Segmen : Pencarian Bloglist Mieya Atiera

Assalamualaikum wbt :)

Memandangkan bloglist yang lama sudah luput tamat tempohnya, iaitu pada bulan Jun lepas. Progress yang amat slow, malah ada di antaranya yang sudah buat-buat lupa nak update blog. Maka, kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik button Click to play untuk menonton video yang Mieya hasilkan untuk U-Mobile.. (tonton berulang kali pon tiada masalah)

NOTED : Iklan boleh didapati di atas header
Ikut step seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas.
Jangan lupa tonton sampai habis loading tau, 15 saat je.
So, tak ada lah merugikan kuota limit line internet korang.

5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)


Copy coding ini :


Senarai peserta Segmen Pencarian Bloglist :

  1. http://shalmilanadya.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  2. http://misshunymadu.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  3. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  4. http://asmarpunyablog.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  5. http://iqwa-niera.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  6. http://farispunyabelog.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  7. http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  8. http://jiesusanos.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  9. http://setiasmile.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  10. http://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2013/07/segment-pencarian-bloglist-miera-atiera.html
  11. http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  12. http://resipidarihati.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  13. http://myzatuliqma.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  14. http://mysterius-putera.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  15. http://iqmareffendy99.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  16. http://amiraarbain.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  17. http://www.mhakimfaiz.my/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  18. http://sweetmissfifi.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  19. http://zmanja-sweetsmiles.blogspot.com/2013/07/segmenpencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  20. http://mylife-leogurl94.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  21. http://summerkisseswinterrain.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  22. http://csmaryam.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  23. http://solehahkahaku.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  24. http://lienliedot.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  25. http://ikalib.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  26. http://arnilala.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  27. http://alifasyrafzulkifli.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  28. http://ctalfakhishah.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera_10.html
  29. http://hidayahlatif.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  30. http://secretofshaila.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  31. http://eymasushoppe.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-miera-atiera.html
  32. http://www.jueazrin.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  33. http://akuayut.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  34. http://sweetsour93.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  35. http://kisahsidairy.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera_24.html
  36. http://storystorynadya.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  37. http://norumara.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera_26.html
  38. http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/07/segmen-mencari-bloglist-mieya-atiera.html
  39. http://itsmetira.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  40. http://nurinafarhana.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  41. http://azizmas.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  42. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  43. http://superpilotwoman-atiqah.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  44. http://fiqansz.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  45. http://chocollyheart.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  46. http://twinkleeestar.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  47. http://www.syuhadasalleh.my/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  48. http://effendi88mear.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  49. http://gurlgemini.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieyra-atiera.html
  50. http://umikasum.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  51. http://jmbelog.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  52. http://mazatulazura.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html
  53. http://blogcontestgiveaway.blogspot.com/2013/07/segmen-pencarian-bloglist-mieya-atiera.html

- TAMAT -





Cash Out Nuffnang Kali Ke 5

Assalamualaikum wbt dan salam Ramadhan yang ke 22 semua :)

Alhamdulillah.. Segala pujian bagi Allah SWT kerana limpah dan kurnianya dalam memberikan rezeki kepada Mieya. Syukur.

Setelah hampir dua tahun setengah bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang, iaitu sejak 26 Februari 2011. Akhirnya kini, income cash out dari Nuffnang sudah pon mencecah empat angka. Alhamdulillah, ini lah total income Mieya sepanjang tiga tahun berblog..


Sememangnya bukan mudah nak capai angka tersebut, semuanya memakan masa yang agak lama. Kena sentiasa berfikiran positif, rajin mengemaskini blog, dan berusaha meningkatkan prestasi blog setiap hari. Dengan begitu, tak mustahil korang juga boleh mendapat income beribu-ribu.

Walaupun tak pernah lagi dapat jemputan event atau proposed for sponsored post daripada Nuffnang setakat ini. Mungkin belum tiba lagi rezeki Mieya kot. Tapi setakat ini, rezeki dari CPUV Campaign sentiasa ada walau cuma sedikit. Bersyukur seadanya !

