Marilah Bershopping Sakan di FriendlyFashion.my

Assalamualaikum wbt semua :)

Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum nie, Mieya akan buat satu entri untuk promote promote nie.

Ya. Maka, buat kali pertama dalam hidup Mieya. Mieya ingin menyeru kepada korang semua yang suka merajinkan diri dengan online-shopping, mari lah buka page nie. Tak kira lah sama ada korang lelaki mahupon perempuan.

Jadi, tanpa membuang masa Mieya nak tanya korang, kat mana nak cari baju yang smart, tak pon dress yang cantik? kat mana nak cari kasut yang lawa kemain? kat mana jugak nak cari beg dan juga blouse yang terkini? tambah-tambah lagi barangan pre-loved? Haaa.. kat mana? kat mana?

Semua itu boleh didapati dalam satu butik online sahaja. APA?? masih lagi tak percaya? Okey, sekarang Mieya nak bagi korang tengok biar puas hati sedikit.

Cuma di Friendly Fashion je ada wehhh!

Siyes siap buat muka ketat. Mieya memang dah mula jatuh hati dengan friendlyfashion nie. Barang-barang yang ditawarkan, buat korang fikir berulang-ulang kali! ini cantik. itu cantik. ini nampak stylo. itu nampak hebakkk. lepas tu macam mana?
terdapat beraneka jenis dress pelbagai warna. Memang tak bosan lah nak godek-godek lagi.

wedges, sepatu tinggi dan kasut pon ada jugak tau!

Selain itu, terdapat banyak aksesori-aksesori seperti anting-anting, rantai leher, cincin, gelang, beg tangan dan juga tali pinggang. dengan reka bentuk yang pelbagai, beraneka jenis pilihan, penuh dengan warna-warni serta dijual dengan harga yang sangat murah. 

Tambah-tambah pula, korang juga boleh ikut serta untuk menjual koleksi peribadi korang di sini. There you have it girls! 


Friendly Fashion adalah satu saluran hebat untuk mengosongkan ruang almari pakaian korang disamping dapat menjana pendapatan untuk membeli-belah sekali lagi. Bukan sahaja itu, korang juga boleh menekan forum dan berkongsi gaya terkini dunia fesyen bersama rakan-rakan yang lain!


Haaa, Jadi apa tunggu lagi? Untuk merasai pengalaman menjadi antara komuniti yang bergaya, Mieya memang cadangkan sangat-sangat kat korang untuk terus klik ke :

Selamat membeli dan berjual dengan berhemah ya semua !


8 comments:

kay_are said...

sume baju pompuan je... cane nak komen cantik ke tak ni? tapi memang cantik.. tapi..

Unknown said...

@kay_are ya, kebanyakannya memang baju pompuan. Lagipon tak ramai lelaki yang join website nie.

Munn Jaafar said...

dress pink tu cantik lah! kena jenguk jap ni =)

salam kenal mieya

Unknown said...

@Munnafendy cantik kan? Mieya pon suka sama dress pink tu.

fardhila fawwazy blogspot said...

dress pink lbuh cntik..huhu

Anonymous said...

comel-comel semuanya. ni yg tetiba macam tergoda ni :P hihihi

izzati ismail said...

Thank you awak :) memang tengah mencarik site nak mnjual baju nihh . hikk. ehh, shawls die terima takk ?

Anonymous said...

Simply desire to say your article is as astonishing. The clarity on your submit is just great and that i could assume you're knowledgeable on this subject. Fine with your permission allow me to snatch your feed to stay up to date with forthcoming post. [url=http://www.top-uggsboosuk.co.uk]ugg boots sale uk[/url] , Thank you a million and please carry on the gratifying work.