Showing posts with label Menu Petang. Show all posts
Showing posts with label Menu Petang. Show all posts

Keledek Ungu


Pernah tengok tak?

Pernah makan tak?

Inilah rupanya ubi keledek ungu. Tengok lah warna pon purple gituuu ^^

Boleh dipanggang @ direbus @ dibuat bubur pon boleh :D

Mieya baru pertama kali merasa. 

Sebelum ini selalu dengar daripada mulut orang je, tak berkesempatan nak merasa.

Tapi bila dah terhidang di depan mata. SEDAP rupanya!

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea dan tergolong dalam kumpulan Convolvulaceae.

Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan.



Resepi Roti Gulung Sosej Celup Tepung

Assalamualaikum wbt :)

Sejak dua menjak kebelakangan ini, Mieya perasan yang Mieya rajin sekali ke dapur untuk menyediakan makanan untuk minum petang. Entah lah. Boleh dikatakan, memasak di waktu petang menjadi hobi baru kepada Mieya memandangkan Mieya nie merupakan seorang yang suka mencuba.

Macam hari tu, Mieya cuba buat roti gulung sosej. Sebabnya, tempoh hari sepanjang berada di UiTM Permatang Pauh, boleh dikatakan selalu juga lah Mieya membeli roti hotdog nie. Macam ketagih pon ada. hihi

So, muncul lah idea untuk membuat roti gulung sosej nie.


Bahan-bahan :
Beberapa keping roti
Beberapa batang sosej (kalau roti enam, maka sosej pon enam jugak.)
Mayonis
Sos cili
Sebiji telur dibancuh bersama tepung gandum dan sedikit air

Cara-cara :
1. Goreng / kukus / rebus sosej dan kemudiannya ditos sampai kering.
2. Bancuh telur bersama tepung dan juga sedikit air.
3. Ambil sekeping roti, gelek sampai nipis menggunakan penggelek atau gelas.
4. Letakkan sosej, kemudian letakkan mayonis dan sos cili mengikut citarasa dan gulungkan ia.
5. Celup ke dalam bancuhan tepung tadi dan goreng dengan api yang sederhana.
6. Ulangi langkah 3 hingga 5 untuk hidangan pukal.
7. Bila dah siap, sedia untuk dihidang.

Resepi semudah ABC, sangat-sangat simple bukan? Lepas nie nak try godek-godek resipi puding roti pulak.


Resepi : Homemade Kentang Putar

Assalamualaikum wbt :)

Malam tadi, perut tetiba mengidam nak sangat-sangat makan kentang putar. Ala yang macam kentang putar KFC tuu. kehkeh mengidam lah sangat (mengalahkan orang yang mengandung)

Nak pergi KFC, dah malam. Malas lah pulak nak keluar. Jadi Mieya pon belek-belek lah resepi kentang putar di google. Malangnya, semuanya untuk hidangan besar. Takde sukatan untuk makan sorang-sorang ke? haha kedekut betul Mieya nie, kan?

Bukannya apa, takut nanti tak menjadi kang. Bukan ke rugi? Bila jadi macam tu, siapa yang nak mencekiknya? awak semua nak? haha..

So, nak tak nak. Mieya pon buat lah kentang putar berdasarkan resepi di google tetapi mengikut sukatan Mieya sendiri.

Bahan-bahan untuk kentang :
1 biji kentang (dibuang kulit dan rebus)
2 sudu planta
2 sudu susu segar
½ lada hitam (tumbuk sampai halus)
garam (secukup rasa)

Cara-caranya : 
1. Lenyek kentang sampai hancur.
2. Masukkan semua bahan-bahan dan gaul rata.
3. Bentukkan kentang ikut kreativiti masing-masing.

Bahan-bahan untuk sos : 
½ cawan air
1 biji bawang merah dicincang/dikisar 
½ sudu planta
1 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
kiub ayam
1 sudu sos tiram
serbuk lada hitam dan garam, ajinomoto secukup rasa

Cara membuatnya : 
1. Masukkan planta ke dalam kuali. Setelah planta cair, masukkan bawang.
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau sampai bewarna sedikit perang.
3. Masukkan kiub ayam dan air. Masukkan kesemua bahan yang lain.
4. Kalau suka sos yang pekat, biarkan lama sikit. Kalau suka yang cair, sila tambah air lagi.

Dan inilah hasilnya...
mashed potato

P/s : First time update entri pasal resepi. Simple lagi tu hikhik. Selamat mencuba :)