Pembaharuan Blog Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt :)

Kalau ada yang perasan, semalam lagi Mieya dah jalankan misi mengemaskini susunan widget di blog Mieya nie. Itupon, sikit sahaja yang berhasil. Yang lain??? Baru je siap tadi.

Memang berlambak  blog tutorial yang boleh didapati masa kini. Tapi tak kesemuanya menjadi serta menepati citarasa Mieya. Kiranya, tak berkenan di hati Mieya.

And at last, Mieya terpaksa adjust adjust sikit mana-mana kod yang patut. Try and error macam budak baru belajar nak edit blog lagaknya. hihih

Dan hasilnya...

Seperti yang korang dapat lihat, Ruangan top commentator serta bloglist tu Mieya dah gabungkan untuk menjimatkan ruang. Kalau tak, meleret je la bahagian sidebar nie sampai ke bawah entri kan? Nampak rimas pulak kan?

Bahagian Profile, Reader's Counter dan contact Me pon, Mieya dah gabungkan sekali. Bila cursor sentuh kat title, terus keluar isi maklumat.


Begitu juga dengan widget trafik daripada tempat ping entri. Hmm, okey. Untuk makluman, kod nie Mieya buat sendiri okey? Dari semalam buat tak menjadi. Tapi, alhamdulillah.. Hari ini menjadi pulak.


Kalau sebelum ini, ruangan di antara post pertama dengan post kedua, Mieya letakkan url entri pasal Nuffnang, tapi kali ini Mieya gantikan dengan widget yang mempunyai fungsi yang sama seperti Linkwithin

Rasanya, ini lagi memudahkan para pembaca untuk membaca entri-entri Mieya yang berkaitan. Selain dapat memanfaatkan entri-entri lama.

Okey. Mieya rasa setakat itu dulu pembaharuan yang Mieya berjaya buat untuk kali ini. Apa pendapat korang? 




Senyum Pagi

Assalamualaikum dan selamat pagi :)


Senyum... Senyum memang baik. Senyum menggambarkan ketenangan. Senyum menunjukkan yang si pemberi senyum baik hatinya. 

Senyum di awal pagi tentu lebih baik. Ia menceriakan suasana. Hati jadi lega. Senyum ikhlas akan membuahkan pulangan yang ikhlas. 


Senyum bukan boleh dibuat-buat. Senyum mestilah secara sepontan. Senyum juga tidak boleh dituntut. Ia mesti lahir secara sukarela. Senyum yang dituntut, dipaksa atau dibuat-buat akan tiada auranya. Ia jadi senyum pahit, senyum tawar atau senyum kambing. 

Tentu kita merasa senang melihat senyum yang manis, senyum yang menawan. Senyum tidak perlu pakai wang. Senyum tidak memerlukan kudrat yang banyak untuk melakukannya. Maka senyumlah.

Hanya dengan sekuntum senyuman bisa merubah satu dunia.. Tiada guna bermasam duka jika hati sendiri yang merana.

Senyumlah.. senyumlah dari hati... Duniamu pasti berseri..


Blog Mieya tak kemas? Betul ke?

Assalamualaikum wbt :)

Fuhhh... Macam-macam komen yang Mieya terima.. Siap ada yang terkomen sampai tiga kali pon ada. Tu pon, sempat publish separuh je. Lega sikit ! Nak balas komen kalian pon tercungap-cungap rasanya ni.

Hmmm. buka je dashboard blog tadi, tetiba je Mieya diserang dengan kejutan. Jumlah komen kembali kepada jumlah asalnya. 64 Awaiting Comments ! Wuaaa... tak aci..tak aci ! hukhuk


Terima kasih kerana sudi meluangkan masa kalian untuk membaca serta meninggalkan komen serta cadangan yang bernas di blog Mieya. (terharu sangat)


Siap ada yang tegur mengenai pengisian kandungan di blog Mieya. Nampaknya, ada jugak yang perasan, susunan widget di blog Mieya nie kurang kemas. Ya, Mieya dah lama perasan tu.