Untung-untung, bila dapat Blogbuster Campaign. Cuma perlu buat satu atau lebih video pendek dalam tempoh 15 saat, submit penyertaan. Dan jika diterima, earning yang masuk pon mampu membuatkan diri sendiri terkesima. Kalau tak percaya, boleh tengok hasil pendapatan Mieya melalui Nuffnang Blogbuster.


And minggu lepas, ada orang tanya Mieya mengenai tips nak dapat BE. Mungkin ada yang terlepas pandang kot dengan entri Mieya yang lepas. Tapi takpe, korang boleh klik sini untuk mengetahui tips-tips yang Mieya praktikkan selama ini. Rasanya lebih kurang sama sahaja dengan apa yang dikongsikan oleh para blogger yang lain.

p/s : Actually, Mieya teringin nak buat GA yang menawarkan hadiah berupa barangan pos. Tapi, malangnya Mieya tak reti guna pos. Korang yang pro boleh tolong ajarkan Mieya tak?


Hari Minggu, Hari Untuk Kuih Goyang

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua :)

hehehe.. Cuba baca balik title post entri kali ini. Cilok ayat Sis NuYui kejap. Sesuka hati Mieya je kan nak cilok ayat orang lain. muehehe

Sekali-sekala, dua kali tiga empat kala lah Mieya buat. lalalalala~

Hari Sabtu, masa bekerja cuma half day. So, boleh dimanfaatkan untuk membuat biskut raya especially cornflakes madu yang sentiasa habis tiap kali hari Raya. Tiga tahun berturut-turut buat, mesti menggunakan dua kotak Cornflakes Kellogg's. Dan semestinya akan habis.

Ala... resepi kacang je tu. Bahan-bahan yang diperlukan pon senang, semudah ABC je kan. So, semua orang boleh buat dan mencubanya sendiri.

Manakala Hari Ahad pula masanya nak tolong emak menyiapkan tempahan kuih goyang. Alhamdulillah, rezeki emak. Mieya cuma kawal api and bungkus kuih goyang sahaja. Nak bergoyang sama kuih goyang tu memang tak lah, asyik melekat je jadinya. Kang tak pasal-pasal membazir.

Korang pulak? Dah mula ke buat kuih untuk hidangan Hari Raya nanti. Ke main pakai tunjuk je? hahaha

CPUV Ke 19 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Alhamdulillah. Rezeki di bulan Ramadhan. Walaupun, semakin jarang dapat meluangkan masa untuk mengemaskini blog. Namun begitu, Mieya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki. Makanya, lepas nie Mieya kena rajin-rajin blogwalking ke blog kawan-kawan semua.

Memang diakui, kebelakangan ini Mieya sekarang kurang aktif berblogwalking. Bukannya apa, kerja-kerja di ofis banyak yang tertangguh dek kerana kekurangan masa.

Nak online blog sekejap pon, kekadang tak sempat. Siang pergi kerja, malam buat biskut raya. Selalunya kalau ada masa pon, ketika masa untuk tidur. Memang taklah nak mengadap blog semasa mata minta didodoikan.


BTW, Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang dan advertiser kerana terus memberikan kepercayaan kepada Mieya Atiera. Walaupun tak banyak masyuk tapi bersyukur lah daripada tak ada langsung. Kan?

P/S : Segmen bloglist Mieya tu lagi 3-4 hari dah nak dekat tamat. Jomlah pakat ajak kawan-kawan yang lain join. Mana tahu kalau-kalau rezeki korang. (Cadang nak anjurkan giveaway, tapi masih belum berkesempatan untuk memikirkan hadiah yang bakal diberi nanti)


Persiapan Raya, Dah Siap Ke?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Dah beberapa hari Mieya meninggalkan ruang penulisan maya ni. Bukannya berniat nak memencilkan diri, tapi kesibukan yang melanda menjelang tibanya hari raya.

