Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts
Showing posts with label Lirik Lagu. Show all posts

Bara Bara Bara Bere Bere Bere

Assalamualaikum :)

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa motif Mieya letak tajuk post kali ini dengan dua suku kata yang sama dan diulang-ulang? Adakah kerana typo, malas nak tekan button backspace atau..

heheh. Actually, Bara Bara Bere Bere tu merupakan sebuah tajuk lagu lah. Lagu tersebut telah dinyanyikan semula oleh Alex Ferrari dan juga penyanyi asalnya, Michael Telo. Eh, ye ke nie?? hentam je lah labu ..


Lately, lagu nie seringkali menjadi siulan anak-anak muda belasan tahun macam Mieya nie. Siap ada yang menjadikan lagu ini sebagai ringtone, nickname dan sebagainya. Tak kira lah sama ada di Twitter mahupun facebook.

Bara bara bara. Bere bere bere. Bara bara bara bere bere bere bere. Okay. Mieya pon dah mula suka lagu nie. Ini semua gara-gara terpengaruh dengan adik Mieya lah nie. Suka sangat nyanyi lagu nie. 

Tapi, malangnya... Mieya tak reti nak translate kan apa maksud lagu tu kat korang semua. Dengar sendiri lah okay. Best lah jugak. Hahaha. Bara bara bara. Okay dah stop. Macam orang gila pulak, taip lirik lagu tu sampai penuh satu paragraph. Hahaha. 



Demi Matahari by SNada | Lirik Lagu

Assalamualaikum wbt :)

Mood hari nie, Mieya rasa terpanggil untuk berkongsi tentang satu lagu nie. Yang mana, Mieya rasa sangat-sangat mendalam makna yang tersirat di sebalik lagu nie jika diteliti bait-bait lagu nie.

Untuk pengetahuan, Mieya baru sahaja pertama kali mendengar lagu nie. Itu pon semasa berada di minggu MDS yang lepas. Dan Mieya rasa, lagu nie sangat-sangat terkesan di hati Mieya sekarang nie.


Lirik Demi Matahari - Snada


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah


Boyfriend by Justin Bieber

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)

Wahhh, malam-malam macam ini pon masih sempat lagi nak berblogging kan? Takpe, sementara kepala hotak masih mahu mencurah-curahkan idea yang bergelen-gelen. Sementara itu jugak, Mieya manfaatkan dengan berkongsi bersama dengan pembaca sekalian. hikhik :)

Yes! Lihat saje pada tajuk post hari nie dah jelas kan? Bahawasanya entri kali nie ada kaitan dengan teman lelaki Selena Gomez nie. Hmmm, siapa lagi kalau bukan Justin Bieber tu. Ala.. yang popular dengan lagu Baby tuu.

Ya, kawan-kawan! Justin Bieber kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, iaitu Boyfriend. ke korang dah lama tahu pasal nie? haha, nampak sangat Mieya nie lambat mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan. Tak up-to-date langsung. Well, biasa lah tuu.

Mieya baru je lepas download lagu Justin Bieber yang bertajuk Boyfriend nie. dan terus mainkan lagu tersebut dengan sekuat-kuatnya. Nampak sangat tipunya, padahal dengar kat handphone takde lah kuat mana pon speakernya.



So far, this song is better than the rest i think. its because he has a deeper voice now and it suits him when he is singing. Thumbs up Justin Bieber!