Memang dah plan hari tu, nak edit semula coding blog ni. Tapi... risau pulak, sejarah mungkin berulang..

P/S : Ada cadangan, macam mana nak kemas kan blog Mieya nie?


Komen Tak Terbalas?

Terlalu banyak sangat komen sampai nak balas pon tak boleh? Pening nak balas komen? heheh, ni Mieya sorang je rasanya.

Buka blog, ada komen baru. Buka blog je, muncul lagi komen baru. Kira untunglah ada, kalau takde? Serupa macam cakap dengan dinding.

Hai awak, awak sayang saya tak?
(diam. tiada jawapan)


Dah beberapa hari dah, Mieya dok kepam komen-komen korang semua tu. Padahal baru dua hari.. Cuma, disebabkan kehadiran entri tanpa henti bermula semalam menyebabkan ruangan awaiting comment tu penuh.

Errr.. salahkan jari-jemari yang kemain ligat menaip nie. hehehe.. Sementara idea tengah ada, lebih baik curahkan terus. Jangan tunggu bila dah ketandusan idea nanti.

Mungkin ada yang ingat.. bila jumlah pemberi komen kat blog dah banyak, Mieya pontunjuk eksyen. Konon-kononnya tak nak balas komen korang. Silap tuuuuuuuuu.... Nak balas lah nie. Tunggu tau~



Cara Nora Danish Luangkan Masa Bersama Anaknya

Assalamualaikum :)

Ekekeke.. Membebel daripada pagi tadi, tak sudah.. Lepas tu diam sekejap.. nie nak sambung balik.. Apa pula intipati cerita di entri kali ini?

Ni... Cuma nak bagitahu je..


Bila Nora Danish Ajak Anak Basuh Kereta...

Mieya tertarik dengan cara Nora Danish meluangkan masa bersama anak tercintanya. Ajak anaknya basuh kereta. Walaupun cuma aktiviti biasa, mungkin baginya, aktiviti sebegini salah satu cara untuk dia merapatkan lagi hubungan mereka anak beranak.


Masing-masing ada ‘style’ tersendiri untuk bersama insan yang tersayang... anda pula bagaimana?
nora-danish1

P/S : comel je kan?


100,000 Pageview blog Mieya..Alhamdulillah


Assalamualaikum wbt :)

Pagi ini, ada dua berita gembira yang menjadi penyeri hari Mieya. Pertama, Mieya dah pon cashout earning Nuffnang. Manakala berita yang kedua..


Pageview blog Mieya telah pon mencecah ke angka 100K pageview. Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti, melalui liku-liku kehidupan sebagai blogger. Eceh, ayat dia !


Akhirnya... tercapai juga wishlist yang Mieya telah tetapkan dalam blogging tahun ini. Thanks for all the support !

Hmm.. nie Mieya nak tanya, ada sesiapa yang menjadi pengunjung blog Mieya pada angka 99,999 atau 100,000 tak?


Masa Untuk Cashout Nuffnang !

Assalamualaikum :)

Hari ini merupakan minggu akhir dalam bulan Februari. Kurang dari 48 jam lagi, kita bakal bertemu di bulan yang baru. Masa yang sangat sesuai untuk cashout earning Nuffnang, setelah hampir beberapa bulan bertungkus-lumus menanti dengan penuh sabar.



Memandangkan Buffered Earning dari Amway Nutrilife yang berlangsung dari tahun lepas, telah pon bertukar status dan dikreditkan terus ke akaun Nuffnang Mieya. Maka, seperti yang dijanjikan.. Akhirnya Mieya cashout juga.

Jumlahnya, takde lah banyak. tapi, cukuplah kalau nak bayar duit broadband Maxis selama sebulan setengah. hikhik Alhamdulillah, bagi blog biasa macam Mieya nie, cukuplah tu.



