Padah Tersilap Bagi Komen

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

Korang pernah hadapi situasi sebegini tak? (terutamanya para blogger seperti kita-kita nie lah)

Di mana, dalam satu hari tu korang sangat-sangat sibuk dengan urusan harian sama ada belajar, bekerja mahupun urusan-urusan lain. And then, bila korang miliki sedikit masa yang terluang, korang gunakan masa itu untuk berblogwalking secara pukal, balas komen di blog korang dan juga di blog orang lain. Pokoknya, semuanya dilakukan secara serentak.

Mula-mula, baca blog hasil penulisan di blog orang dari awal perenggan sehinggalah habis. Okey, done! Now, tibalah masa untuk memberi komen. Tekan je Add A Comment dan secara tidak langsung keluar lah satu pop-up window.

Sementara nak tunggu loading pop-up window tu habis, korang pon baca pula entri di blog orang lain. Sama juga macam tadi, baca entri dari ayat pertama sehinggalah ke penghujung ayat. Semangat nak tinggalkan komen tu kembali meluap-luap. Tekan Add A Comment dan pop-up window yang seterusnya mula loading, loading dan loading. (maklumlah line internet lembab tenetnet)

terus tinggalkan komen sampai tak perasan, korang tersilap komen kat blog orang lain. Lepas tu, fikiran kembali melayang terbang ke momen-momen time tengah komen entri tu.

Terus tanya kat diri, tadi aku baca blog Cik Semah (bukan nama sebenar) and then terus komen kat blog dia. Lepas tu, baca kat blog Cik Minah (juga bukan nama sebenar) dan terus tinggalkan komen juga. tapi kenapa kat ruangan komen nie tertulis nama Cik Semah?


Pap!! (bunyi tangan menepuk dahi) Hah, sudah ! Terkulat-kulat Mieya sepuluh hingga lima belas minit kat situ. Terus termenung, termenung dan dalam pada masa yang sama, kepala hotak ligat berfikir.

Apa yang aku dah buat nie? Macam mana nak  perbetulkan balik kesilapan nie? Agak-agak, apakah tanggapan si empunya blog tatkala membaca komen tu nanti?

malunyaaa aku !

At last, dengan rasa rendah dirinya, Mieya pergi semula ke blog tadi dan tinggalkan komen untuk kesekian kalinya untuk memohon maaf di atas kekhilafan diri ini. 

Sudah pastinya kita sebagai manusia tidak lari dari melakukan kesilapan tanpa disedari dan tidak pernah terniat dihati. Setiap yang terjadi ada hikmahnya, kita manusia hanya pandai berkata-kata, kadang-kadang tidak sedar terlanjur bicara ada hati yang terluka, terasa, dan terusik. maaf beribu dipinta. 

P/s : Korang pernah hadapi situasi yang sama dengan Mieya nie tak?


53 comments:

PERMATABIRU said...

kdg2 terjadi juga..nak cepat punya pasal..hehe..then ketawa sendiri...

EkaTikah said...

haha.. samelah kite..pernah jugak salah comment.. malu malu :P

Mimie said...

tak pernah lg setakat nie.. insyaallah, tuan blog tu faham..

najihahfara said...

hhah kadang2 penah jugak lah terkena situasi mcm ni

dya nasir said...

pernah je..malu jugak time tu..haha.punya semangat nak bw..haha

dhiashahida said...

haruslah ada..malu gila..nak2 dapat pulak msj kat shoutbox...siap tnya kita tulis aper tu...hak3

Miss N™ said...

adeh..senyum sesorg nur baca entry ni.. :)

selamat perasankan..kalau tak perasan..mcm mana pula tu..?

tapi xpe.. nur xamik hati pun.. :)

Unknown said...

Mieya, Fiza tersenyum sensorang baca entry Mieya ni. sebabnya Fiza pun hampir nak terjadi. lega tak sempat nak publish lagi. kalau tak Fiza pun macam Mieya laa. Pappp! MasyaAllah macam mana aku boleh tersilap ni. Heheheh :D Tapi bila ingat balik kekadang rasa lucu pun ada kan Mieya :D

Unknown said...

aku slalu blank

refresh da xingt nk komen pe

tu psl sudahnye ikon snyum je tu heee

Fiza Rahman said...

Pengajarannya...dah baca trus komen..hehe..

So far akk tak pernah kena lagi.

Jna marcello said...

heeee,,klau kat blog ni blom pernah tp kat phone ALWYS! pernah nk bg kat bf 'love u' okay salah bg kat boss..MALU disitu heheh

9n0L4 said...

hehe. mestilah pernah. malu ditahan aje. ;)

ayut said...

pernahhhhh...!tp nk bt cane dh tlpas.adehhh -_-"

teratai said...

