Wahhh, kemain betul korang nie kan. Bila nampak sahaja perkataan popular, glemer, dan seangkatan dengannya. Dengan kadar 0.246854 saat, laju je korang serbu masuk ke blog Mieya nie kan?
Yeah, cubalah tanya dekat sesiapa sahaja lah. Siapa sahaja yang tak mahu tampil bergaya dalam jangka masa yang singkat? Lagi-lagi individu yang bernama perempuan. Kan Cik Senah dan Mak Bedah kan?
Jadi, nahhh. Daripada mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membeli baju baru, korang hanya perlu menjadi seorang yang bijak dan selektif dalam menyuaipadankan pakaian yang sedia ada. Itu lebih baik rasanya!
- Ikatkan selendang satin berwarna terang di sekitar tas tangan. Hanya ikatkan secara longgar.
- Pakaikan tali pinggang pada kardigan yang korang gayakan. Pastikan tali pinggang yang ingin kamu gayakan berada tepat di pinggang.
- Sarungkan kemeja bercorak polka dot atau bunga-bungaan. Padankan dengan skirt atau seluar berwarna solid.
- Gayakan sepasang anting-anting berukuran besar untuk tampil menawan.
Ingat, tampil glamor bukan bermaksud korang harus mengenakan aksesori yang sarat ataupon mahal. Tetapi, biarlah bertepatan dengan personaliti dan juga bajet perbelanjaan korang.
3 comments:
boleh try ni..hihi
@are_lin@yu hikhik, selamat mencuba ye!
salam tuan tanah:)
jom join http://www.ienaeliena.com/2012/04/projek-100-bloggers.html
Post a Comment