Fuhhh. kembali kepada RM0.00 !



Sepetang Buat Kuih Goyang

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)


Hehe...saja je nak post gambar kuih goyang di petang hari nie. Baru je buat tadi bersama emak tersayang. Niat kami, nak diberikan kepada jiran yang bakal mengadakan kenduri kahwin anaknya pada minggu ini. Boleh lah dibuat makan-makan masa aktiviti "rewang" nanti.

Macam biasa, Mieya jadi pembantu sahaja, tukang agak-agak sama ada bahan adunan mencukupi atau tak. heheh

Yang lain-lain, semuanya emak yang buat. Sambil-sambil tu, Mieya ada try buat jugak. Perghh, bukannya senang. Kena cekalkan hati, nak bergoyang, dengan nak tahan bahang api lagi.

Ambik acuan kuih bunga ros and then celup kat bancuhan tepung and then masukkan ke dalam minyak yang panas di kuali. Dalam 10 saat lepas tu, goncangkan acuan tu kuat sikit. Bila dah agak kekuningan sedikit, ambik lidi, angkat dan toskan kuih goyang ke penapis. 

Maka terhasillah...


Sambil-sambil masukkan kuih goyang nie satu per satu ke dalam bekas, Mieya pon curi-curi ngap dua tiga keping. heheh good girl !


Keluarga Rapunzel, Si Rambut Panjang

Assalamualaikum wbt :)

Mula-mula, Mieya ingat nak buat entri pasal aktiviti masak-masak yang Mieya lakukan bersama emak tersayan di dapur. Tapi, Mieya batalkan niat Mieya sebentar... kerana ada sesuatu yang agak menarik untuk dikongsi bersama.

Siapa sangka Rapunzel bukan hanya wujud dalam dunia fantasi sahaja? Itulah persoalan pertama yang terpacul dari mulut Mieya sewaktu membaca artikel mengenai Keluarga Rapunzel di Chicago.

Seorang ibu bukan sahaja memiliki rambut panjang melebihi 6 kaki malah tiga anak gadisnya juga mewarisi DNA yang sama dan rambut mereka hampir mencecah lantai. 

Menurut Terelynn Russel, memiliki rambut panjang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi daripada tuan punya badan. Bukan itu sahaja, suami dan anak lelakinya juga perlu bersabar dengan keadaan tersebut.

Namun Terelynn menetapkan beberapa syarat penting kepada anak-anak perempuannya.
“Mereka mesti memastikan rambut mereka tidak luruh di kawasan dapur terutama di bahagian alat memasak,’’ katanya.
Selain itu, terdapat beberapa peraturan lain melibatkan kebersihan di rumah tersebut selain penggunaan jumlah syampu dan perapi rambut.
Ujarnya, selepas membersihkan rambutnya, dia akan membiarkan rambutnya itu kering dengan sendiri selama sejam.
Tahun lepas, Terelynn dan anak perempuannya telah menyumbangkan sebahagian daripada rambut mereka kepada organisasi Lock of Love.
Namun rambut mereka tidak pernah dipotong melebihi 20 inci.
“Kali terakhir saya berambut pendek ialah ketika berusia empat tahun dan itu pun pada paras pinggang.
“Pada saya, rambut pendek ialah bermakna berada pada paras pinggang,’’ katanya.



Busy .. takde mood nak update blog

Assalamualaikum wbt dan selamat malam.

Saat ini ... ingin rasanya Mieya.. Grrrrr

Sangat-sangat geram sebenarnya nie .. Mieya rasa macam nak je ..
  • copy paste semua artikel berita ke dalam blog Mieya nie.
  • plagiat semua entri orang lain yang dikatakan bagus
  • update blog sampai 10 entri sehari
  • hasilkan entri yang ringkas tapi padat ...