Malam semalam, Mieya bersama emak dan adik telah bergerak ke kampung dengan along Mieya untuk menjenguk nenek Mieya yang kurang sihat.

Dengar cerita, nenek terjatuh semasa mengemas kawasan luar rumah. Selepas mendapatkan rawatan di klinik berdekatan serta diberikan suntikan, nenek langsung tak boleh bangun. Otot-otot kaki yang semakin kurang kuat sejajar dengan perubahan usia yang kian meningkat tua.

Pulang ke kampung satu malam sambil ditemani dengan alunan lagu-lagu raya yang sungguh syahdu. Tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan bercampur-baurnya. setengah mati merindu, risau, teruja serta bermacam lagi mainan perasaan.

Ini pun.. alhamdulillah. Untung-untunglah dapat cuti sehari bersempena dengan Hari Nuzul Al-Quran, sekurang-kurangnya dapatlah merehatkan diri sebentar. Sebelum bekerja kembali esok. huhuhu


Menjelang lagi seminggu lebih nak raya nie, kerja macam biasa lah.. Lebih banyak daripada biasa. Nak buat kuih pula, ada yang sempat dibuat, Mieya buat. Manakala kalau tak sempat, kita main tunjuk-tunjuk lah di malam raya nanti jawabnya ya.. harharhar

P/S : Bagaimana pula dengan preparation Raya korang tahun nie?


Resepi Biskut Maizena

Assalamualaikum wbt :)

Kurang dari 14 hari lagi kita semua bakal bertemu dengan Hari Raya Aidilfitri. Sudah semestinya
mood hari raya kian terasa dengan alunan bermacam-macam lagu-lagu raya yang giat dimainkan di corong radio. Bagaimana pula dengan Mieya?

Alhamdulillah, tiap-tiap malam dah mula start buat kuih raya. Setakat ini, baru sempat siapkan dua jenis kuih sahaja. Maklum lah, ruang masa yang terhad di rumah. Kebanyakan masa, banyak dihabiskan di ofis.

Jadi, bagi menambahkan perisa (mood) menjelang hari raya yang bakal tiba tak lama lagi...
Kami semua telah mula berpesta dengan lagu raya di ofis (itupun time advisor dengan bos dah balik). kehkeh dasar pekerja bertuah :D (Dengan cara ini, tak ada la rasa lemau semasa menyiapkan kerja yang menimbun)

So tadi, Mieya saja-saja godek-godek keywords di Nuffnang. And then, ternampak ramai jugaklah
yang mencari keyword ni :

Now, Mieya nak share resepi biskut Maizena :

Bahan-bahan yang diperlukan :
3 Cawan tepung gandum
3 Cawan tepung maizena
1 Cawan gula halus
1 Cawan margerin
1 biji telur ayam
2 sudu teh esen vanilla
sedikit baking powder

sebahagian daripada bahan yang diperlukan


Cara membuatnya :
1. Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
2. Dalam satu mangkuk yang lain, pukul telur sampai putih.
3. Kemudian, campurkan telur yang telah dipukul tadi ke dalam adunan gula halus dan mentega.
4. Masukkan tepung, esen vanilla dan sedikit baking powder. Uli sehingga menjadi doh.
5. Canai dan terap dengan acuan.
6. Boleh bubuh ceri, chocolate rice atau manik sebagai hiasan dan bakar.


Taraaaa...inilah hasilnya...!


Selamat mencuba dan semoga berjaya :)


Cuti Raya

Assalamualaikum wbt :)

Menjelang 2 minggu lebih tibanya hari Raya Aidilfitri.. Semua dah berpakat siap-siap nak apply cuti, semestinya bertujuan untuk meraikan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam bersama keluarga yang tersayang. Begitu juga dengan Mieya disini.

Tahun ini, 2013 merupakan tahun pertama Mieya berpuasa dan tak lama lagi.. Insyaallah, beraya jugak sebagai pekerja. Semestinya feeling nak cuti awal itu ada lah kan.

