Menu Diet Sihat Sepanjang 7 Hari

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)


Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.



Oleh itu, hari ini Mieya akan kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.


Wordless Wednesday #13 | Bila takde idea . .

gelek-gelek lah cari idea. haha ^^,

Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Perkhabaran duka

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Selamat tak berapa pagi sangat lah sebenarnya. Matahari pon dah bersenam nak tercacak tengah-tengah kepala dah. Padahal, pagi-pagi lagi seawal jam 5 pagi, Mieya sekeluarga telah dikejutkan dengan suatu khabar duka.

Opah saudara (ibu tiri ibu susuan abah Mieya) yang kami sayangi telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 4 pagi tadi.



Al-fatihah. Moga-moga rohnya dicucuri rahmat-Nya.



Amin.

Nak berpisah tapi kekasih tak mahu

Nak putus tetapi kekasih pulak tak mahu berpisah.

Korang pernah berada dalam situasi tersebut tak? Di mana korang ingin berpisah dengan kekasih korang, mungkin kerana hubungan korang takkan boleh pergi jauh. atau korang dah takde hati dengan si dia? Atau mungkin juga, korang dah muak nak tengok muka dia. atau apa-apa sahaja la.

Tapi malangnya, kekasih korang tak merelakan kepergian korang. Dia tak nak lepaskan korang pergi jauh daripada hidup dia dengan alasan dia sayangkan korang, cinta mati dengan korang forever and ever.

Jadi, apakah yang harus korang buat supaya dia dengan seikhlas hatinya melepaskan korang tanpa wujudnya sebarang perselisihan faham?


Bagi Mieya, korang mestilah melakukan proses minta putus secara baik. Maksudnya, korang berterus-terang akan sebab-musabab kenapa korang tak ingin bersama dia lagi.


Ingat !! Korang tak boleh terus blah macam itu je tanpa memberikan sebarang penjelasan kerana itu akan meninggalkan memori yang tidak manis untuk dikenang dan mungkin membuatkan dia menyumpah korang sampai akhir hayat dia.

Korang juga tak boleh minta putus secara kasar-kasar jikalau korang tak nak muka korang terpampang di muka depan akhbar akibat dibelasah oleh kekasih. Kecoh satu kampung nanti. Malu besar kau !

Tapi, kalau korang dah berbicara secara baik dan dia masih tak mahu menerima pendirian korang, apa yang perlu dibuat lagi? Haa, gunakan sedikit trick supaya dia dengan sepantas kilat menghalau korang pergi jauh-jauh. Ayuh kita lihat DISINI (klik untuk melihat).


Jadi macam mana? Korang rasa boleh pakai tak cara Mieya bagi tu? Haha. Lupakanlah. Mieya bergurau sahaja. 


Macam Mieya cakap tadi, korang mesti bercakap dengan berhemah. Kalau dia seorang yang gentleman/gentlewoman, dia akan menerima pendirian korang. Lagipun cinta tak boleh dipaksa. Apa guna menipu diri sendiri, ya tak?  


Yang penting, kau berhak terhadap diri sendiri, dan kau berhak memilih apa yang terbaik dalam hidup kau. The decision is all yours. Segala keputusan muktamad adalah di tangan kau, selagi tiada apa-apa ikatan yang sah antara kau berdua.


p/s : Ini adalah sambungan dari entri terdahulu yang mana, ramai di kalangan korang yang masih mencari-cari tips untuk putuskan hubungan dengan kekasih masing-masing. 


Sekian, diharapkan entri kali nie sedikit sebanyak dapat membantu korang semua :)


Problem yang tak pernah selesai

Assalamualaikum wbt dan selamat hari Jumaat (penghulu segala hari) semua :)


Dengan penuh impresi kebingungan di ceruk ruang kepala hotak dek kerana pening kepala yang menggatal tak mahu hilang, dah dua hari dah. Wajah skrin putih ini (dashboard blogger lah) ku tatap dengan penuh minat. 


Ya, di ruang blogger.com inilah yang sering Mieya perhabiskan sisa-sisa masa yang ada sementara menunggu tawaran belajar. Padahal nak hilangkan segala-macam-jenis problematik yang mengusutkan fikiran selama ini.


Problematik tu bukan suatu benda yang sangat masalah. Cuma, hidup adalah hidup. Kita ada banyak persepsi dekat sesuatu benda tu. Contohnya, bila kita tengok satu kotak tu, kita cuma tengok dari depan je. Manakala, orang lain tengok kotak tu dari sudut lain, mungkin dari belakang, atas, bawah. Siapa yang tahu kan?

Sesuatu masalah tu mungkin akan meninggalkan kesan yang sangat baik, atau sangat buruk. Kita tak boleh tahu. Cuma tengok macam mana cara kita handle sesuatu perkara tu. 



Sebagai seorang budak mentah yang umurnya baru menginjak ke angka 18 tahun, masih ada banyak lagi perkara yang perlu dicari, dikaji. Bak kata Salih Yaacob, 'gali gali lubang tutup lubang.. lalalaa~


Kadang-kadang, sesuatu masalah itulah yang banyak mengajar kita mengenai erti hidup dan membawa kepada satu pemahaman yang lain. Lain dari hidup kita yang sebelum ini.


