Berblog Untuk Kepuasan Diri

Assalamualaikum wbt :)

Pernah tak kalau orang-orang di sekeliling kita dapat tahu bahawa diri kita seorang blogger.. and then, bertanyakan soalan,

Seronok ke jadi blogger?

Apa yang kau tulis kat dalam blog kau tu?

Apa yang bestnya jadi blogger?

Biasanya persoalan sebegini akan terpacul dari mulut seseorang yang tak tahu akan kewujudan blog.. tak tahu fungsi sebenar blog.. Setuju tak kalau Mieya cakap macam tu?

Ya, betul.. Bagi mereka yang tak pernah mengenali dunia blogger, memang mereka akan kelihatan canggung atau rasa tertanya-tanya yang menebal dalam diri mereka. Apa itu blog?


Secara mudah, blog (ringkasan bagi web log) adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara yang sentiasa dikemaskini.. Contohnya, berita semasa, info kesihatan, tips-tips kecantikan, makanan dan macam-macam lagi. 

Tapi kebanyakannya, menjadikan blog sebagai diari peribadi bagi mengekspresi diri, menyuarakan isi hati, mendapatkan kepuasan diri dan untuk dikenali di alam maya.

Macam Mieya.. Tujuan Mieya berblog adalah untuk  mengisi masa lapang, kepuasan diri..lebih kepada diri sendiri. Apa yang Mieya rasa, Mieya coretkan. Apa yang Mieya tahu, Mieya kongsikan. Apa yang Mieya pernah lalui, Mieya ceritakan.

Best ke jadi blogger nie? Bagi Mieya.. Perkara utama kalau nak sentiasa bersemangat nak berblogging ialah perbetulkan niat. Kalau niat yang kita semai untuk berblog nie tak betul, kita takkan rasa keseronokan yang ada. Thats true !

Kekadang, kita memerlukan teman untuk berbicara dan blog merupakan salah satu medium yang boleh membantu kita. Luahkan sahaja segala-galanya di blog, dan rasailah keseronokannya apabila mendapat respons positif dari rakan-rakan. Siapa tahu ia mampu menguraikan kekusutan yang melanda minda. kan?



Macam Mieya.. Mieya bukanlah seorang yang petah berkata-kata.. Tetapi cuma lah hebat menaip dari bercakap. Kiranya.. dalam dunia maya berlagak macam singa, sedangkan di dunia realiti pengecut macam tikus. Faham kan?

Sebab tu kalau korang perasan, Mieya banyak luangkan masa dengan blog. Hmm.. Biarlah orang nak kata, Mieya ni seorang yang gila blogging ke apa.. Yang Mieya tahu, Mieya mencari kepuasan diri yang tak boleh dijual beli..


26 comments:

MD said...

perkongsian serba sedikit berkaitan sesuatu yang mungkin orang lain tidak tahu...

Aina Areen said...

betul tuh kak mieya :) go kak mieya go :D

Anonymous said...

betul apa yang akak cakap . dalam dunia maya berlagak macam singa , sedangkan di dunia realiti pengecut macam tikus . suka ayat tu ..

Liyana Azhar said...

Mieya ditag .. klik sini

http://liyanazhar9392.blogspot.com/2013/03/fd-creatives-giveway-by-miminadam.html

:)

Unknown said...

ramai yg tnya kat cik siti cam tuu gak....2 thn lbh cik siti brblog...baru skrg baru tau kepuasan dia...mula2 tuu hanya suka2...tp skrg da blh jd side income..da blh knal ramai orang..n da blh share experience utk junior2 yg nak amik kos yg sama dgn cik siti =)

Mummy MM said...

Samalah kita. Agak pendiam di dunia realiti. Bukan sebab pemalu ke hapa. Tapi malas nak bercakap banyak. Sebab setiap kali saya bercakap, ada jer yang mengundang pergaduhan.. Huhu..

nini said...

aku menulis bukan kerna nama.....hehe

Ainiyunus said...

nice entry..dah letak mieya kat BFF aini

ezy.fia said...

saye suke jd blogger!!!
org yg xtau psl blog boleh duk diam2 je..
hehekk

NoEn said...

berblog memberikan kepuasan tersendiri...hehe

Unknown said...

Betul tu mieya, untuk kepuasan diri sendiri ;D hee.

Miss N™ said...

tak dinafikan...dulu mmg syok berblogging...

Tapi sejak awal tahun ni..nur bz dengan kerja...

jadi blogging skrang tak tntu masa....

mcm sekarang, nur snggup korbankan waktu tido semata2 nak blogging...

huhuhuhuh

iha said...

iha pun macam tu jugak, nawaitu asal buat blog nak kongsikan pengalaman masa kecik dulu.. nak cari ramai kawan.. yang penting kita ikhlas dan jujur dalam blogging, mesti rasa seronok :)

Unknown said...

@MD In sha allah. Itulah yang sedang Mieya lakukan sekarang nie.

Unknown said...

@Aina Areen thank you dik :)

Unknown said...

@NurulSyahira hehe.. terima kasih :)

Unknown said...

@Liyana Azhar Terima kasih sudi tag Mieya. Kejap lagi Mieya join ye :)

Unknown said...

@eimah siti Mieya tak berapa reti sangat. Maklum lah, budak baru belajar.

Unknown said...

@Isabel Diaz haha. tahu takpe.

Unknown said...

@nini hihi.. lagu Ramli Sarip tu. Papa Rock !

Unknown said...

@Aini Yunus thank you Aini.

Unknown said...

@Cik Ezy hehe.. betul tu. Duduk tepi dan tengok-tengok je.

Unknown said...

@NoEn Ya, dan juga kegembiraan yang tersendiri.

Unknown said...

@Sally Yatiey Ya. Berblog dengan macam ini lah baru menyeronokkan !

Unknown said...

@Cik Nur™ takpe lah Cik Nur. Nak buat macam mana. Kerja lagi penting kan. Blogging bila-bila masa pon boleh.

Unknown said...

@Iha Zaliza Ya. ikhlas dan jujur itulah senjata untuk berjaya :)