Nak kata Mieya buta Nuffnang, pernah lah jugak Mieya selidik daripada pihak Nuffnang dan para blogger yang ada di merata tempat di bumi Malaysia yang tercinta nie; tentang :
- Apa itu Nuffnang?
- Apa jenis-jenis iklan Nuffnang?
- Bagaimana iklan Nuffnang berjalan di blog-blog?
- Macam mana nak tarik minat advertiser untuk beriklan di blog kita?
- Macam mana nak jawab survey Nuffnang dengan betul sekaligus boleh menarik minat advertiser?
- Apakah ciri-ciri sesebuah blog yang diutamakan oleh pihak Nuffnang untuk menerima pendapatan lebih?
serta bermacam-macam jenis soalan lagi lah.
Tapi itu lah. Walaupun Mieya sudah mengetahui sedikit pengetahuan asas mengenai Nuffnang, Mieya juga tak berhenti mencari informasi baru mengenai Nuffnang. Apa-apa yang Mieya boleh kongsikan bersama korang, Mieya akan kongsikan.
Seperti baru-baru nie, ada 2-3 orang yang masih was-was dengan kenyataan yang pernah Mieya utarakan sebelum nie mengenai iklan BE, CPUV, CPC. (semestinya blogger freshie yang baru bertapak sebulan dua di dunia penulisan maya nie.)
Misalnya :
Baiklah. Rasanya, biarlah Mieya jelaskan secara ringkas mengenai jenis-jenis campaign (iklan) yang terdapat di Nuffnang.
Apa itu CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns?
CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni sama saja konsepnya dengan Buffered Earning (BE). Iklan ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan kunjungan unik pengiklan membeli daripada blog anda pada akhir tempoh kempen.
Konsepnya, Lebih kurang macam dalam surat khabar, orang yang nak iklankan produk mereka dalam surat khabar kena bayar mengikut saiz iklan tu kan? Cuma untuk blog ni, dibayar berdasarkan berapa Unique Visits yang kamu ada. Macam sewa tapak iklan la gitu.
Apa itu CPC (Cost-per-click) Campaigns?
Ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan klik pengiklan membeli daripada blog anda pada akhir tempoh kempen. Iklan CPC akan menjana pendapatan selagi pembaca klik pada iklan anda.
Sekian sahaja perkongsian ilmu buat kali nie. Jikalau ada sebarang pertanyaan yang memerlukan jawapan segera, boleh lah tinggalkan komen di chatbox atau di ruangan komen. Salam bertemu lagi.
36 comments:
owhhh . .baru paham, keyrah punyer ade bape hengget jek hahah
Salam...
Bagus info ni... :-)
Azera singgah & follow sini ye...
Dijemput untuk join segmen Azera....
[GIVEAWAY] Kelasss Kau! Apa Rahsianya?
huhuhuhu. bila nak kaya dengan nufnang neh??? baru ada rm 1.85 sen, ciputnya kan??? huhuhuhu
Susah bila ade yg xfaham ni kan.. dan bila ada pula yg anggap diri diorg je yg betul...
dah terang lagi bersuluhkan.. tgk je pada huraian CPUV dengan CPC tu.. dah tahu mana satu BE mana satu bukan BE...
CPUV - Cost Per Unique Visit - earning di kira berapa ramai yg singgah blog kita..
CPC - Cost Per Click - earning di kira berapa ramai yg klik iklan di blog kita..
makanya, lebih untung dapat BE.. sebab kira mgikut berapa org yg visit blog kita..kita cuma perlu rajin BW je..
dan kalau BE..iklannya mesti ada status..berbanding CPC...betul x mieya..?
psst..terpanjang sudah.hihihi
dya xpernah dpt be..haha
bile dh sllau baca pham dh...hihihi :) berkongsi ilmu...
xdpt cash out pon lg
xpela xde rezeki
Owh bagus juga ni utk org yg tercari2 maksud CPC & CPV.. aku pun baru jer taw
info yg menarik mieya....baru sis faham...thanks info..
i tak pernah belajar pasal nuffnang ni. :(
sebab rasanya blog picisan cam i punya ni takde sapa pun lepak2. hikhikhik.
WAH . INFO YG MENARIK TUK SY .. HEHE .. SBB BRU JE NK KENAL2 NUFFNANG SCRE MNDLAM .. TOCEY2 FOR THE INFOMATION
Terbaik penerangannya... ^_^
baru ena tahu, ena selama ni agak tingtong dengan dunia nuff nie..tak fhm mcm ne blh dpt duit tu.. terima kasih ye for sharing...
@cikeyrah Takpe. Kumpul sikit2 lama-lama jadi bukit jugak
@Azera Aziz Wa'alaikumsalam. Insyallah, jikalau berkesempatan Mieya join nanti
@Sue PeLik Takpe. kumpul je dulu. Mana tahu, nanti rezeki kak sue pulak
@Cik Nur Tau takpe cik Nur. Kalau kita sendiri yang tak rajin, mana mahu dapatnya pendapatan.
@dya bunga Takpe. usaha lagi. Lambat laun merasa jugak nanti
@ayut Yup, tahu takpe
@Iffah Afeefah Takpe, banyakkan bersabar. Insyaallah one day dapat lah tu
@Everything's Everythings Thats why, Mieya buat entri pasal nie. Tak salah berkongsi pengetahuan yang kita ada dengan semua.
@ainraus Mesti ada. Rajin-rajinlah bw sambil cari kawan baru.
@dEdEQ dE wIshEs welcome. semoga berjaya !
@dEdEQ dE wIshEs welcome. semoga berjaya !
@Crew Fathi Thank you :)
@✿Lady Ainaa✿ SAMA2 kasih ena :)
bestnyer.. bnyk tu
@wanayu Takde lah banyak mana pon.
ouh.. ok.. baru tahu ni..
tapi nak tanya gak 1 soalan
maknanya kalau nak masyuk kat nuffnang tu kena ada BE, CPUV, dan CPC? semua ni tak sama lah ya? macam kat blog kita sekarang ni ada CPUV dan CPC je.. BE takda pun..
@Kella Actually BE dengan CPUV tu sama je. Cumanya, BE stands for Buffered Earning sebelum nie.
owh, macam tu, baru tahu....
@hanifmenhad Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat dan seterusnya dapat melayakkan anda untuk menerima iklan CPC mahupun CPUV.
@Mieya Atiera
Info yg sangat berguna untuk mamat baru giles mcm aku ni :D..err noob.
di harap ada la lagi artikel yg lebih menyeluruh. (mcm tulis novel plak)
ty
Assalamualaiku..thankz ye
Yang ni ima tau.tapi ima nak tau apa syarat untuk dapat CPUV dan bagaimana ia bekerja? erm, camne nk ckp ye.hihi.Ima nak tau mcm mn kita boleh dpt CPUV tu.sebab x smua blogger dpt CPUV tu kan.Kalau CPC tu ada la.
belum dpt lg CPV ..huhu
salam..ciku datang singgah belajar..hihi :)tq info
Post a Comment