Tapiii.. lebih baik jika kita beristighfar dulu.. Kita hanya lah manusia biasa. Mana boleh disamakan dengan enjin carian google. Klik satu patah perkataan, maka akan keluar segala-galanya dihujung jari. Tidak, tidak sama sekali.. Otak kita bukannya macam tu.

Blog dan blogger.. Hmmm.. blog dah okey dah. Cuma yang gelaran blogger tu.. Sesuai ke? Dengar macam cool kan?

Ingat senang ke nak buat blog? Ya, memang senang. Cuma yang susahnya, nak cari ketepatan masa dan idea menghupdate blog.

Kadang-kadang, kita sering berkata :

"takde masa nak update blog."
"takde mood pulak nak ngadap blog hari nie."


Kira macam sama lah macam Mieya. Nak kata rugi? Memang banyak kerugiannya. Selain trafik jatuh, berkemungkinan besar juga boleh menyebabkan para pembaca lari.  Perghhh.. Rugi tu !

Masa ada je sebenarnya.. Cuma, nak bahagikan masa tu agak tidak teror lagi kan? Kalau bersembang kosong atau melepak, ada pulak masa kan? Hahaha.. kantoi pulak~



Kebaikan yang Tak Dihargai

Assalamualaikum wbt kalian. Selamat petang :)

Tadi, Mieya terperasan akan seekor kucing bewarna coklat macam teddy bear tu. Lalu-lalang depan rumah Mieya tanpa hala tuju.

Terus Mieya bertanya kepada adik Mieya, kucing siapa nie yang berbulu kembang ni? Dah lah comel lain macam, ada jugak yang kena culik kejap lagi. hahaha

"Ooo... itu kucing jiran sebelah, mungkin terlepas kot." balas adik Mieya.

Mieya perhatikan kucing tu dari jauh, macam kekok pon ada. Jalan terkengkang-kengkang macam Gangnam Style kat lopak air. Lucu pon ada melihat keletah kucing tu.

Memandangkan tuan punya kucing bekerja. So, Mieya bercadang untuk menjaganya sekejap. Ye lah, kalau hilang kang, risau menangis pulak tuan punya kucing tu. And then, Mieya perasan abang beliau ada kat rumah. Lantas, Mieya kembalikan semula kucing berkenaan. Lalu dibawa masuk terus ke dalam rumah.


Tak lama kemudian, Mieya perasan yang kucing tu berkeliaran balik kat luar rumah. Untuk makluman, kucing ini memang tak pernah keluar dari rumah sebelum ini. Biasa lah, kucing peliharaan kan. Lainlah kalau kucing terbiar.

Mieya berulang kali cuba menangkap kucing tu. Dan akhirnya berjaya jugak. Dah lah lembut semacam, payah nak tangkap tahu tak. And at last, Mieya kurung kucing tu kat dalam bakul sementara menunggu tuannya pulang.

Sekembalinya tuan punya kucing tu ke rumah, Mieya memaklumkan kepadanya yang kucing kesayangannya tu ada kat depan rumah. Tanpa menoleh, dia mengambil kucingnya lalu terus dibawa masuk. Mieya terkedu. Dah lah orang dah tolong jagakan. Boleh pulak dia bersikap macam tu je?

Ya. Memang dalam kehidupan sehari-hari, kita dituntut untuk melakukan kebaikan. Tak kira lah walau sekecil kuman mahupun sebesar gajah sekalipun. Yang penting, lakukan lah dengan penuh keikhlasan.

Sungguhpun demikian, Mieya takde lah nak mengharapkan sebarang pembalasan ke apa. But at least, ucapan terima kasih pon dah cukup memadai sebagai tanda pertolongan yang kita hulurkan itu dihargai.

Lagipun, bukannya susah sangat nak ucapkan terima kasih. Tak kena bayar pon kan? Hmmm..




Rumah Dah Siap, cuma...

Assalamualaikum wbt dan hai uolls !

