Assalamualaikum wbt :)
Pagi ini, kelihatan langit begitu mendung sekali. Tiada sinaran sang suria yang menerangi seperti kebiasaannya.
Sedang Mieya mengelamun memerhatikan tanaman yang subur di hadapan rumah, gerimis mengundang secara tiba-tiba. Semakin lama semakin rancak berirama bunyi titisan air hujan yang jatuh. Alhamdulillah, hujan turun lagi untuk kesekian kalinya.
Tenang rasanya bila pagi ini dihiasi dengan hujan. Bukan sebab alasan untuk malas melakukan aktiviti harian, tapi kerana rahmat. Bukankah hujan itu rahmat?
Setitik hujan bersamaan dengan setitik rahmat. Bayangkan ada berjuta-juta titik hujan yang turun membasahi bumi ini dalam satu masa? ini bermakna manusia dapat menikmati berjuta-juta titisan rahmat secara percuma.
Diharapkan juga, hujan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu menambahkan kuantiti air yang semakin kritikal di negeri Selangor sekarang nie.
24 comments:
Hujan kat luar bawa rahmat, hujan dlm hati, canne?
hujan tuh rahmat. nnt kalau xde hujan kemarau plak kan. huhu.
tiba2 bekalan air lakk..baru nk feeling2 bace td heheh lawak laa mieya ni ;))
hujan itu rahmat...lagi best kalau ujan time tidur..rasa mcm taknak bangun..haha
betul..hujan tu hujan rahmat..
cik nur juga suka hujan..sejuk bumi ALLAH kan..
kat tempat keyrah cuaca panas sangat . .
agak la.. cuaca skrg agak mndung.. memang menggugat iman.. nk tidur je kerja.. hehe.. tp semoga semua ni adalah rahmat dari Allah
sekarang musim hujan ..tempat sy pun asyik hujan
ye lor.. cci kat perak pon sama malap jerk.. n sesejuk.. ^_^
Betul tu, hujan adalah rahmat yg diturunkan Allah membasahi bumi yg semakin panas akibat ekspoitasi manusia!
Hujan rahmat :)
best sgt bila ujan turun...boleh jugak membasahi bumi yang kering....
@vidalsisah Hujan dalam hati, tanggung lah sendiri. hehe. Takde lah, pandai-pandailah kawal hujan dihati tu. Tak mahu lah emo selalu.
@rAIHan Yup, betul tu.
@Jna marcello hehe, biasa lah bila update guna phone nie. Semua benda nak cerita. Sampai tak tahu nak selitkan ayat kat celah mana.
@♥ sitifarhana ♥ Haha, itu sangat-sangat tak digalakkan ye. Cuba baca previous entri kat blog Mieya nie, jangan bangun lambat. nanti rezeki tak masuk.
@Cik Nur Yup, beul tu Cik NUR.
@cikeyrah Ouh, ye ke. Mungkin hari lain akan turun hujan. Sabar je k?
@✿Lady Ainaa✿ Tahan mata tu drpd tidur dengan melakukan aktiviti berfaedah :)
@Suara Hati Yup, betul tu
@cci Tahu takpe. Itu yang tak tahan tu.
@teratai Yup, sangat2 setuju.
@myu Yup, betul tu.
@eimah siti dan menyejukkan cuaca yang panas.
Post a Comment