Suatu masalah tu sememangnya kita boleh tukar jadi suatu yang sangat best. Sebagai contoh, perkataan bogel pun boleh jadi problem kan? Dari perkataan bogel tu, adakah bogel depan orang ramai? atau Bogel Menuju Tuhan karya Zahiril Adzim tu? Tu contoh je ye. Jangan ambik serius dah la.

dah. Cukup setakat nie saje entri kali nie. Sama ada korang faham ataupon tak dengan apa yang hendak Mieya sampaikan nie, nasiblah. Sebab Mieya sendiri pon dah bertambah-tambah teruk pening kepalanya lepas habis baca entri nie. hikhik

Akhirnya, demam telenovela Bella Calamidades berakhir

Assalamualaikum korang :)

Hari yang sangat rileks. Mieya baru sahaja mensantaikan diri dengan menonton telenovela Sepanyol kecintaan hati. Dan semestinya, drama bersiri Bella Calamidades menjadi kecintaan hati daku.

Lagi-lagi bila Mieya dapat tahu bahawasanya minggu ini merupakan episod akhir bagi telenovela ini. Lagi bertambah-tambah semangat lah, Mieya nak menonton cerita nie. hikhik

Takpe, sementara belum lagi menjejakkan kaki ke menara gading. sementara itu jugaklah Mieya bebas untuk mencorakkan rentak kehidupan Mieya. Ye lah, takut nanti-nanti takde peluang pulak nak 'enjoy'kan diri sendiri di kemudian hari.


Dan semestinya, kedua-dua watak yang digalas oleh pelakon diatas membuatkan kita merasa meluat. terutamanya dengan sikap suka memberontak, mengada-ngada (gedik), berlagak tak bertempat, dan busuk hati mereka.


Manakala bagi ketiga-tiga watak di atas pula adalah sebaliknya. Ketiga-tiga watak ini lebih menonjolkan nilai-nilai kasih sayang, ketabahan dan saling memerlukan antara satu sama lain. Meskipon banyak tuduhan, cercaan dan hinaan dari penduduk setempat yang dilemparkan kepada Lola (danna Garcia). Beliau tetap tabah, malah tidak menyimpan apa-apa dendam walaupon sehingga berbekas di dalam hati.

Jadi, memang banyak nilai serta pengajaran yang kita boleh peroleh daripada telenovela tersebut untuk dijadikan sebagai panduan kepada diri kita.


Boyfriend by Justin Bieber

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)

Wahhh, malam-malam macam ini pon masih sempat lagi nak berblogging kan? Takpe, sementara kepala hotak masih mahu mencurah-curahkan idea yang bergelen-gelen. Sementara itu jugak, Mieya manfaatkan dengan berkongsi bersama dengan pembaca sekalian. hikhik :)

Yes! Lihat saje pada tajuk post hari nie dah jelas kan? Bahawasanya entri kali nie ada kaitan dengan teman lelaki Selena Gomez nie. Hmmm, siapa lagi kalau bukan Justin Bieber tu. Ala.. yang popular dengan lagu Baby tuu.

Ya, kawan-kawan! Justin Bieber kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, iaitu Boyfriend. ke korang dah lama tahu pasal nie? haha, nampak sangat Mieya nie lambat mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan. Tak up-to-date langsung. Well, biasa lah tuu.

Mieya baru je lepas download lagu Justin Bieber yang bertajuk Boyfriend nie. dan terus mainkan lagu tersebut dengan sekuat-kuatnya. Nampak sangat tipunya, padahal dengar kat handphone takde lah kuat mana pon speakernya.



So far, this song is better than the rest i think. its because he has a deeper voice now and it suits him when he is singing. Thumbs up Justin Bieber!





Wordless Wednesday #12 | Bayangan bukan gurauan


Apa tu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

5 Jenis Sahabat

Assalamualaikum wbt kalian dan selamat menikmati pagi yang ceria bersama nesvita :)

Cuba korang tanya kat sesiapa saje di dunia nie. Siapa yang tidak suka mempunyai kawan-kawan yang ramai? Namun, terdapat bermacam-macam jenis kawan yang ada tau. Setiap jenis memiliki ragam yang berbeza-beza yang boleh membuatkan korang pening kepala.

Kalau salah memilih, nahas hidup korang nanti. Silap hari bulan boleh menyebabkan masa depan korang tenggelam dek kerana hasutan si teman. Jadi, jaga-jaga ketika berkawan ya!

  • Kenalan
Kawan jenis nie selalunya suka bergaul di sana sini. Meskipun ada di kalangan kenalan korang yang jarang berjumpa, namun jangan memperlakukan sesuka hati terhadap mereka. Memadailah sekadar bersikap biasa-biasa, tidak terlalu akrab dan tidak terlalu sombong.

  • Kawan tikam belakang
"kawan tapi gitu-gitu aje". Komen sebegitu memang agak jarang kedengaran. Tapi, awas! Dia nie sebenarnya musuh dalam selimut tau. Dihadapan korang dia berlagak baik dan tidak ada apa yang berlaku. Tapi, di belakang, dia bercerita tak elok perihal korang. Ish, teruknya!


Alahai, inilah yang dikatakan sebagai backstabber. Jadi, kawan sebeginilah yang harus korang hindari.
Masa depan korang boleh terancam jika masih meneruskan persahabatan.

  • Teman Sepermainan
Kawan jenis nie memang selalu diajak bergurau. Selalu sahaja tidak serius dalam persahabatan. Kalau setakat selalu keluar bersama tu bukan satu masalah. Tapi kalau ada kisah sedih, usahlah bercerita kepadanya.