Alhamdulillah, syukur. Rasanya, korang semua dah sedia maklum bahawa renovation di rumah Mieya sudah pun siap dengan sepenuhnya. Cuma...

Hmm.. ayat tergantung di awal tajuk entri tadi, menandakan masih ada beberapa proses ubahsuai yang belum siap lagi.

Rumah dah siap, cuma pagar dan juga awning rumah je yang belum siap lagi. Tak tahu lagi bila nak siap sebabnya, baru je order minggu lepas. hihi, maknanya lambat lagi letew.

Cuma, penutup longkang nie je yang sempat disiapkan. Itupon atas permintaan kami. Memandangkan risau jika ada orang yang terpelosok kakinya ke longkang. Haha Jangan dibuat main! Longkang nie boleh tahan kedalamannya.


Ohh ya, apa kata kalau kita layan dulu beberapa keping gambar yang sempat Mieya capture tadi. Maaf lah, kalau pemandangan agak 'semak' sikit dengan barang-barang. Normal lah kan, rumah baru lepas di renovate.





Taraaaa... inilah rumah Mieya sekeluarga. Haippp, ingat pesanan pihak penaja di awal entri tadi. Buat-buat tak nampak barang yang bersepah tu. Abaikan ! Fokus kepada rumah.


Lepas nie, tunggu pemasangan pagar dan awning rumah pulak. Buat sementara ini, tiap kali lepas hujan, kena lap lantai kat beranda atas tu. Nak buat macam mana kan. Sementara nak tunggu awning siap..



Amal Jariah, Amal Yang Tidak Terputus Pahalanya

Assalamualaikum wbt kepada kawan-kawan blogger yang disayangi sekalian 

Sedang Mieya berblogwalking mencari seciput idea untuk dikongsikan bersama di entri kali ini. Suddenly, I got an interesting little knowledge to share with you guys. I thought, it might be beneficial for us as muslim, right?

Mungkin ada di kalangan kalian yang pernah terbaca ataupun dah tahu pasal benda ini. Well, it doesn't matter. Kalau yang dah tahu, anggap sahaja lah ia sebagai reminder. Manakala yang tak tahu, anggaplah ia sebagai ilmu.



Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda :
''Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendo’akannya '' (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).


Contoh konkrit; sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal dunia :

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.
Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat. 

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.
Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat. 

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat. 


4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau haiwan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.
Place a water cooler in a public place.


6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.
Share constructive reading material with someone.


7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.
Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.
Share a du'a or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.
Help in educating a child.


10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment. 

Sebenarnya ada banyak lagi cara lain. This is just some part of it :) 

Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripada ilmu yang disampaikan ini. 

Special thanks and credit to :  Ibu Wafiq



Spontaneous Thursday #9



Orang yang HEBAT tidak akan melenting apabila dicaci,

ia akan terus tersenyum, bersabar dan mendoakan yang baik-baik." 

Kisah Pengorbanan Si Ibu Kucing

Assalamualaikum wbt 

Mieya harap korang tak mengalami rabun yang mencabari minat nak membaca. Sedangkan mata yang melihat lagi nak mengalirkan air mata, inikan pula hati..tak sanggup rasanya menahan rasa sayu.

Kisah si ibu kucing menyelamatkan anaknya dalam kebakaran nie, benar-benar menyentuh segenap ruang di hati Mieya walaupun mengikut sumber cerita ini dah lama berlaku.

Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Berbulu Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.

Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, 

Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.



Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri.

Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.

Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan. 


Sedangkan kucing makhluk yang tak berakal pun begitu sayang sama anak-anaknya, ini kan manusia. Seharusnya, manusia yang membuang, membunuh serta mendera anak mereka patut merasa malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. 

Nauzubillah. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.



Tidurlah Awal

Assalamualaikum wbt :)

Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :


Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai  tak mengira waktu.

Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri[jadi gila jawabnya]




Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)






Harlem Shake, Fenomena Baru Selepas Gangnam Style?

