Ke mana Hala Tuju Lepas SPM ?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)


Pejam celik pejam celik, keputusan STPM akan diumumkan pada Rabu depan bersamaan dengan 7 Mac 2012. and then, lepas tu, lebih kurang 15 hari sahaja lagi keputusan SPM dah nak keluar. errrr, *gigit jari*


Mungkin ada antara korang yang tak sabar nak dapat result, mungkin ada yang tak nak tengok langsung result tu, dan mungkin juga ada yang malas nak fikir pasal perkara tersebut. Persoalannya sekarang, selepas keluarnya keputusan SPM nanti. Ke manakah hala tuju korang semua?


Adakah Politeknik? Adakah kemasukan ke Tingkatan Enam? Adakah matrikulasi mahupon asasi? Atau mungkin Diploma yang menjadi kecintaan hati? 


Semua persoalan itu seakan-akan berlegar-legar di segenap ruang pemikiran yang seakan-akan sempit ini. Buntu? Oh, tidak juga. Dengan lambakan panggilan untuk menghadiri ke sesi temuduga itu dan ini juga semakin mengusutkan kepala hotak.


Memang sukar untuk membuat pilihan sama ada nak bersambung pengajian di situ atau di sini. Sama ada nak pilih bidang itu ataupon bidang ini. Semuanya saling berputar-belit.


Jadi, hari nie, dengan berbesar hatinya, Mieya ingin menerangkan satu persatu mengenai program pengajian yang ada di dalam negara.


Tingkatan 6/ STPM
Ini adalah pilihan yang paling sesuai bagi korang yang merindui suasana kehidupan di sekolah. Misalnya, memakai uniform seragam sekolah, siap dengan lencana sekolah dan semuanya berkaitan dengan sekolah lah. tapi, AWAS! Korang kena betul-betul belajar dengan sebaik mungkin dalam mencapai pointer lulus.


Antara kelebihan :
  1. diiktiraf di universiti serata dunia.
  2. Kiraan pointer STPM hanya dibahagi 4 je. Pointer nak masuk universiti pun rendah berbanding matriks, diploma dan sebagainya, sebab taraf akademik dah nak sama dengan university dah. Sebab tu time belajar untuk STPM susah!
  3. Dikatakan peperiksaan top 5 tersusah di dunia, tapi, kualiti sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.

Diploma
Diploma merupakan jalan pintas dalam mencari pekerjaan. Sebabnya, kebiasaan selepas tamat pengajian, lepasan ini akan terus bekerja. Peluang untuk menyambung ke ijazah memerlukan pointer 3 ke atas.


Matrikulasi
Program ini terbahagi kepada dua, iaitu KPM ataupon Asasi. KPM ada dua pilihan, sama ada satu tahun atau dua tahun dan terbahagi kepada 3 jurusan, iaitu Sains, Perakaunan dan Teknikal. Kalau keputusan korang cemerang, bolehlah pilih kursus ijazah yang korang minat. Tapi kalau keputusan lemah, dorang akan lelong kursus yang bersesuaian dengan pencapaian korang.


Asasi IPTA
Kalau korang rasa was-was tak dapat bidang yang korang minat dekat matriks, bolehlah pilih yang ini. Kelebihannya ialah, korang akan diberi keutamaan untuk ambil jurusan di universiti berbanding calon-calon lain. Lagi senang lah maknanya. 



Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh pengajian. Program diploma mengambil masa 3 tahun kerana proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semester untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.
Di samping itu lulusan diploma boleh menggunakan diploma mereka untuk terus bekerja tetapi tidak demikian untuk lulusan asasi dan matrikulasi. Mereka yang mengambil program asasi dan matrikulasi dianggap akan meneruskan proses pembelajaran mereka kerana program tersebut memang disusun sebagai laluan pantas ke universiti.
Okey, sekian sahaja informasi yang dapat Mieya kongsikan bersama korang semua. Untuk makluman, informasi ini adalah bersumberkan belog 1994.
Salam bertemu lagi :)

2 comments:

Zaza said...

eh, betul ke result spm kua 7 mac?
awk tau mane erk?

Unknown said...

@Zaza Bukan SPM, tapi STPM lah.