Aku masih Disini, Setia Menunggu

Assalamualaikum wbt :)

Di saat kawan-kawan sebaya yang lain sudah tiga empat bulan bergelar pelajar di matrikulasi dan universiti, menyarung kembali uniform sekolah, terutamanya mereka yang berada di tingkatan 6 bawah. Di mana jadual harian mereka padat dengan aktiviti, sibuk mengadap buku-buku pelajaran untuk exam yang mendatang.

Mieya masih disini. Masih lagi meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Bangun tidur, mandi, makan, berkebun, online, tolong emak melakukan tugasan harian di rumah, makan, online lagi, main game kat handphone, baca majalah, makan cekedis, online, makan lagi. tidur pulak. Dan benda ini berulang-ulang. takde life --'

Lagi-lagi bila ditambah dengan hari ini. Rasa macam, "ehh, macam sama saja rutin harianku dengan semalam, semalam punya semalam, semalam punya semalam". Senang cerita, setiap hari melakukan rutin yang sama.



Seperti orang lain, Mieya juga ada mendapat tawaran belajar seperti tawaran ke Tingkatan Enam Bawah dan yang selebihnya kolej swasta. Malah, bukannya Mieya tak memasang niat untuk belajar dan kemudiannya bekerjaya. 

Tapi, kebanyakan course yang ditawarkan memang Mieya tak minat langsung selain kos yuran yang tinggi. Ya, tahulah PTPTN ada tapi Mieya tak nak berhutang banyak-banyak di kemudian hari. Antara sebab lain, Mieya teringin sangat-sangat nak merantau ke negeri orang dan belajar hidup berdikari. Lagipun, bila lagi nak merasa kan? So nak tak nak, Mieya terpaksa mengetepikan tawaran tersebut. 

Ya, memang Mieya kecewa bila tak dapat masuk IPTA macam kawan-kawan  yang lain,  apa yang Mieya dapat lepas berbulan tunggu keputusan UPU adalah "dukacita dimaklumkan bla bla bla". Tatkala budak lain sibuk update status dapat masuk ipta, Mieya pula sibuk baca status yang diupdate. hahaha Bertambah lagi cemburu dan sakit hati lah jadinya.

Lalu, Mieya nyatakan hasrat terpendam Mieya tu kepada abang Mieya. And bersesuaian dengan result SPM Mieya yang sedang-sedang saja tu, sekali lagi Mieya telah memohon UITM bagi ambilan kedua pada bulan Ogos yang lepas. Dan semestinya lah kos-kos yang Mieya pilih dengan bantuan kakak ipar, semuanya ada di tempat-tempat yang jauh.


So sekarang nie, Mieya masih lagi menunggu keputusan permohonan UITM LEPASAN SPM/SETARAF SESI 2 2012/2013. Yang mana, keputusannya akan diumumkan mulai 30 Oktober 2012 pada jam 2.00 petang. 

Harap-harap dapatlah. Kalau tak dapat juga, tanpa bercakap, disuruh atau meminta pandangan daripada sesiapa. Dengan segera Mieya keluar rumah, terus pergi cari kerja. 

Gila ke apa, dah dekat setahun duduk menanam anggur di rumah? Itupun sebab my dad tak benarkan Mieya untuk bekerja. Jiran-jiran sekeliling sibuk mengata itu ini tanpa mengetahui hal yang sebenar, dan selama itu jugalah Mieya dok memendam rasa. Seriously, I can't face it anymore !


P/s : Sorry. Terlebih ikutkan mood dan perasaan terpendam, beginilah jadinya.. entri panjang entah bila nak habis daaa. hahah layankan aje.



30 comments:

syakirah izwanie said...

Semoga akak berjaya. Apa yang penting, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Rezeki itu ada di mana-mana.

Miss N™ said...

xpe..mesti rasa legakan bila dah luahkan.. :)

apapun, mieya kena byk sabar..insyaALLAH...ada rezeki tu..

skarang luangkan masa dengan blog.. nanti dpt smbung study, xleh luang masa dengan blog dah... :)

✿INA AINAA✿ said...

