Menjelang Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum wbt :)

Fuhhh ! Seharian dari jam 10 pagi sehingga lah ke jam 2 petang, Mieya, adik dan emak bertungkus-lumus menyiapkan makan tengah hari nie beserta juadah untuk hari raya Aidiladha esok.

Macam biasa, setiap kali menjelangnya hari raya, kami akan menyediakan hidangan seperti nasi impit, kuah kacang, serunding, rendang kerang dan rendang daging. Selalunya kuah lodeh merupakan antara menu wajib buat. Tapi kali nie, tidak sebabnya takut tak termakan nanti.

Ya lah, sambutan hari raya haji nie takde lah lama mana jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri kan? Jadi, buat yang mana perlu je lah.


Nie pun kejap lagi, nak siapkan makanan untuk hidangan malam nanti. Tak tahu lagi nak buat apa. Maybe agar-agar dan juga kek.

Kebiasaannya, setiap tahun, akan ada baraan kat kawasan perumahan Mieya nie. Orang ramai berarak dari satu blok ke satu blok kawasan perumahan yang lain sambil melaungkan takbir bermula selepas Isyak sampai lah habis (dekat pukul 12 tengah malam).

Waktu kecik-kecik dulu, Mieya rajinlah ikut abah pergi berarak beramai-ramai nie. And Mieya seorang je budak perempuan yang ikut baraan tu, yang lain semuanya lelaki. heheh Makan free, siapa yang tak nak kan? Lagi-lagi nanti boleh borong gula-gula, ais krim pop dan air kotak sampai penuh poket baju kurung Mieya. Best sangat.

Tapi bila usia dah makin meningkat naik nie, Mieya dah takde join aktiviti berarak nie semua. Dah besar kan? Malu lah kalau orang lain tengok. Kan tak manis tu? hikhik

P/s : Bagaimana dengan persiapan hari raya Aidiladha kalian?


20 comments:

Asmar Arafad said...

sedihnya saya masih kena kerja...huuu.. huuu..

Miss N™ said...

heee...samalah, kecik2 dulu kemainkan..!

bila dah besar..maluuu..!huhuh..

Dah siap ye juadahnya.. :)

Selamat hari raya Mieya.. :)

Umialya said...

sedapnya mieya..

♥ Nana BamBam ♥ said...

wah rendanggg...sedap tuu..

selamat hari raya aidiladha mieya :)

Ayu said...

bestnya raya dgn family.. akak raya dengan geng indonesia jer nih.. hehehe..xbalik kampung, hubby kerja... selamat hari raya..

Raz said...

wah mcm banyak je masak.. hehehehe

teratai said...

Rajinnya masak juadah utk raya:)
Kak nak masak malam ni...lauk pauk utk nasi minyak!

Selamat Hari Raya Haji utk Mieya n keluarga

Jna marcello said...

hoii awal nye persiapan hihihi..
nxnk jemput na dtg rumah ke???

^^selamat hari raya`!

Unknown said...

@Asmar Arafad Ala.. kesiannya. Sabar ye :)

Unknown said...

@Cik Nur Selamat Hari raya Cik Nur :)

Unknown said...

@umialya Memang lah sedap.

Unknown said...

@♥ Nana BamBam ♥ Selamat hari raya aidiladha nana :)

Unknown said...

@Ayu Selamat hari raya kak :)

Unknown said...

@RazFiRa Sikit je nie. heheh

Unknown said...

@teratai Selamat hari raya kak :)

Unknown said...

@Jna marcello Rumah tertutup kak. haha

nursuriani said...

selamat hari raya lagi sekali! betoi tuh raya haji buat banyak2 pun belom tentu termakan kan. huhuhu

::CIK LYNN:: said...

sedapnya ada rendang :)

Unknown said...

@Sue PeLik Nasib baik balik kampung. boleh bawa balik.

Unknown said...

@::CIK LYNN:: Rendang, mestilah sedap.