Ohh kadang2 tu dah terlupa apa yg dibaca...so tutup je tanpa komen!

azievee said...

risau gak kalu silap komen atau lari dari tajuk...huahaha

Unknown said...

cik siti pernah....huhu...agak malu jugak la....kalau yang cik siti perasan tuu, cik siti bgtau la kat empunya blog...tapi, kalau yang tak perasan tuu...memang kim salam je la..huhu

aliza said...

selalu terrrr buat,.. kalau kat pinky momma siap dia terjah balik yg akak x ikuti segmen dia.. isshhh tu le akibat baca sikit konon terer nak komen..

ainraus said...

tak pernah lagi cani. tapi terkomen pakai id org lain pernah hikhikhik.

Himawari Mirsada said...

stakat ni blm penah ag dear..

Aku pengembara said...

hahaha.. komen punya pasal...

Everything's Everythings said...

Hahah sebab tu sekarang aku comment satu2 sebab dulu pernah juga pening mcm ni.. lgi2 kalau dia punya comment tu pending dulu xD

Razf said...

hehehe x pernah plak sbb dlm 1 masa baca 1 blog, pastu komen.. pastu g ke blog lain.. sbb takut tersilap punye pasal la! hehe

Unknown said...

@permatabiru Haha. tahu takpe.

Unknown said...

@^^eKaTiKaH^^ Yup, memang malu yang teramat. Kalau terkena kat blog lelaki macam mana lah kan?

Unknown said...

@Mimie Mudah-mudahan begitulah harapnya

Unknown said...

@najihahfara Mesti rasa malu gila kan?

Unknown said...

@dya bunga And then, bila jadinya perkara sebegini, terus semangat BW tu berkurang.

Unknown said...

@dhiashahida Haaa. itu semestinya lah kan?

Unknown said...

@Cik Nur itulah. nasib baik perasan. Kalau tak, naya Mieya !

Unknown said...

@Fiza Suhaimi Yup, betul tu sis :)

Unknown said...

@Iffah Afeefah haha. pon boleh je.

Unknown said...

@fiza Yup, betul tu. lepas nie kena berhati-hati lelebih sikit

Unknown said...

@Jna marcello haha. kelakarnya. mesti boss ingat, kita tangkap cintan dengan dia. kehkeh

Unknown said...

@9n0L4 Tapi nasib baik tak pernah berlaku in real. Kalau tak, tak tahulah mana nak sorok muka.

Unknown said...

@ayut a'ah. betul tu. benda yang dah lepas. Mana boleh dielak

Unknown said...

@teratai Pernah jugak macam tu.

Unknown said...

@azievee lari tajuk tu kekadang dah biasa sangat. tapi kalau dah tersalah bagi komen?

Unknown said...

@eimah siti Betul3.

Unknown said...

@aimaniman haha. Macam Mieya, bergantung pada kepanjangan entri tu. kalau panjang sangat, terpaksa la skip terus

Unknown said...

@ainraus Dulu, mieya pon pernah jugak macam nie.

Unknown said...

@elyna mirsada untunglah tak pernah. jangan jadi macam Mieya sudah.

Unknown said...

@aniqbukhary hmm, tau takpe

Unknown said...

@Everything's Everythings haha. gasak lah jawabnya

Unknown said...

@RazFiRa haha. takpe, yg penting berhati2 tu.

nursuriani said...

hahahah kelaka! betoi3 pernah jugak hmpir3 nak jadi huhuhuhu

ecadwinkyasha said...

pena terjadi...tpi bukan situasi slh komen ne...
tersalah guna akaun.ye la sdg edit2 blog customer..time tu juga gatal tngan p BW...tak ke haru...dah tu guna blog persatuan mahasiswa/i islam tmpt eca study lak...hahaha XD

Unknown said...

@Sue PeLik Hampir2 tu takpe lagi. Tapi kalau dah terjadi ?

Unknown said...

@Eca Dwinky Asha Haa. memang haru lah jawabnya sebabterguna akaun lain. hehe

TiranaAduka said...

sabo je la

TiranaAduka said...

biasanya kunjugan ta ke blog kawan2 tak menghapakan..bukan 1 atau 2 post yg ta komen. Pasti lebih...demi suntikan smgat untk bloging

TiranaAduka said...

biasanya kunjugan ta ke blog kawan2 tak menghapakan..bukan 1 atau 2 post yg ta komen. Pasti lebih...demi suntikan smgat untk bloging

Unknown said...

@TiranaAduka Yup, betul tu :)

Anonymous said...

I always appreciate a great article or piece of writing. Thanks for the contribution.