Sahabat Baik Rampas Kekasih. Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak menulis entri atau lebih tepatnya menyentuh isu cinta.
Bukannya sebab patah hati ke, atau ditimpa apa-apa penyakit yang melibatkan hati. Tak. Sebaliknya, Mieya kebuntuan idea, kekurangan sumber dan juga fakta-fakta khususnya bila melibatkan isu cintan-cintun nie.

Jadi, sudah semestinya entri kali nie berkonsepkan santai-santai sambil-sambil tu mengajak kita semua untuk sama-sama menyelami rasa serta membawa fikiran berpusing jauh ke dalam.

Sekarang, cuba letakkan atau bayangkan diri korang berada dalam situasi sebegini :

Anda mempunyai seorang kawan baik, yang mana persahabatan korang terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada masa yang sama, anda mula mengenali seorang jejaka/gadis. Pada mulanya, korang berkawan rapat, namun lama-kelamaan hubungan kawan bertukar kepada kekasih.


Setelah beberapa tahun anda berkawan, dan akhirnya anda mendapat tahu bahawa kekasih anda mempunyai skandal dengan kawan karib anda. Tak sangka bahawa kawan anda sendiri sanggup membuat anda seperti ini dengan kata lain merampas apa yang dimiliki dan disayangi daripada anda. 



Apa yang anda bakal lakukan? menangis sampai lebam biji mata? ingin terjun dari tingkat 1 dengan tujuan supaya kekasih anda kembali kepada anda? Itu semua kerja sia-sia.


Situasi ini memang pernah terjadi di sekeliling kita dan selalunya "perampas" ini adalah dikalangan orang yang kita percayaiRampas merampas nie macam biasa je berlaku. Misalnya, rampasan kapal terbang pun boleh meruntuhkan bangunan WTC kat U.S. 

Manakala rampas kekasih boleh memutuskan tali silaturahim antara manusia.. Tambahan pula jika si perampas adalah kawan sendiri. Boleh mengakibatkan perang saudara yang sukar dibayangkan jika diturutkan dendam dan api kemarahan yang menggila.

Jika kekasih anda dirampas, anda perlu banyak bersabar. Anggaplah apa yang berlaku ini satu dugaan untuk lebih mendewasakan diri kita. Biarkan mereka dengan hidup mereka kalau sudah itu pilihan mereka. 

Memang benar ia menyakitkan apabila orang yang kita percaya dan sayang selama nie mengkhianati diri kita. Namun cubalah tabahkan hati dan buang rasa marah, benci dan dendam jauh-jauh kerana selagi ada perasaan itu, selagi itu kita akan bersedih. 

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar Tuhan pertemukan kita dengan orang yang lebih baik. Jangan bersedih dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



42 comments:

Miss N™ said...

ermm..jujur, nur pernah lalui, tapi bukan nur lah yg perampasnya, tetapi BF kawan baik nak kat kita... tapi nur tolak eloklah..

xsggup rasanya nak putus sahabat hnya kerana lelaki...

Momo said...

pernah berkorban perasaan sayang dekat seseorang sebab die lebih suka kat kawan aku dari aku.. haha... naaa..long time stori..hehe...

-tikah- said...

betul tu...
tak guna nk meratap smp melampau sgt..
anggap je dia tu bukan jodoh kita.. :)

Fiza Rahman said...

Sgt kejam klo dapat sahabat mcm nih.

NURUL AMEERA said...

fuhhh mmg pedih kalau kawan baik kita yang rampas kekasih kita kan . btw nice entry , meh la jenguk blog meera ")http://ameera2793.blogspot.com/

nursuriani said...

pernh mengalaminyaaaa huhuhuhu. sedeh2!

cci said...

huhu.. penah terjadi gak pd cci dulu..

ecadwinkyasha said...

yunk...ada satu lagu sesuai dgn entry ne..lbh kurang la...M2M,dont mess with my life...heheh ;)

tpi kan,kdg2 cmne...xleh gk salahkan bestfrend kita,sbb klu BF kita pun bgi hrpn...naik gatal la ulat bulu jantan&betina.hahah XD

Unknown said...

itu senang kalo ckp

y berasa? sakit. perit

uih sebelum jd baikla kite jage2

✿INA AINAA✿ said...

walaupun ena tak pernah mengalami keadaan sedemikian, tapi ena tahu betapa sakitnya hati bila jadi macam ni... betul tu, kita harus bersabar, mungkin si dia itu bukan jodoh kita dan jodoh kita lebih baik dri lelaki tersebut... hehe

Himawari Mirsada said...

benci btl ngna permapas ni..nak2 lau kwn sendiri..ishh haru jadi nye 6_^

Unknown said...

