Masih banyak yang perlu diperbaiki

Assalamualaikum wbt semua :)

Selamat pagi, petang dan malam semua. Hari nie, Mieya punya bersemangat jitu nak berbelog. bangun-bangun pagi, sebelum sempat menjamah secuit sarapan pagi, kepala hotak teru ligat memikirkan pasal belog. Kiranya ini adalah satu pentanda bahawa Mieya akan memenuhi belog korang dengan dua atau tiga entri. habis lah dashboard korang.

Hampir dua tahun Mieya berbelog, setahun lebih berbelog secara aktif. dari 29 Disember 2010 sampai sekarang lah kan. Mieya masih terasa seperti blogger baru. Mieya tak rasa dalam tempoh sedemikian, Mieya sudah hebakkk dengan entri yang macam entah apa-apa.

ohh, tidak. tidak. Mieya masih mentah lagi. banyak benda yang harus Mieya perbaiki dari hari ke hari. belog Mieya pon masih perlu diperbaiki, terutamanya mengenai susunan gadget. masih teruk dan masih menyakitkan mata yang memandang.

Setiap hari, Mieya akan perhatikan belog Mieya. mencari apakah kelemahan Mieya dalam berblogging nie. lalu mencatatnya ke dalam buku tiga 5. seterusnya, mengambil masa sehingga berbulan-bulan lemon untuk memperbaikinya. bukan senang tau nak perbaiki. 


bak kata pepatah, kelemahan sendiri sukar nampak, kelemahan orang lain nampak sangat.


Kadang-kadang, Mieya teringin jugak nak jadi macam blogger tu dan blogger nie. Mieya teringin sangat-sangat penulisan Mieya diterima oleh orang lain. Mieya nak sangat blogger lain berkongsi idea dan pendapat di belog Mieya.

entah bila entah Mieya dapat mencapai angan-angan itu agaknya. hmmm, masih banyak yang perlu Mieya perbaiki lagi. Insyaallah, kalau rajin berusaha maka dapatlah hasilnya nanti.

dah. dah. lepas nie Mieya nak taip entri serius sikit. cehh, boleh percaya ke Mieya nie?

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)


30 comments:

Nizam Ijam said...

sama2 memperbaiki diri :)

Miss N™ said...

Cik nur pun belum hebat lagi mieya.. masih terasa mcm blogger baru je ni..hihih

Jna marcello said...

laaaa nape pulak ni MIEYA? na rasa blog mieya okay jee xde ape problem pun..penulisan pun mmg sgt faham..and ade je idea nk uat new entry..
xyh give up okay!!! mireya da jd yg terbaik pun okay *lompat hpy skrng!

Jna marcello said...

aduhh klau nuffnang ni na mg xfaham..so tatw nk cmmnt ape mieya ;)

Unknown said...

Sama la kita, dah setahun lebih berblog masih rasa yang kita ni blogger baru

azievee said...

blog mieya dah ramai gak pengikut..kira ok la tu ...hehehe...jgn bosan berblog walaupun org ckp syok sendiri blog akak la tu..hehehe

Hidayu Bolia said...

mieya...! please give me that spirit too....ayu ni mood blogging xhabis2 ngan ke laut....tolong~ huhu

insya Allah, moga mieya jd blogger yang sukses:)

Himawari Mirsada said...

xpe mieya,take ur time to change..ehehe

cikeyrah said...

qira pun ase penulisan qira masih tunggang langgang lagi heheh

Anonymous said...

setuju tu to excel is to succeed. neway dah follow u juga 1960

Myra Jay said...

Takpe, sama2 kita belajar dan meneroka :)
MJ pun bermula penghujung 2010 jugak, masih rasa seperti blogger baru :D

dya nasir said...

insyallah mieya blh buat..:D

Unknown said...

@Nizam Ijam Yup, insyaallah.

Unknown said...

@Cik Nur Tapi. Cik Nur hebat dalam blogwalking. Satu hari berapa blog lah yang diterjahnya. heheh

Unknown said...

@Jna marcello Yeah. *lompat-lompat* tapi, Mieya macam dah takde benda sangat nak diperkatakan. Tak habis2 pasal blog je.

Unknown said...

@Jna marcello na, Mieya dulu pon tak faham jugak tau. Tapi bila kesungguhan tu ada, Mieya cari dan cari lagi maklumat pasal Nuffnang nie sampai lah boleh dapat seketul dua BE sebulan.

Unknown said...

@Mira Cikcit Maklum sahaja lah. Dulu kita tak tahu mengenai kepentingan komunikasi dua hala. Bila dah tahu, Ya Allah ! Seronoknya dapat berkongsi cerita dan pendapat dengan kawan2 semua. Biarpun kita saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Unknown said...

@azievee Kak, follower tu bukan semuanya adalah pembaca kita tau. Cuma 15% daripadanya sahaja. Yang lain, cuma i follow you, u follow me back. Takde komunikasi yang berlaku. Kualiti penulisan tu yang paling penting.

Unknown said...

@Ayumi Comot hahahaiii. Mieya pon paksa juga jari-jemari nie bergerak seiring dengan apa yang terlintas di kepala hotak nie kak. Kalau tak, memang bersawang-mawang lah blog nie jadinya.

Unknown said...

@elyna mirsada Insyaallah kak. Selagi ada masa sekarang nie, kang nanti dah sambung belajar. Melepas lah.

Unknown said...

@NoEn Yup, betul tu kak. Kekadang yang tak sependapat dengan kita cuma seorang dua je. Macam pepatah Melayu ada berkata, rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Unknown said...

@cikeyrah Tunggang langgang pon best baca apa :)

Unknown said...

@Kesuma Angsana Thanks KA. Nanti Mieya follow back ye :)

Unknown said...

@Myra Jay Tapi blog MJ best, banyak resepi pasal makanan. Terliur Mieya tengok tau.

Unknown said...

@dya bunga Mudah-mudahan kak :)

rAIHan said...

lama jugak ya mieya berblog..tahniah..:)

Unknown said...

@rAIHan Takde lah lama sangat. Cuma baru tahun nie nak aktif.

Unknown said...

@rAIHan Takde lah lama sangat. Cuma baru tahun nie nak aktif.

mummyrinazone beauty said...

nurulpun masih memperbaiki...sambil2 usaha kena ada..sesama kita berusaha

Unknown said...

@wan nurul hezrina Ya, betul tu kak. Tanpa usaha yang berterusan, bagaimana kita dapat mencapai kejayaan kan?