Dulu-dulu masa zaman hingus, Mieya selalu konfius dengan emak. Adakah "marah Mieya" adalah hobi sejati emak? sikit-sikit nak marah. kalau banyak, lagi lah marah marah marah. itu lah emak.
Nak pergi keluar bermain mak-mak dengan kawan-kawan di tengah hari buta, kena marah. Bermain kejar-kejar dengan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang lain, kena marah. Rambut panjang sikit, kena marah. Main sorok-sorok sampai terjatuh longkang, pun kena marah. emak, emak. Tak faham betul dengan emak.
Tapi bila umur dah menginjak naik ke 7 tahun, barulah Mieya faham pasal hobi emak nie. Majoriti penyebab 'kemarahan' emak itu adalah disebab perangai Mieya masa kecik dulu suka kemain membajet macam lelaki. Maybe sebab adik-beradik yang lebih tua daripada Mieya, semuanya lelaki. Sadis.
Jadi, bila Mieya memegang title sebagai seorang gadis, eceh, tetiba rasa ayu pulak bila gelarkan diri sendiri ni 'gadis'. heheh Barulah sifat-sifat keperempuanan tersemai sedikit demi sedikit dalam diri Mieya.
Pada suatu hari, Mieya ternampak emak sedang sibuk bercucuk tanam di depan rumah. Walaupun tanah yang ada di laman rumah cuma sekangkang kera kecilnya. Ada pokok pisang, serai, kunyit, pandan, pokok bunga dan tak dilupa pokok mangga besar yang meredupkan kawasan depan rumah.
Mieya pon dengan sifat ingin tahu (biasalah kanak-kanak lagi) bertanya itu ini dekat emak. Macam-macam yang Mieya tanya, sampai cacing yang jalan mengengsot kat tanah tu pon Mieya tanya. Haha nampak tak betapa banyaknya sifat ingin tahu Mieya tu?
Hmm, itu semua dulu. Semasa masih lagi pokok-pokok yang hidup subur di hadapan rumah. Semasa masih lagi ada tanah di hadapan rumah. Sekarang nie semuanya berlantaikan simen dan tar di jalan.
Sepatutnya ada banyak lagi gambar, cuma malas nak masukkan.
Nak guna pokok-pokok untuk kegunaan pada masakan kena lah tanam sendiri dalam pasu. Misalnya, nak masak kari kena tanam pokok kari, nak masak rendang kena tanam pokok kunyit. Nak masak air gula mesti nak bau harum semerbak, jadi kena tanam pokok pandan. Dan lain-lain juga.
Jadi, bila dah nampak betapa suburnya hasil tanaman emak, mulalah timbul api semangat dalam diri Mieya untuk "bermain dengan tanah". Nak cuba dan tengok sama ada tangan Mieya ada kuasa magis seperti emak atau tak.
Dan tadaaa...
nie anak pokok cili api yang mula bercambah di awal tahun nie |
Dan ada juga yang sudah mula berbunga, tapi malangnya, entah macam mana pasu pokok cili tu terjatuh dan pecah semasa orang sedang mengutip sampah. Jadinya, pokok cili tu terus dibuang sekali denga pasu pecah.
Dan ini hasil pokok cili yang terkini,
Alhamdulillah. Setakat nie, Mieya dah merasa 5-6 biji yang siap dihidang bersama sambal belacan. Manakala cili api yang lain, masih lagi dalam proses tumbesaran. Takpe sabar lagi, nanti boleh merasa 20-30 biji lagi. hikhik
Itulah cerita bagaimana hobi berkebun dah jadi senarai benda wajib untuk dibuat oleh seorang Mieya sepanjang berada di rumah. Sekarang semangat suka berkebun Mieya tak pernah pudar di mamah usia lagi kecuali kalau waktu hujan. ngehngeh
P/s : Opps, terlebih panjang pulak entri kali seperti yang dijangkakan sebelum mula menaip lagi. Maybe sebagai pengganti bagi entri kosong semalam. Terima kasih sudi baca. Jangan segan-segan untuk bertandang ke sini lagi.