Assalamualaikum wbt :)

Selepas demam Gangnam Style, iaitu tarian kuda atau gaya kengkang yang menjadi ikutan dunia mulai reda. Kini, muncul pula tarian baru yang menjadi kegilaan dunia yang diberi nama Harlem Shake. Sebenarnya...


Apa itu Harlem Shake?



Satu persoalan yang sering membuatkan kita semua tertanya-tanya kan? 

Harlem Shake adalah sebuah tarian yang berasal dari Eskistasebuah tarian ala Habsyah yang berkembang di daerah HarlemNew York, sekitar tahun 1981Dan tahun 2001 tarian ini mula dipopularkan oleh seorang rapper bernama G Dep yang memasukkan tarian Harlem Shake di Video klipnya berjudul "Lets Get It".

Asal-usul Harlem Shake yang sebenarnya yang sebenarnya hanyalah sebuah tarian dengan menggerakkan bahu ke depan dan ke belakang. Dan mula popular selepas  salah seorang pengguna YouTube memuat naik video parodi dari tarian Harlem Shake yang asli pada awal bulan Februari 2013  yang lalu.

Harlem Shake memang agak jauh berbeza dengan Gangnam Style, di mana Harlem Shake dilakukan di dalam ruang yang sempit mahupun di tempat yang luas. 



Tarian ini nampak lebih mudah tidak seperti Gangnam Style yang sedikit rumit untuk dilakukan. Anda hanya perlu menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas untuk melakukan Harlem Shake. Ia dimulakan oleh seorang penari dan kemudian diikuti oleh penari-penari lain yang menari dengan gaya yang sama. itulah sekilas info dari "Harlem Shake".

Mieya? Sedikit pon tak tertarik dengan tarian ni haaa...walaupun dah tengok video tu. Mungkin sebab Mieya kurang berminat. hehe Pelik jugak, macam mana tarian nie boleh top?


Akhirnya, Dah Tahu Nuffnangers yang Berkunjung ke Blog

Assalamualaikum wbt :)

Tengah godek-godek akaun Nuffnang tadi, Mieya tertekan kat gambar Nuffnangers who recently viewed your blog. And then, new tab baru terbuka secara automatiknya. Lalu membawa Mieya terus ke blog si pengintai. 

Terkejut Mieya tau !  hihi tak perasan pulak, bila masa benda ini beroperasi. 



Sebelum ni Mieya main tekan-tekan, tak lut pulak. Kaku disitu. Tapi sekarang ni, dah boleh. Haih, garu kepala

Apa-apa pun, tahniah kepada pihak Nuffnang kerana mengembalikan semula aplikasi ini. Senang sikit nak terjah balik Nuffnangers yang singgah ke blog kita. Lebih-lebih lagi, mereka yang suka baca senyap-senyap tu. Suka betul jadi silent reader di blog Mieya nie.




Asal Celik Mata...blog !

Celik mata tengok blog.. Celik mata tengok blog.. Asal tengok blog je... mesti celik mata.. huhuhu

Apalah Mieya nie kan? Berblog tak kira masa.. tak reti duduk diam.. kalau pergi mana mana , duduk 'kosong', pasti akan buka smart phone.. Draft main point dulu.

Memang tak boleh biarkan masa tu berlalu begitu je.. rugi pulak rasanya.. Jadi , tak kira macam mana, selagi ada masa terluang, Mieya terus keluarkan laptop dan buat entri.. rugi rugi... Eh, terlupa pulak...

Assalamualaikum dan selamat pagi buta kalian..

Rasanya, Mieya tak pernah lagi update blog pepagi buta macam ni. Tapi takpe, cuba dulu publish satu entri and then tengok, ada apa-apa perkembangan yang lain dari kebiasaannya tak?

Okay..sambung nanti ek... 