Semoga berjaya ye dapat uitm tu.. InsyaAllah!!! Ena doakan... Dont give up okay?? ^.^

nursuriani said...

sbr syg...mulut org memang kita tak boleh nak tutup. sy pun pernah hadapi benda yang sama. just jwb dengan snyuman walaupun payah.Allah tak bagi mieya rezeki sebelum neh mungkin sebab dia nak bagi yang lebih baik pada mieya. sabar tau! INSYA ALLAH ! kalau rezeki 30hb tu untuk miya untuk miya jgk. :) kalau tak der. anggap jer itu laa yang terbaik buat mieya. tak masuk u pun boleh jer berjaya. org yang berjaya tak semestinya kena masuk u kan?? belaja tinggi.:) sy doakan mieya berjaya! oke. amin. :)

Kaio said...

kadang2 kita tak dapat apa yg kita nak. tetapi kita kena tahu yang kadang-kadang benda yang datang kat kita tanpa kita sedar sebenarnya adalah yang terbaik untuk kita.

perasan dalam entry mieya ni, mieya teringin nak merantau ke negeri orang dan belajar hidup berdikari.

lepas tu dapat course yang mieya nak atas bantuan kakak ipar dapat tempat jauh.

macam mana tu? y not kalau mieya amik je. bermula dari dalam malaysia dulu. lepas tu kalau ada rezeki baru lah boleh pergi oversea... :D

salam perkenalan dan jemputlah singgah blog usang saya yang tidak seberapa.

http://kaio.my

Umialya said...

sabar.. ader rezeki tu

Jna marcello said...

jgn putus asa syg..Insyaallah ada rezeki awk tu ;))

kindergartenlibrary said...

sabor je laaaa . . nak suruh rest bnyk2 kat umah .hehehe

dya nasir said...

semoga mieya dpt ye..dya pun minta uitm..hrp2 dpt juga

Unknown said...

Bawa bersabar :) Pasti Allah telah menyediakan yang terbaik untuk mieya. SEMANGAT!

Diari Maya said...

Berdoalah... Allah itu Maha Pemurah, insyaAllah dpt tu.

Cik Itah said...

ala..sedihnya ..tak apa dear rezeki belum sampai ..semoga dapat sambung study atau dapat keja, amin :)

Nadratul Syazwana said...

Doa banyak banyak ye Mieya? InsyaAllah kalau ada rezeki dapat lah cont study :)

Unknown said...

wishing the best for u (: moga dpt tawaran tu.

Unknown said...

@syakirah izwanie Thank you dik

Unknown said...

@Cik Nur Yup, betul tu Cik Nur.

Unknown said...

@✿Lady Ainaa✿ Mudah-mudahan dapat lah

Unknown said...

@Sue PeLik Terima kasih kak :)

Unknown said...

@Kaio I mean bukan kat luar negara. Kat dalam Malaysia juga tapi di tempat yang jauh.

Unknown said...

@kak tini (umialya) Insyaallah, kak.

Unknown said...

@Jna marcello Mudah-mudahan ada lah kan.

Unknown said...

@Nelly Strange Tapi sampai bila kan nak rest lama-lama.

Unknown said...

@dya bunga Mudah-mudahan, kita sama-sama dapat. hehe

Unknown said...

@myu Yup, betul tu. semangat tu penting !

Unknown said...

@vidalsisah Isyaallah kak. Harap2 begitu lah.

Unknown said...

@Suara Hati Mieya pon anggap macam tu jugak. takde rezeki kan.

Unknown said...

@Nadratul Syazwana Insyaallah.

Unknown said...

@steffany daph Thank you sis :)

::CIK LYNN:: said...

insyaAllah...rezeki mieya ada kt mana2 :) smga mieya dpt apa yg mieya nk :)

Unknown said...

@::CIK LYNN:: Insyaallah, kak. amin~