Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum wbt semua :)

Di kesempatan ini, Mieya ingin menyusun sepuluh jari  tanda kemaafan kepada kalian semua. Mohon maaf jikalau ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara semasa berblogwalking, membalas komen, atau ketika memberi tunjuk ajar mengenai selok-belok blog dengan kawan-kawan semua.

Maklum lah, seorang yang berjiwa muda macam Mieya nie. Ada kalanya, gaya bahasa kurang enak dibaca atau didengar oleh mereka yang lebih berusia. Ayat nak rempit je, main guna pakai je apa yang terlintas di benak fikiran ini.


Raya tahun ini, Mieya sekeluarga akan pulang beraya di kampung. Dan insyaallah, malam ini kami akan beransur pulang dengan menaiki kereta.

Sekarang ni, Mieya masih lagi di ofis. Maklum lah.. Hari ini merupakan hari terakhir bagi Mieya bekerja sebelum bercuti bersempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Kerja pon tak ada lah berlambak-lambak seperti dulu. Lebih kepada duduk bermain dengan tetikus serta papan kekunci sahaja. Tangan sahaja yang bergerak. Itu yang sampai ada masa nak online blog tu. muehehehe

Bercerita mengenai persiapan raya bagi Mieya sekeluarga. Alhamdulillah, sempat juga siapkan 10 jenis kuih raya untuk dihidangkan di hari raya nanti. Langsir dah siap pasang. Sarung kusyen dan juga lapik meja sudah siap ditukar. Tinggal nak kemas rumah dan masukkan kuih ke dalam balang je.

P/S : Berkemungkinan, blog juga akan turut bercuti sepanjang hari raya ni. Line internet broadband slow sampai ke tahap menjeling sepupu yang sedang online sambil minta belas kasihan.. bagi lah password wifi weyh !

13 comments:

Unknown said...

selamat hari raya..!! =)

Unknown said...

selamat hari raya :)

Aety Hassan said...

selamat hari raya to u too sis.. semoga lebaran kali ini membawa 1001 kemanisan & semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju. take care!! (^_^)

Unknown said...

1o jenis kuih...woooo..banyak tu mieya
selamat membizikan diri

Zaf98 said...

SELAMAT HARI RAYA KAK! :D

Farah Shahidah said...

selamat hari raya mieya ! =D
wahh banyak nye kuih raya...
anyway salam perkenalan =D

teratai said...

Selamat hari raya utk mieya juga :)

Story Nadya said...

Selamat Hari Raya ^^
http://storystorynadya.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

Story Nadya said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri :D
http://storystorynadya.blogspot.com/2013/08/selamat-hari-raya.html

jie susanos said...

slmtt ari raya miera..

hana hadi said...

selamat hari raya mieya :
hana xsempat nak buat entri raya... ni pun alang2 buat kerja blogwalking sekali.. huhu

Miss N™ said...

selamat hari raya mieya.. :)

ayut said...

blog ayut pon cuti aritu time raya..seminggu la jugak..huhuhu..slmt hari raya yer mieya..minta maaf slh silap spjg kita kenal di alam maya ni ^^