Tapi apakan daya.. Bila dikhabarkan yang beberapa hari daripada permohonan cuti Mieya telah ditolak. Sedih gila bhai! Sampai tak boleh digambarkan dengan kata-kata. Even time nak bercakap dengan advisor pon, still control rasa sedih di hati.

Tapi bila dah berlama-lama di bilik advisor ni.. Mula lah hati tak tenang, jiwa tak tenteram, minda dah sibuk memikirkan aktiviti yang telah direncanakan bersama emak tersayang sebelum ni. Apply cuti for Raya preparation. Konon-kononnya, nak buat biskut raya, kuih tempahan orang lagi, hias rumah. Tapi sayangnya cuti awal, tak lulus.

Cerita punya cerita.. At last, setitik.. dua titik air mata mengalir dari kelopak mata Mieya sebab rasa sedih sangat-sangat. Sayu je hati bila terpaksa batalkan perancangan awal bersama emak.

Mieya try berkrompomi dengan advisor, agar diluluskan cuti awal walau cuma half day sahaja pada 3 Ogos 2013 sebabnya hari lain, tak dapat. And alhamdulillah, dapat jugak cuti. And the rest, cuti bermula dari 7 hingga 12 Ogos 2013.

Jadilah, buat lepas kempunan nak pulang beraya di kampung bersama keluarga dan sanak saudara tercinta. Dah lah dua tahun berturut-turut, langsung tak balik beraya di kampung. huhuhu


Hadiah Dari Acik Ieymah

Assalamualaikum wbt :)

Actually, dari bulan Jun yang lepas lagi senarai pemenang telah diumumkan. Dan alhamdulillah, blog Mieya sekali lagi tersenarai. So, Mieya pon cepat-cepat pergi hantar details kepada sponsor. (Risau lambat kang, hadiah orang lain pulak kebas. muehehe)

And then, Mieya dapat feedback yang hadiah yang Mieya menangi berkemungkinan akan sampai lewat sedikit di tangan memandangkan Cik Sponsor berada di luar kawasan.

Okey, Mieya redha. Kalau ada rezeki Mieya, dapat juga lah nanti. Kalau takde pon kena redha jugak.

But alhamdulillah, beberapa hari yang lepas. Sekembalinya Mieya pulang ke rumah dari tempat kerja, Mieya dimaklumkan oleh emak mengenai bungkusan dari Pos Laju. Actually, Mieya pon dah ingat-ingat lupa mengenai giveaway yang Mieya pernah menang dulu.



Bila tengok pada borang kiriman tu, Mieya terperasan akan nama pengirim yang sangat familiar, iaitu Acik Ieymah. Thank you atas pemberian tudung bawal nie. Secocok pula tu dengan warna kain pasang yang Mieya menangi dulu. Macam tau-tau je kan^^ hehe


Shopping Bahan-bahan Nak Buat Biskut Raya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua.

Hari ini hari Ahad, hari cuti yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh para pekerja seperti Mieya untuk berehat sepuas-puasnya. Tapi bila mengenangkan esok ialah hari Isnin. Waaa... Penatnya! Tak puas lagi nak rileks-rileks sambil bergoyang kaki ke kiri dan ke kanan. Gaya like a boss!

Oleh sebab hari ini merupakan hari ke-12 kita semua menjalani ibadah puasa. So, sudah semestinya mind set kita-kita semua nie dah terfikir nak buat biskut raya yang beraneka jenis kan? Begitu juga lah dengan Mieya serta emak tersayang disini.

Tambah-tambah lagi, hari ini hari minggu.. terus sahaja Mieya dan emak mengajak abah untuk shopping barang-barang dapur seperti tepung, gula aising, baking powder, madu, cornflakes, chocolate rice, papercup. Pokoknya, segala macam bahan yang diperlukan bagi membuat kuih raya, kami borong sakan.

Senang. Nanti tak perlu lah nak susah-payah berulang-alik dari rumah ke kedai semata-mata nak beli sesuatu bahan. Bila nak start buat kuih je, bahan dah tersedia di depan mata.

