Dulu-dulu, masa awal-awal Mieya mula menulis blog sebagai diari peribadi online. Sebelum Mieya tau istilah blogwalking tu apa, sebelum Mieya tahu mengenai kepentingan trafik kepada blogger. Dan juga sebelum Mieya belajar untuk tidak memberatkan loading blog, menyemakkan dinding blog dengan gambar kartun yang pelbagai serta gadget yang tidak berguna.
Mieya pernah menjadi silent reader kepada beberapa buah blog. Banyak pilihan entri yang boleh dibaca. Ada yang membicarakan mengenai kecantikan, jurnal harian, cerita lawak dan teladan serta bermacam-macam lagi.
Kalau check sahaja dashboard, satu minit dah mesti berpusu-pusu entri baru sedia untuk santapan minda dan bijik mata. Dah siap boleh tadah air untuk di minum, penat blogwalking dari pagi bawa ke pagi. tengok blogger semua bersemangat waja.
Tapi, sekarang?
Ke mana hilangnya entri-entri daripada para blogger tersebut? Selalunya akan ada beberapa entri pada tengah malam buta. Sekarang nak cari memang susah lah. Sampai ada blog-blog ditinggal terbiar tanpa update terkini selama beberapa hari, ke beberapa minggu dan kemudiannya sampai berbulan-bulan lamanya.
Sampai banyak blogger yang buat entri dah tak bersemangat, takde mood, ketandusan idea, malas dan terkini sampai nak tutup blog pulak.
hahaha. yang Mieya merahkan tu ada kena-mengena lah jugak dengan diri Mieya.
Padahal bila di pikir balik pasal diri sendiri, kebelakangan ini Mieya semakin lambat dalam mempublish entri terbaru kan? Selalunya, pukul 2-4 petang dah ada entri baru daripada Mieya. Tapi sekarang, kalau tak malam nie, esok malam baru terjojol satu entri. Itu pon kalau ada lah.
Haihh. Mieya rasa prestasi tahap kerajinan Mieya merosot hari demi hari. cehhh. Nampak macam tipu lah. Mungkin dua tiga hari ni, sebab tak kerah kepala hotak untuk berfikir soal itu ini. Tengok saja pada entri sebelum-sebelum ini yang entah apa-apa.
Tapi janji, untuk capai matlamat dan cita-cita yang tinggi menggunung, Mieya kena juga men-triple-kan rajin Mieya nie di kemudian hari. kan kan. Lepas nie, tak boleh terus-terusan melambat-lambatkan proses mengupdate blog. Bimbang nanti melarat sampai ke hujung tahun blog tanpa update.
dah sekarang, Mieya cuba menghabiskan satu entri selepas seharian blog ditinggal tanpa suapan entri yang fresh. kesian belog. kurang kasih sayang. Kesian juga kat korang yang rajin komen kat blog Mieya, tapi Mieya tak balas kunjungan korang balik.
Sorry, kejap lagi Mieya balas ye. Sabar tau :)
30 comments:
yeker mcm malas?? na tgk setiap hari ade je new update dari nmieya okay laa tu hehehehehe ;D tp btul ape mieya bgtw..na musykil mana hilang nye everthing2 klau pasan da lama dye xde update entry baru... mana dye pergi eh?
Rajin bertandang ke sini...suka baca idea2 yg ditulis:)
bukannya tak bersemangat, tetapi sibuk dengan pelajaran.
entri akakpn simple2 jer.. kdg2 tak ber update..
pelikkan, nur pun skarang ni rasa tak bsmagat mcm dulu..tapi nur cuba jugalah untuk bsemangat.. :)
jomlah mieya, kita bersemangat balikkk.. :)
huhu.. eiqa pon macam x semangat nak berblog.. hehe tp sebab nak exam.. tp blogwalking wajib..haha :)
dya kalau dh terkena penyakit malas mmg satu hari tu xde entry..haha
:) cian kat blog...cian kat readers..hihi :p
kalau aku...ade idea dalam otak yang membuak-buak nak kua..aku akan publish.. but i am really busy.. memang aku biarkan blog tu berkurun2 lama...hahahaha
Kite duduk asrama lahh.. update 2 mnggu skali.. sorry lah kalau Mieya bsan tgk blog kte.. *bajet*
Ada setengah blogger ni part imer je..mungkin kepnatan keja seharian buatkan crta kureng sikit...atleast kalau yg update tu kira rajinla gak dari bertahun2 bersawang
Jom Join ^_^
http://nornishanisrina.blogspot.com/2012/10/segmen-colour-monster-by-nisha.html
berharap sangat kamu Join ^_^ Senang je .. Cume kene colour gambar monster ^^
@Jna marcello Yup. Tengok aje lah entri sebelum nie entah apa-apa. Blogger everything2 tu maybe merajuk kot sampai tak nak update blog.
@teratai Terima kasih :)
@Mohd Lokman Bin Ramli Sibuk pon kena lah juga cari masa untuk update jugak.
@umialya Entri akak simple pon senang faham. mieya? Nak simple-kan pon terus melalut panjangnya.
@Cik Nur Insyaallah, Cik Nur. Harap-harap lah.
@eiqa azra Kira oke la tu, still bersemangat.
@dya bunga Mieya malas-malas pon, hari2 online.
@ayut a'ah. tulah pasal.
@Momo Habis, idea yang banyak tu macam mana? terbuang begitu saja ke?
@ain soofiyah Apa kata kalau ain buat entri auto-publish?
@tiga minit Tapi kena fikirkan pembaca juga. walau sibuk mana sekali pun.
@nis Mieya tak reti lah.
kadang2 timbul rasa malas tp tengok kawan berlumba2 buat entry baru baru terhegeh2 nak buat...hehehe
@azievee ha'ah. pernah jugak terjadi macam tu. Rasa tercabar, kenapa orang lain boleh tapi kita tak boleh.
selalunya kesibukan melanda kdg smpi 5 ari tak update..
@wan nurul hezrina Tapi blog macam Mummy takpe lah jarang berupdate. semuanya berinformasi.
blog raihan pon mcm tuh sbb x smpat nak update. :(
@rAIHan Sis raihan mesti sibuk sangat kan? sebab tu selalu je tak update.
Post a Comment