Kerja-kerja Pengubahsuaian Ruang Tamu Selesai

Assalamualaikum korang :)

Kalau hari tu, Mieya ada cerita pasal bilik yang sudah siap sepenuhnya. Begitu juga dengan pemasangan tiles di dalam rumah. Tapi kali ini, masih lagi nak berkongsi cerita mengenai house renovation especially bahagian ruang tamu.


Keadaan ruang tamu yang sedang dicat

Alhamdulillah. kerja-kerja mengecat dinding ruang tamu sudah pon siap dengan jayanya. Sungguhpun rumah dalam keadaan tunggang-langgang sikit. Agak berselerak dengan barang-barang di sana sini.

Ruang tamu yang sudah bercat dan... masih lagi berselerak

And then, Mieya dan adik sependapat bahawa masih ada sesuatu yang tak kena dengan warna cat dinding nie. Terasa macam tak berseri. Nampak biasa. Kosong. Entah lah.

Keesokannya, terus kami berdua suarakan pendapat kami kepada kontraktor. Lalu, terhasillah...




Haaa.. baru nampak okey sikit. Jiran sebelah cakap, warna dinding rumah feeling girl2 gitu. Biru lembut dengan pink. hihi Awesome !

Pintu idaman emak Mieya

Pintu rumah pon dah ditukar. Ada cermin di tengah-tengah pintu. Senang, boleh intai intai orang yang berada di luar sana. heheh. Tapi sayangnya, kunci "lock" rumah mengalami sedikit kerosakan. So thats mean, nak buka pintu dari luar tak boleh. Kena ada orang dari dalam rumah yang buka kan pintu.

K, takpe. Masalah kecil je tu. Dalam dua tiga hari nanti, masalah tersebut akan diselesaikan oleh kontraktor rumah. Just wait and see.

tiles di luar rumah

Now, kerja-kerja pengubahsuaian yang tinggal hanyalah di kawasan luar rumah. Masih lagi belum siap. Mana nak pasang lantainya. Mana nak siapkan tembok rumah. Mana nak cat dinding rumah. Tengok, pagar pon takde lagi. Masih lagi dalam pemprosesan kesemuanya.

Kalau dah siap nanti, Mieya update lagi okey? (bajet macam ada orang kesah pulak kan?) :)



CPUV Kedua dari Nuffnang bagi Tahun 2013

Assalamualaikum wbt kepada pembaca semua :)

Jika sebelum ini dapat CPUV Nuffnang dari Suara13.com; alhamdulillah. Sekali lagi blog Mieya diberi peluang dan kepercayaan oleh pihak Nuffnang dan advertiser untuk memaparkan iklan produk mereka. Terima kasih Nuffnang !

Kali ini, dapat CPUV campaign dari Popular Feb 2013. Di mana, kedai buku Popular sedang mengadakan peraduan terutamanya khas kepada semua pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! 



Apa yang perlu anda lakukan ialah... 


Gambar: Here are some exciting news for holders of Baucar Buku 1 Malaysia (1 Malaysia Book Voucher)! Spend RM250 worth of BB1M in any POPULAR outlets and get RM50 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card for FREE* while those who spend RM150 worth of BB1M will get RM10 Gift Voucher + 1 year POPULAR Card FREE*!

That's not all! You can even win a chunk of RM 60,000 worth of Monthly & Grand Prizes with your BB1M! Just click on this link http://bit.ly/BB1MContest  to find out how! Share this contest to your friends & stand a chance to win additional POPULAR Gift Vouchers worth RM25!

***

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi Hadiah-Hadiah Bulanan serta Hadiah-Hadiah Utama berjumlah sebanyak RM 60,000 dengan BB1M anda! Klik pada http://bit.ly/BB1MContest untuk menyertai sekarang! 'Share'kan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan berpeluang untuk memenangi ekstra baucar hadiah POPULAR bernilai RM25!

Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan dapatkan baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan dapatkan baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*


P/S : Sayang Nuffnang ketat-ketat....dengan harapan, bagi CPUV lagi !





