Gambar Rumah Terbalik di Sabah, Pertama di Malaysia

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Konon-kononnya, lepas menonton siaran berita di TV3 pada jam 1:30 petang tadi nak update pasal "Rumah Terbalik" nie. Tapi, siapa sangka? Belum sempat kedua-dua belah tangan menerpa ke arah komputer riba usangku ini, hujan mula turun dengan ganasnya lebatnya. Seakan-akan tidak merestui hasrat hati Mieya.

Tengok, betapa ayat pendahuluan di entri kali nie seakan-akan ingin meminta penampar. Maka, baiklah. Sebelum memulakan entri kali nie, marilah kita bersama-sama mencuci mata untuk melihat apa yang patut. hikhik





APA? Ingat dekat negara luar sahaja yang ada rumah terbalik nie? Dekat Malaysia pon ada lah. Ohh, nampaknya negara kita, Malaysia sudah hampir setanding dengan negara luar. Baka kata pepatah, duduk sama rendah, berdiri sama tinggi.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

Yee berkata, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun.

Ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.

Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. 

Sumber dipetik daripada : Mstar

6 comments:

Anonymous said...

ta paham. cane nak tinggal ni, adkh konsep luarnye je yg terbalik? :)

Unknown said...

@Hana ohh, rumah nie sekadar tempat pameran je. Kalau nak masuk, kena bayar. Konsep dalamnya juga dibuat secara terbalik.

Sunny said...

wow. tak tau pun ada rumah terbalik di Malaysia ne. (: fabulous. ^^

Unknown said...

@Sunny Memang ramai yg tak tahu lg pasal nie. Mieya pon baru je tahu peang tadi.

Hidayu Bolia said...

sengetla kepala ayu kalau masuk umah ni:)

Unknown said...

Ishh , macam mana erk kalau yaya duduk dalam tu . semua nya terbalik uhhh !

macam best jeaa..huhu