Begitu sakit kalau kena kat batang hidung sendiri... huhu

Suzie Yusof Mohamed said...

kalau kite, kite let go je. da bf uh pon layan, bertepuk seblah tangan tak bunyi kan.

cikeyrah said...

pernah tengok situasi nie berlaku masa pom 6 dulu ..

Jna marcello said...

haa mieya kes ni slalu sgt dahhh nampak!! tatw laa ape perasaan kawan tu sampai sggp buat mcm tu kan..for me itu bkn kawan la klau kawan dye x sggp buat mcm tu btul x?? anywy nice entry mieya ;))

.::: Princess MOMOY :::. said...

sabar sabar dan sabar

dya nasir said...

mmg sedih dan sakit hati kalau berada kt situasi tu..huhuh.. tpi apa blhbuat xde jodoh..

Anonymous said...

Orang yang perampas tu sahabat baik kita? Of couse..nak tau sebab apa? Sbb dia berkawan dengan kita bukan kerana ikhlas..tapi ingin belajar apa kelebihan dan kekurangan yang kita ada yang buat si dia suka.Bila sudah cukup ilmu didada..pisau akan tertikam di belakang kita.Dan si penikam memenuhi kelemahan kita..menggantikan kita sekarang.Noted.

Unknown said...

@Cik Nur Daripada putuskan tali persahabatan kerana hal sekecik tu. Lebih baik, kita cegahnya dulu kan?

Unknown said...

@Momo Takpe. demi persahabatan yang kukuh, kita boleh beralah.

Unknown said...

@-tikah- Yup, betul tu.

Unknown said...

@fiza Betul tu.

Unknown said...

@NURUL AMEERA Memang betul, pedih rasanya. Terima kasih sudi singgah. Nanti Mieya singgah blog awak.

Unknown said...

@Sue PeLik Memang sedih kalau dapat kawan macam nie. Berkawan dengan kita semata-mata nak dapatkan sesuatu.

Unknown said...

@cci Sama lah.

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Yup, setuju. Kadang2 lelaki dekat dengan kita pon bersebab. Sebab tu kena berjaga-jaga

Unknown said...

@Iffah Afeefah Betul tu.

Unknown said...

@✿Lady Ainaa✿ Yup, betul tu. Yang penting banyakkan berdoa dan jangan berputus harapan pada-NYA

Unknown said...

@elyna mirsada betul tu. Nak didendam, kawan sendiri.

Unknown said...

@myu Tau takpe.

Unknown said...

@Suzie Yusof Mohamed Yup. Kalau dah itu pilihan mereka. Biarkan saja

Unknown said...

@cikeyrah Tengok je. Nasib baik bukan diri sendiri.

Unknown said...

@Jna marcello Yup. itu bukan jenis kawan yang baik. Kawan yang baik takkan sesekali makan kawan sendiri.

Unknown said...

@.::: Princess MOMOY :::. Yup, itu sahaja yang boleh dibuat.

Unknown said...

@NoEn How sweet?!!!

Unknown said...

@dya bunga Yup, betul tu.

Unknown said...

@Dezee Yup, setuju sangat.

ayut said...

satu je klu mcm ni..dh xde org len ea?please la...hihihi

Unknown said...

@ayut Tau takpe.

rAIHan said...

pernah tgk hal cmnie jdi depan mata. sgt tak suke bila terjadi. :(

Unknown said...

@rAIHan Yup, memang. Kekadang, kita pula terasa bagaimana sakitnya bila kekasih dirampas oleh orang yang kita percayai.

Unknown said...

I just got it happened. Sedih sngt. Tapi mengalah sbb taknak ptus kwn dgn bestfrend :) mkn hati je lah