  • Sahabat
Korang memang rapat dengan kawan jenis nie sebab selalu sangat menghabiskan masa bersama. Kalian juga turut berkongsi hobi yang sama dan sering melepak bersama. Jadi, tak perlu risau jika korang takde tempat untuk mengadu kerana sahabat juga boleh jadi pendengar setia kisah sedih korang tu.

  • BFF
"They are VIPs in my life" Bff atau istilah panjangnya Best Friend Forever adalah antara orang yang penting dalam hidup korang. Tapi, untuk mencari BFF bukan semudah ABC. Salah satu syarat untuk menjadi BFF ialah tempoh perkenalan korang yang sangat lama sehingga sudah masak dengan perangai antara satu sama lain.


Jadi, diantara kategori tersebut, yang mana satukah kategori yang tergolong dalam senarai sahabat korang? Renung-renungkan dan selamat bersahabat!


Apa itu April Fool

Dengan tahap kebosanaan yang melampau, tak banyak yang dapat membantu kepala hotak untuk berfikir dengan sewajarnya. Terutamanya dalam memberikan idea-idea yang bernas untuk entri kali nie.

Nahhh. ayat yang menyakitkan kepala hotak. padahal main point yang sebenarnya nak taip: "tak tahu nak taip apa".

Maka, dengan kadar segera Mieya mengerah kepala hotak untuk mencari idea dalam jangka masa sesingkat ini. Memandangkan tarikh hari ini ialah 1 April, jadi sudah semestinya budak-budak mengambil kesempatan ini untuk mengenakan orang lain. Ye lah, April Fool lah kata kan.

Haaa.. APA ITU APRIL FOOL? 
April Fool ini adalah berasal dari penukaran Tahun Baru kalendar Gregorian (Masihi) dari 1 April ke 1 Januari pada tahun 1564, manakala jatuhnya kerajaan Islam Granada ke tangan Kristian adalah pada 2 Januari 1492.

Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

1 April sering disebut sebagai April Fool, biasanya banyak diantara kita yang sibuk merayakannya dengan membuat rencana besar untuk MENIPU orang lain / sahabat / saudara terdekat pacar dan bahkan orang tua sendiri. Tapi, yang jelas seakan akan pada tanggal 1 April ini kita boleh berbuat DOSA 
Oleh kerana , menipu adalah dilarang dalam apa bentuk pun. Sambutan April Fool adalah dilarang kerana 4 sebab :
1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Sumber : Google + Mynewshub.my

Marilah Bershopping Sakan di FriendlyFashion.my

Assalamualaikum wbt semua :)

Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum nie, Mieya akan buat satu entri untuk promote promote nie.

Ya. Maka, buat kali pertama dalam hidup Mieya. Mieya ingin menyeru kepada korang semua yang suka merajinkan diri dengan online-shopping, mari lah buka page nie. Tak kira lah sama ada korang lelaki mahupon perempuan.

Jadi, tanpa membuang masa Mieya nak tanya korang, kat mana nak cari baju yang smart, tak pon dress yang cantik? kat mana nak cari kasut yang lawa kemain? kat mana jugak nak cari beg dan juga blouse yang terkini? tambah-tambah lagi barangan pre-loved? Haaa.. kat mana? kat mana?

Semua itu boleh didapati dalam satu butik online sahaja. APA?? masih lagi tak percaya? Okey, sekarang Mieya nak bagi korang tengok biar puas hati sedikit.

Cuma di Friendly Fashion je ada wehhh!

Siyes siap buat muka ketat. Mieya memang dah mula jatuh hati dengan friendlyfashion nie. Barang-barang yang ditawarkan, buat korang fikir berulang-ulang kali! ini cantik. itu cantik. ini nampak stylo. itu nampak hebakkk. lepas tu macam mana?
terdapat beraneka jenis dress pelbagai warna. Memang tak bosan lah nak godek-godek lagi.

wedges, sepatu tinggi dan kasut pon ada jugak tau!

Selain itu, terdapat banyak aksesori-aksesori seperti anting-anting, rantai leher, cincin, gelang, beg tangan dan juga tali pinggang. dengan reka bentuk yang pelbagai, beraneka jenis pilihan, penuh dengan warna-warni serta dijual dengan harga yang sangat murah. 

Tambah-tambah pula, korang juga boleh ikut serta untuk menjual koleksi peribadi korang di sini. There you have it girls! 


Friendly Fashion adalah satu saluran hebat untuk mengosongkan ruang almari pakaian korang disamping dapat menjana pendapatan untuk membeli-belah sekali lagi. Bukan sahaja itu, korang juga boleh menekan forum dan berkongsi gaya terkini dunia fesyen bersama rakan-rakan yang lain!


Haaa, Jadi apa tunggu lagi? Untuk merasai pengalaman menjadi antara komuniti yang bergaya, Mieya memang cadangkan sangat-sangat kat korang untuk terus klik ke :

Selamat membeli dan berjual dengan berhemah ya semua !


BEN ASHAARI DAN RAKAN BLOGGER

Assalamualaikum wbt dan selamat malam semua :)

Hihi, tengok tajuk entri kali nie pon dah tahu yang Mieya nak menjoin segmen lagi. ya, pembaca sekalian! Malam nie, Mieya nak join segmen pakcik beng yang bertajuk "Segmen Blog Rakan Blogger"

Seperti biasa, jom tengok banner pakcik beng sampai mata jadi berpinar-pinar. hikhik ^^,


Lepas tu kena jawab soalan nie:

Anda ternampak seorang rakan anda sedang makan di sebuah gerai, kemudian anda menyapanya. Soalannya, apakah ayat pertama sekali yang akan anda lafazkan ?


Okey, kalau dah berjumpa dengan kawan, Pertama sekali, mestilah beri salam kan? Lepas tu, bersalam-salaman sekejap sambil tanya khabar sambil borak-borak kosong sambil bertanya ke mana hala tuju beliau selepas SPM nie. hikhik


Nampak simple je kan Mieya nie? yeahhh, that's my own style kalau korang nak tahu

Alhamdulillah, rezeki datang lagi !

Assalamualaikum wbt semua :)

Ohh. Sama ada korang sedar ataupon tidak, dah hampir empat hari Mieya tak hupdate belog. padahal tiap-tiap hari buka dashboard belog pakai handphone cikaiku itu sewaktu di kampung dulu. Lepas tu, publishkan entri yang dah siap auto-publish tu.

Sanggup berhabisan kredit RM2 sehari semata-mata nak merisik khabar si belog tercinta. Berbekalkan line yang tenggelam timbul nun jauh di hulu kampung yang terletak di Perak. Tapi demi belog dan juga demi korang semua, Mieya redah jua akhirnya.

Seperti biasa setiap kali pulang ke kampung, sudah pasti mata nie tak berkelip-kelip menyaksikan keindahan alam ciptaan Tuhan. Dengan sawah padi yang terbentang menghijau, dengan parit yang dipenuhi air, dengan burung bangau yang putih melepak, dengan bau kelapa sawit di kiri dan kanan jalan, dengan kapal besar di tepi sungai.

dengan macam-macam lagi lah. jenuh lah telinga korang kalau nak Mieya ceritakan kesemuanya sekaligus. hikhik

Dan seperti biasa jugak, bila dah dapat mengonlinekan diri seperti sedia kala. Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah :

  • mengecheck lambakan email kat akaun yahoo dahku.
  • mengemaskini survey serta maklumat yang berkaitan di Nuffnang
  • menabung tanpa jemu dengan Churpchurp dan hasilnya. . .

mempersembahkan ^^,

APA?!! Korang nak jugak macam nie? KLIK SINI cepat!!!

Syukur alhamdulillah. Lagi berapa hinggit je nak cashout. Biarpon pendapatan Churpchurp Mieya tidak sehebat Pakcik Eyriqazz, mahupon Sis Lyssa Faizureen yang sampai beriban-riban tu. Asalkan ada lah juga daripada takde.

Semua ini pon, berkat dari hasil bantuan korang jugak sama ada kawan-kawan di twitter mahupon blogger sekalian. Yang rajin menekan-nekan link Churpchurp Mieya tu sama ada secara secara langsung ataupon secara tidak langsung. Terima kasih, sayang korang lelebih. hihi :)


Tips tampil GLEMER dalam sekelip mata!

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu buat pembaca sekalian :)

Wahhh, kemain betul korang nie kan. Bila nampak sahaja perkataan popular, glemer, dan seangkatan dengannya. Dengan kadar 0.246854 saat, laju je korang serbu masuk ke blog Mieya nie kan?

Yeah, cubalah tanya dekat sesiapa sahaja lah. Siapa sahaja yang tak mahu tampil bergaya dalam jangka masa yang singkat? Lagi-lagi individu yang bernama perempuan. Kan Cik Senah dan Mak Bedah kan?

Jadi, nahhh. Daripada mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli baju baru, korang hanya perlu menjadi seorang yang bijak dan selektif dalam menyuaipadankan pakaian yang sedia ada. Itu lebih baik rasanya!

  • Ikatkan selendang satin berwarna terang di sekitar tas tangan. Hanya ikatkan secara longgar.
  • Pakaikan tali pinggang pada kardigan yang korang gayakan. Pastikan tali pinggang yang ingin kamu gayakan berada tepat di pinggang.
  • Sarungkan kemeja bercorak polka dot atau bunga-bungaan. Padankan dengan skirt atau seluar berwarna solid.
  • Gayakan sepasang anting-anting berukuran besar untuk tampil menawan.

Ingat, tampil glamor bukan bermaksud korang harus mengenakan aksesori yang sarat ataupon mahal. Tetapi, biarlah bertepatan dengan personaliti dan juga bajet perbelanjaan korang.

Perkongsian Jumaat #2

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua :)

Biarkan entri hari nie tanpa ayat pendahuluan yang meleret-leret. Jangan ditanya mengapa? apakah atau  bagaimanakah?

Pada petang yang mulia ini, Mieya biarkan gambar beserta bait-bait perkataan sahaja yang menceritakan kesemuanya. Moga-moga, kita semua dapat memperoleh manfaat daripadanya. Amin.


Salam bertemu lagi kawan-kawan sekalian :)

Sahut cabaran baru dalam dunia blogging

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi semua :)

Mana pergi hilangnya lambakan entri-entri berinformasi mahupon entri pasal isu-isu semasa yang selalu Mieya publish tatkala kami tengah bersantai sambil goyang kaki? mana? mana?

haha, kuat perasan si Mieya Atiera nie kan. Macam lah ramai orang yang ambik tahu pasal belog cikai daku ini. sobsob T.T

Pagi-pagi lagi, Mieya telah tergerak hati untuk mengemaskini email dan juga mesej yang dah hampir sebulan berkepam di yahoo.com tu. Well, orang biasa macam Mieya nie, apa jadah pulak orang ramai nak send email kan? Lain lah kalau orang-orang glemer macam Fatin Liyana, Cik Epal, Irine Nadia dan juga Yuyu Zulaikha.

Maka, seperti yang dijangka, kebanyakan mesej yang diterima, majoritinya datang daripada Facebook, Twitter dan juga Churpchurp. Ya, selalunya memang macam tu lah. Tapi berlainan pula dengan kali nie, Mieya telah menerima satu emel yang mengajak Mieya untuk mempromosikan sesebuah laman web.

Nahhh, ini antara kandungan mesej tersebut yang dapat Mieya kongsikan :


Okey, secara jujurnya, Mieya menjadikan belog sebagai tempat untuk merembeskan (mencurahkan) segala emosi yang membelenggu dalam diri Mieya. Sama ada ketika bosan, sedih, kecewa, happy dll lah. A'ah, blogging merupakan separuh daripada jiwa Mieya.

Tapi, bukan semua entri berkisar pasal diri Mieya sahaja. Kekadang Mieya akan pelbagaikan entri tersebut dengan harapan dapat menenangkan hati, melapangkan dada dan juga merileks kan fikiran Mieya dari keadaan persekitaran.

Jadi, kalau bab promote sana sini nie Mieya memang failed ya amat! Betul, tak tipu. Entah lah. tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin pada pandangan korang, Mieya :

  • seorang yang funny, happy-go-lucky. Dari segi luaran, memanglah betul. Tapi secara dalamannya tak. Dan takde sesiapa pon yang tahu selama ini Mieya menyembunyikan segala kesedihan dan kekecewaan dengan gurau senda. 
  • seorang yang bijak bermain dengan kata-kata. Tapi dalam dunia yang sebenar, Mieya adalah seorang yang bercakap bila perlu.
  • seorang yang suka meniru. Nampak orang lain promote itu dan ini, Mieya pon buat jugak. padahal saja nak cari pengalaman baru.

Walau bagaimanapon, atas kepercayaan yang telah diberikan, akhirnya telah membuka lubang di hati Mieya dengan seluasnya untuk mencuba sesuatu yang baru. Justeru, Mieya akan cuba dengan sedaya upaya untuk mempromosikan sesuatu produk di belog ini dengan sebaik mungkin.

Setiap hari, insyaALLAH, jikalau tiada aral yang ngada-ngada nak terlentang, entri pasti akan berhupdate paling kurang pon satu entri sehari. Kalau update banyak-banyak, takut tak terbaca kang korang nanti. 

Jadi, kepada pembaca, silalah terus-menerus menyokong Mieya untuk menongkah arus dalam dunia blogging nie. Mieya masih lagi hijau dan masih lagi memerlukan pendapat dan bimbingan korang semua. 

Okey lah, tak mau dah nak taip panjang-panjang. Nantikan entri yang super-lebih-panjang dan berinformasi dari Mieya lepas nie :)


Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Bukan ini yang Mieya harapkan, tapi Mieya redha

Assalamualaikum wbt kalian.

Entri kali nie, Mieya nak mulakan macam mana ehh? Dengan ayat pendahuluan yang merapik tanpa hala tuju ataupun tanpa ayat pendahuluan sebagai penyeri suasana. haha, gasak Mieya kali nie.

Nak taip entri kali nie pon, jari-jemari kaku semacam. gaya macam nak mintak penampo 0.4 kali kat pipi yang semakin menggebu tu. ohh, takpe. sikit je tuu. hikhik

Apa pasal mood entri kali nie tidak selanjar dengan tajuk entri yang sepatutnya sedih? -_-' 

Okey, tukar mood ikut mood title balik. Mieya tak tahu nak bicara apa kali nie. Yang Mieya tahu, Mieya rasa bersalah sangat-sangat. ohhh, bersalah rupanya. 


Mesti nak sedih-sedih lagi hari nie. Nangis sampai meleleh kuar hingus apa lah. macam budak-budak. Tidak, tidak. Tekaan yang sama sekali tidak benar.


Mieya rasa bersalah je. Tak nanges semata-mata nak meratapi hal sebegini pon. Cuma, hati nie rasa sebak sikit je. tak banyak.


opps, kembali kepada mood bersalah tadi. Semua orang sudah sedia maklong maklum, bahawa result SPM sudah pon keluar, right? Jangan nak menggatal mulut nak tanya Mieya dapat berapa. Jangan sama sekali bertanya okey.

Hmmm, selama nie takde seorang pon yang tahu bahawa Mieya memendam rasa yang teramat berat sekali. Dengan keadaan keluarga yang dah macam apa dah. Dengan gangguan-gangguan emosi daripada keadaan sekeliling. Ya, sejujurnya Mieya dah letih dengan semua nie!

Walau bagaimanapon, Alhamdulillah, Mieya redha dengan keputusan tersebut. Yang penting, Mieya lulus dengan 9 credit dalam tangan, meskipon salah satu subjek yang lain kecundang jatuh ke gred lain. huhu, memang segalanya seperti yang telah Mieya jangka kan sejak dari dulu lagi. yeahhh, absolutely!

Dah, lepas nie Mieya nak kemaskini balik borang permohonan UPU tuu. Keep cool, calm and enjoy your day dear !

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Wordless Wednesday #11 | Result SPM 2011


Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

kealpaan tak sama dengan buat-buat lupa kot?

Buka mata tak sama macam buka hati. (kot?)

Kadang-kadang, bila otak kau stuck sebab banyak kerja (ke tahap nak nazak dah) kau boleh terlupa pada niat asal kau.

Pepagi nie, seawal di jam 5.30 pagi Mieya dah bangun daripada mimpi yang indah. Lepas Mieya iron baju, lalu menutup plug, tiba-tiba Mieya terfikirkan sesuatu.

"kenapa ye Mieya nak bersiap-siap pergi ke sekolah hari nie?"


"Bukankah Mieya sudah habis bersekolah?"


(terfikir satu soalan lalu bersoal jawab, berteka-teki dengan diri sendiri)


"Oh, hari nie result SPM keluar."


"Tapi, kenapa Mieya tak rasa takut, tak rasa gementar seprti kebiasaannya ye?"

Please ask this question directly to my family and also my other-half-self. Disebabkan itu, Mieya jadi begini. Membawa kepada perubahan diri yang mendadak, iaitu sebanyak 90 darjah.

Dahlah, nak buat apa rasa menyesal sekarang lagi-lagi Mieya langsung tak buat salah satu apa pun. Atleast Mieya dah cuba menahan perasaan sedih Mieya daripada terus membelenggu diri Mieya sewaktu menjawab kertas peperiksaan SPM hari itu.

Okey, Mieya nak sambung proses penyediaan sebelum keluar pergi sekolah. Mungkin hari nie Mieya akan datang lambat daripada mereka yang lain. Sebab apa, sebab Mieya tak nak bertembung mata dengan kawan-kawan sebaya yang lain. Segan kot. haha


Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Promo Panggung Sabtu TV3 yang ohsem!



Siyes lawak pemilihan mimik muka para pelakon hindustan dalam video promo nie yang berlatar belakangkan lagu Rock Jiwang 90an nie.

Video promo yang tak boleh blah. Mimik muka dengan miming mulut tu macam kena pulak dengan part lagu nie. Haha.

Gigih tukang buat promo nie cari mimik-mimik muka dorang semua nie kan? Thumbs up TV3!

Perkongsian Jumaat

Assalamualaikum wbt kalian :)


Entri kali ini ringkas sahaja tanpa mukadimah dan juga ayat pendahuluan yang berputar-belit. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada perkongsian ini.

Salam bertemu lagi kawan-kawan :)

Tutorial Cara Kongsi kan Link Churpchurp

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera kalian :)

Nampak je tajuk entri kali nie mengenai Churpchurp, sudah pasti ramai yang dah tahu. Tapi, ada jugak segelintir daripada mereka yang tidak tahu terutamanya bagi blogger baru. Jadi,

Apa itu Churpchurp

ChurpChurp merupakan adik-beradik Nuffnang juga. Nuffnang lebih kepada blog untuk pengiklanan. Tetapi ChurpChurp pula menggunakan laman facebook/Twitter sebagai tempat yang terbaik dan paling berkesan untuk mengiklankan sesuatu produk selain menggunakan blog!


Bukannya apa, Mieya buat tutorial nie sebab Mieya tahu ramai di kalangan korang yang masih tak tahu cara-cara menjana pendapatan dengan Churpchurp nie. Dan mana mungkin, Mieya bersenang-lenang mengaut keuntungan per klik hasil sumbangan korang. Ohh, itu sungguh tidak adil buat mereka.

Jadi, mari kita mulakan! Firstly, bagi mereka yang belum mendaftar Churpchurp sila berbuat demikian di SINI. Dan bagi yang lain, korang kena sambungkan dulu akaun Churpchurp dengan kedua-dua akaun Facebook dan juga Twitter korang diSINI.

Lepas tu, korang terjah ke BELOG INI (blog tutorial Mieya dengan si demokkuntuk mempelajari cara-cara berkongsi iklan di laman sosial yang seterusnya. Ikut step by step okey?

Itu antara cara nak kongsikan link iklan di Facebook dan jugak di twitter. Kalau sorang klik link iklan tu, korang dapat RM0.20. Kalau 100? Cuba kira sama ada lumayan ke tidak. Kira macam menabung lah rupanya.

Jadi, antara rahsia untuk meningkatkan pendapatan Churpchurp korang ialah korang kena promote berhabis-habisan link sesuatu iklan itu, kalau ada rezeki dapatlah korang menjana pendapatan.

Mudah kan? Korang boleh post dekat Facebook, Twitter, dalam Blog  dan segala macam laman sosial yang korang ada ! 

 SELAMAT MENCUBA ye KAWAN-KAWAN! DAFTAR SINI tau kalau belum daftar :)


Wordless Wednesday #10


Apa itu WORDLESS WEDNESDAY??? KLIK SINI.

Gambar Rumah Terbalik di Sabah, Pertama di Malaysia

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Konon-kononnya, lepas menonton siaran berita di TV3 pada jam 1:30 petang tadi nak update pasal "Rumah Terbalik" nie. Tapi, siapa sangka? Belum sempat kedua-dua belah tangan menerpa ke arah komputer riba usangku ini, hujan mula turun dengan ganasnya lebatnya. Seakan-akan tidak merestui hasrat hati Mieya.

Tengok, betapa ayat pendahuluan di entri kali nie seakan-akan ingin meminta penampar. Maka, baiklah. Sebelum memulakan entri kali nie, marilah kita bersama-sama mencuci mata untuk melihat apa yang patut. hikhik





APA? Ingat dekat negara luar sahaja yang ada rumah terbalik nie? Dekat Malaysia pon ada lah. Ohh, nampaknya negara kita, Malaysia sudah hampir setanding dengan negara luar. Baka kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.

Ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.

Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. 

Sumber dipetik daripada : Mstar

Alhamdulillah, akhirnya Nuffnang bermurah hati bagi Mieya BE

AlhamdulillahAssalamualaikum dan selamat pagi yang ceria semua :)

Hmmm, sepatutnya hari nie Mieya nak adakan sesi memprotes kecil-kecilan di belog ini memandangkan dah dua tiga bulan pihak Nuffnang tak bagi Buffered Earning baru. Tapi, terpaksa ditunda. cancel lah sebab pihak dorang dah mula bagi BE. kehkeh

Walaupon Mieya tahu, pihak mereka seringkali diserang dengan email yang pelbagai daripada blogger sekalian demi mendapatkan secuit BE. Dan Mieya jugak tahu bahawasanya salah seorang daripada blogger tersebut adalah Mieya. hikhik, kantoi sudah!


Syukur alhamdulillah, berkat kesabaran menunggu dan terus menunggu, akhirnya terbuka juga hati pihak Nuffnang untuk memberikan BE kepada Mieya. Ohh ya, BE kali nie daripada Inti Cycle 2.




Dengan berbekalkan trafik yang tak seberapa daripada belog cikai nie, maka jumlah pendapatan takde lah sehebat blogger-blogger hebat seperti Yuyu Zulaikha, Cik Epal mahupun Red Mummy. Tapi, Mieya tetap bersyukur dengan apa yang ada.


Lagipon, tujuan utama Mieya berbelog pon bukannya sebab nak kejar duit. tak. tak. Mieya berbelog sekadar memenuhi masa lapang yang banyak terluang dan juga sekadar suka-suka untuk berkongsi dengan semua. itu sahaja.

Happy birthday Eiyka !

This ONLY the one post,  goes to someone I called "adik, bestie, sayang, pendengar setia, kembar tak seiras tapi sehati sejiwa denganku.

I know that today is your birthday and you're getting OLD.  You are old, face that ! HAHA

Many people said that at any certain stage, where you're supposed to transform from an ugly duckling to a very beautiful, very wonderful swan. Did you ever heard of it?


Well, I think and I guess that it's gonna happen to you this year. I'm sorry, I thought that you are stilll an ugly duckling after all.. haha, just joking deeer

I hope you know and I can feel that you're already know that I can be whoever I'm supposed to be.

Having with you around me, my life would be much better. Trust me. I'm just imagine that if you're one of my own sister, I think my entire life will be more interesting and enjoyable.

Sometimes I can see that, you love to keep smiling when we are all together with the others. But, trully I can feel that your heart is not stick around there. You're just like you don't have another choice but to stick around there.


I have already told you before this,but i'm gonna say it again, thank you for being the part of my life. I appreciate your time and attention and you didn't forget to put "ME" in your hectic schedules.


So now is your turn, happy birthday kembar sehati sejiwaku !

Have a rocking day  !


p/s : sila abaikan grammar Mieya yang lintang pukang tu pleaseee..

Lagu "Bawaku pergi" galakkan remaja lari rumah

Assalamualaikum wbt kalian :)

Rasa sengal-sengal kepala hotak lutut masih tak hilang lagi. sakit-sakit kaki tangan, juga sakit hati gara-gara ditertawakan orang tak reda lagi. Ya, ini semua kes parah. Ini semua akibat tergelincir di lantai batu yang keras lagi licin dengan air hujannya yang bertakung. grrr, sabar je lah.

Semalam betul-betul rasa macam seorang gadis yang berperwatakan seperti kanak-kanak ribena yang sedang menikmati lolipop. haha, nonsense! Padahal terpaksa menahan telinga dengan cerita tak puas hati daripada adik-beradik.

At last, dek kerana telinga dah tak sanggup nak menanggung keluhan demi keluhan pasal kerja dan juga sekeliling. Akhirnya frekuensi radio di telefon bimbit menjadi mangsa pengubat luka hati. eceh, apasal entri hari nie dramatik ya amat?

Bukannya apa, hari nie Mieya nak berkongsi sesuatu mengenai lagu yang sedang rancak diputarkan di corong radio.  Dan lagu itu, adalah lagu yang bertajuk "Bawaku pergi", iaitu nyanyian duet Kaka dan Zizan Raja Lawak.

Mendengarkan alunan dan melodi lagu tersebut membuatkan pendengar berasa terpesona dan tertarik memandangkan lagu itu begitu catchy dan kedengaran bersahaja. Tetapi, jika diamati dan dihayati lirik lagu  itu, ternyata ada makna yang tersirat disebalik lirik lagu tersebut.

Sebagai contoh, ayat-ayat seperti ‘tolong jangan bilang mama’, ‘buku merah jangan lupa bawa’, ‘kita lari dari realiti’, ‘pergi lebih jauh’, seolah-olah banyak memberikan maksud kehidupan ketika ingin lari dari kehidupan bersama ibu bapa.
Contoh, ‘buku merah jangan lupa bawa’ seperti menggambarkan jangan terlupa membawa ‘passport’ ketika ingin melarikan diri.
Namun, terserah kepada pengkaji-pengkaji dan para pendengar diluar sana untuk menilai dan menyelidik sendiri lirik lagu nyanyian Kaka dan Zizan itu.
Mungkin lirik lagu itu sebenarnya menceritakan saat-saat kegembiraan dan keterujaan sebelum ingin pergi bercuti bersama-sama teman? Siapa tahukan?
sumber : mynewshub.my

Penyebab wujudnya tanda seru di Churpchurp

Assalamualaikum wbt kepada pembaca sekalian :)

kusss, lemah semangat tatkala melihat akaun Churpchurp Mieya diserang dengan tanda aneh. haa, cuba tengok betul-betul dekat gambar di bawah tu.


Mula-mula, Mieya ingatkan pihak Churpchurp mencurigai kesetiaan Mieya kepada mereka. Jadi, dengan teragak-agaknya, Mieya kirimkan mesej berbaur pertanyaan kepada pihak mereka. ye lah, nak tahu jugak apakah makna di sebalik menatang tu.

Lagi satu, Mieya risau jugak kalau-kalau pihak Churpchurp tarik balik earning yang lagi seciput je nak cashout tu. huhu, Setelah menunggu hampir ke dua-puloh-minit, akhirnya Mieya dah berjaya menemui jawapan sebenarnya.

Abaikan bahasa Inggeris yang tunggang langgang tu

Rupa-rupanya, tanda seru tu bermaksud ada kempen Churpchurp yang tidak dikongsi kan. Jadi tak hairanlah kalau tanda tu keluar. hihi Pandai pihak Churpchurp kenakan Mieya kan? sabar je lah.

Ke mana Hala Tuju Lepas SPM ?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)


Pejam celik pejam celik, keputusan STPM akan diumumkan pada Rabu depan bersamaan dengan 7 Mac 2012. and then, lepas tu, lebih kurang 15 hari sahaja lagi keputusan SPM dah nak keluar. errrr, *gigit jari*


Mungkin ada antara korang yang tak sabar nak dapat result, mungkin ada yang tak nak tengok langsung result tu, dan mungkin juga ada yang malas nak fikir pasal perkara tersebut. Persoalannya sekarang, selepas keluarnya keputusan SPM nanti. Ke manakah hala tuju korang semua?


Adakah Politeknik? Adakah kemasukan ke Tingkatan Enam? Adakah matrikulasi mahupon asasi? Atau mungkin Diploma yang menjadi kecintaan hati? 


Semua persoalan itu seakan-akan berlegar-legar di segenap ruang pemikiran yang seakan-akan sempit ini. Buntu? Oh, tidak juga. Dengan lambakan panggilan untuk menghadiri ke sesi temuduga itu dan ini juga semakin mengusutkan kepala hotak.


Memang sukar untuk membuat pilihan sama ada nak bersambung pengajian di situ atau di sini. Sama ada nak pilih bidang itu ataupon bidang ini. Semuanya saling berputar-belit.


Jadi, hari nie, dengan berbesar hatinya, Mieya ingin menerangkan satu persatu mengenai program pengajian yang ada di dalam negara.


Tingkatan 6/ STPM
Ini adalah pilihan yang paling sesuai bagi korang yang merindui suasana kehidupan di sekolah. Misalnya, memakai uniform seragam sekolah, siap dengan lencana sekolah dan semuanya berkaitan dengan sekolah lah. tapi, AWAS! Korang kena betul-betul belajar dengan sebaik mungkin dalam mencapai pointer lulus.


Antara kelebihan :
  1. diiktiraf di universiti serata dunia.
  2. Kiraan pointer STPM hanya dibahagi 4 je. Pointer nak masuk universiti pun rendah berbanding matriks, diploma dan sebagainya, sebab taraf akademik dah nak sama dengan university dah. Sebab tu time belajar untuk STPM susah!
  3. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi, kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.

Diploma
Diploma merupakan jalan pintas dalam mencari pekerjaan. Sebabnya, kebiasaan selepas tamat pengajian, lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk menyambung ke ijazah memerlukan pointer 3 ke atas.


Matrikulasi
Program ini terbahagi kepada dua, iaitu KPM ataupon Asasi. KPM ada dua pilihan, sama ada satu tahun atau dua tahun dan terbahagi kepada 3 jurusan, iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Kalau keputusan korang cemerang, bolehlah pilih kursus ijazah yang korang minat. Tapi kalau keputusan lemah, dorang akan lelong kursus yang bersesuaian dengan pencapaian korang.


Asasi IPTA
Kalau korang rasa was-was tak dapat bidang yang korang minat dekat matriks, bolehlah pilih yang ini. Kelebihannya ialah, korang akan diberi keutamaan untuk ambil jurusan di universiti berbanding calon-calon lain. Lagi senang lah maknanya. 



Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh pengajian. Program diploma mengambil masa 3 tahun kerana proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semester untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Okey, sekian sahaja informasi yang dapat Mieya kongsikan bersama korang semua. Untuk makluman, informasi ini adalah bersumberkan belog 1994.
Salam bertemu lagi :)