai nak rak dalam laptop.

Online sampai berjam-jam lamanya. And then, bila tiba masa untuk membantu emak, aku berhenti. After that, jikalau semuanya dah selesai. Aku sambung balik sesi online aku yang tertangguh tadi. So lifeless to you, right?

But unfortunately, its not for me. :)

0 comments: