Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih-muih. Show all posts

Resepi Kuih Cara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak mencoretkan entri-entri berkaitan dengan makanan dan resepi. Maklum sahaja lah, hari-hari bizi mengalahkan menteri. kehkeh :D (padahal hari-hari berperang dengan jalan jammed, lalu menyebabkan Mieya lambat pulang ke rumah)

Okey, tanpa membuang masa, kali ini Mieya nak share cara-cara membuat kuih tradisional, yakni kuih cara. Cara pembuatannya yang ringkas, bahan-bahan yang diperlukan pon simple sahaja.. memudahkan lagi urusan Mieya.

Untuk makluman, Mieya telah mengecilkan sukatan bahan bagi mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini. Buat banyak-banyak pun bukannya boleh habis. Dan kesudahannya, akan ke tong sampah. So, bila buat dalam sukatan kecil nie, takde lah berlakunya pembaziran.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Letakkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Dah siap? Boleh lah dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba..