Rasa sengal-sengal kepala hotak lutut masih tak hilang lagi. sakit-sakit kaki tangan, juga sakit hati gara-gara ditertawakan orang tak reda lagi. Ya, ini semua kes parah. Ini semua akibat tergelincir di lantai batu yang keras lagi licin dengan air hujannya yang bertakung. grrr, sabar je lah.
Semalam betul-betul rasa macam seorang gadis yang berperwatakan seperti kanak-kanak ribena yang sedang menikmati lolipop. haha, nonsense! Padahal terpaksa menahan telinga dengan cerita tak puas hati daripada adik-beradik.
At last, dek kerana telinga dah tak sanggup nak menanggung keluhan demi keluhan pasal kerja dan juga sekeliling. Akhirnya frekuensi radio di telefon bimbit menjadi mangsa pengubat luka hati. eceh, apasal entri hari nie dramatik ya amat?
Bukannya apa, hari nie Mieya nak berkongsi sesuatu mengenai lagu yang sedang rancak diputarkan di corong radio. Dan lagu itu, adalah lagu yang bertajuk "Bawaku pergi", iaitu nyanyian duet Kaka dan Zizan Raja Lawak.
Mendengarkan alunan dan melodi lagu tersebut membuatkan pendengar berasa terpesona dan tertarik memandangkan lagu itu begitu catchy dan kedengaran bersahaja. Tetapi, jika diamati dan dihayati lirik lagu itu, ternyata ada makna yang tersirat disebalik lirik lagu tersebut.
Sebagai contoh, ayat-ayat seperti ‘tolong jangan bilang mama’, ‘buku merah jangan lupa bawa’, ‘kita lari dari realiti’, ‘pergi lebih jauh’, seolah-olah banyak memberikan maksud kehidupan ketika ingin lari dari kehidupan bersama ibu bapa.
Contoh, ‘buku merah jangan lupa bawa’ seperti menggambarkan jangan terlupa membawa ‘passport’ ketika ingin melarikan diri.
Namun, terserah kepada pengkaji-pengkaji dan para pendengar diluar sana untuk menilai dan menyelidik sendiri lirik lagu nyanyian Kaka dan Zizan itu.
Mungkin lirik lagu itu sebenarnya menceritakan saat-saat kegembiraan dan keterujaan sebelum ingin pergi bercuti bersama-sama teman? Siapa tahukan?
sumber : mynewshub.my
5 comments:
setuju dengan awak! terfikir jgk benda yg sama, mcm lagu yg menggalakkan remaja lari rumah :)
@Sharina Abdullah itu yg merisaukan tu.
kene cipta lagu yang takde isu macam ni kan..lagu dah best tapi sayang kalau lirik mencacatkan lagu.
@Azhafizah[フィザ] Ya, betul tu.
aku rasa betol lah..x patot betol
Post a Comment