Lagu Terbaru Shila Amzah - Masih Aku Cinta

Assalamualaikum wbt :)


Kalau diikuti kisah percintaan mereka dari awal perhubungan, memang dah macam tengok drama. Media massa menjadi penerbit dramanya.

Kalau nak ulas lebih-lebih, sampai berepisod pulak jadinya entri di blog ini jadinya. Kiranya macam drama berantai pulak. Kan?



Lirik Masih Aku Cinta (Shila Amzah)

Biarpun kau tak lagi ada dengan ku
Takkan ku bisa melupakan mu
Cara mu,memanggil nama ku
Terasa seolah kau masih ada


Jauh di dalam sanubari ku
Tak ku relakan pemergianmu
Namun ku,'kan selalu doakan mu
Agar kau takkan terus terluka
Kau kan temui bahagia
Walaupun aku tidak bersama

Jangan kau gusar
Aku akan selalu ada
Dari jauh engkau masih ku cinta
Dari jauh aku masih mencinta

Takkan pernah ada penggantimu
Yang mem pertahankan ku sepertimu
Satu dunia,menentang cinta kita
Akhirnya kita terpisah jua

Yang mengenal mu cuma aku
Tidak ku menyesal mencintaimu
Yang ku harapkan
Kau juga mendoakan ku


Buat Blog boleh dapat duit? Jadi kaya???

Assalamualaikum wbt.

Umumnya, ramai yang buat blog mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Paling biasa yang Mieya selalu nampak dan baca adalah buat blog sebab dapat duit. Hal ini mungkin disebabkan keterujaan melihat ramai blogger yang berjaya serta meraih pendapatan yang cukup lumayan sama ada di tv, surat khabar, majalah dan juga blog.

Ada yang banyak sampai ribu-ribu, ada yang cukup ratus-ratus. Malah ramai yang dah dapat puluh-puluh ringgit hasil berblog. Tak kira lah sama ada yang 'bekerja' di bawah sesebuah syarikat pengiklanan mahupun kedai-kedai dan butik-butik.



Ada blogger yang buat blog kerana percaya bahawa buat duit dengan blog adalah mudah. Padahal ada blog yang dah berkurun lamanya berada di dalam alam maya ini, tetapi pemilik blog tu tak jugak jadi kaya raya. Bukan sedikit tapi ramai.

Pada pandangan Mieya, majoriti masyarakat di luar sana masih lagi tidak memahami konsep blog yang sebetulnya. Fikir mereka, bila dengar sahaja seseorang itu mempunyai blog. Dapat duit.

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang takde blog, tak semua blogger buat blog untuk duit dan dapat duit.   Kalau dapat pon, itu semua nasib atau secara kebetulan sahaja. Terutamanya blogger personal macam Mieya nie haa..

Blogger personal yang dapat income banyak dari blog tak ramai. Sangat-sangat tak ramai.  So, janganlah ingat blogger personal ni tulis entri-entri panas semata-mata kerana income. Okey? 

Bak kaya Ben Ashaari,

"Nak $$$, pergi kerja. Jadi jurutera ke.. penjaga gol ke.. pengurus pasukan ke.. atau apa apa je la.. Janji bukan buat blog.. Tak kaya.."



Bayi Didera Pembantu Rumah di Kuantan

Assalamualaikum wbt.

Ada yang tengok Buletin Utama di TV3 malam semalam tak? Berita di mana bayi berusia 4 bulan didera oleh pembantu rumahnya. Astaghfirullahalazim.



Tertanya-tanya jugak Mieya apa yang menyebabkan mereka sanggup berbuat begitu pada budak budak kecik yang tak tau apa apa ni ?



Kalau tension pon, tak payah lah sampai nak dera budak yang tidak berdosa ini. huhu kesiannya.


Update Terkini !!!

Akhirnya Pembantu Rumah Yang Mendera Bayi Berusia 4 Bulan Di Penjara 20 tahun !