Di samping itu, boleh jugak mengelakkan sikap suka bertangguh. Ya lah, bahan-bahan dah siap beli. Takkan nak biarkan begitu saja kan? So, manfaatkanlah apa yang ada dengan sebaiknya.

P/S : Agak-agak, bila lah boleh start buat erk? Dah lah sibuk je memanjang. Haish -.-"


Cuci Mata

Assalamualaikum wbt  :)

Seriously, mata memang mengantuk, badan memang letih setelah seharian bekerja. Tapi, apabila permintaan adik Mieya untuk window-walking around Kuala Lumpur (jalan-jalan tanpa turun dari kereta, tapi mata memerhati sana sini melalui cermin kereta) dipenuhi oleh abang Long Mieya.

Rasa seronoknya, memang tak terkata lah. Akhirnya, ada peluang untuk melepaskan lelah dan tension yang menggunung terhadap kerja di ofis. Hahaha...

Okey2. ini cerita Mieya dengan adik yang baru 2-3 kali merasa berjalan di sekitar ibu kota, Kuala Lumpur. Dan malam tadi, kami sempat pusing pusing di Kuala Lumpur melihat nightlife ini KL, terutamanya di bulan Ramadhan.


At first, adik Mieya meluahkan rasa untuk melihat bangunan pencakar langit di Malaysia, iaitu Menara Berkembar KLCC dari jarak dekat. Maka, kami berhenti seketika di bahu jalan. Dari seberang jalan, kelihatan ramai pelancong luar negara yang turut tak melepaskan peluang mengambil gambar mercu tanda Malaysia ni.

And then after that, kami dibawa mencuci mata around Pavilion. Dapatlah gambarkan bagaimana 'port' budak-budak facebook dan twitter yang mengejar dunia glemer melepak, ambil gambar betul-betul depan pintu masuk, dekat air pancut and then, upload di laman sosial. Ecehhh, podahhh!

Dari satu jalan ke satu jalan, kami susuri sampai ke Jalan Bukit Bintang. Dari sisi kiri, akhirnya berpeluang jugak nak tengok Gold Man dengan empat mata sendiri (with spectacles). Dikelilingnya kelihatan berduyun-duyun orang ramai yang tidak ingin melepaskan peluang bergambar.


Konon-kononnya, nak singgah lah sebentar di Bazaar yang terletak di Jalan TAR. Tapi apabila melihatkan lambakan manusia yang memenuhi kawasan bazaar tersebut, terpaksa cancel terus. Tak sanggup rasanya nak meredah jalan yang sesak dengan badan yang letih ni.

Sesekali, turunkan cermin tingkap sedikit untuk merasai dengan lebih dekat suasana malam yang sibuk di ibu kota. Jalan jammed woah. Untunglah, kalau bawa kereta kecil. Bolehlah sana-sini menyelit hehehe

Okey lah.. Malas nak cerita banyak-banyak, nanti tak pasal-pasal ada yang complain pulak taip panjang-panjang. Padahal sekadar jalan-jalan sambil pandu lalu je.


Benda Dah Lepas, Jadikanlah Pengajaran..

Assalamualaikum wbt semua.

Pagi tadi, Mieya telah dipanggil ke bilik Incik Advisor bagi membincangkan hal-hal kerja. Beliau menyatakan rasa sakit hati kerana telah diserang dengan kata-kata kasar, gara-gara pihak kami tersalah send tayar by Year kepada dealer.

Jiwa orang tua, lainlah sikit rasanya bila diserang sedemikian rupa. Rasa sentap memang tak terkata. Mieya boleh baca daripada riak wajah beliau.

Mieya sama sekali tidak dipersalahkan memandangkan kami budak baru belajar. Baru nak belajar jenis-jenis tayar, saiz, fungsi dan terkini, belajar mengenal tahun tayar dihasilkan pula. Itupun gigih belajar atas inisiatif sendiri. Nobody teach us, okey?

Sebelum ni tak pernah ditekankan pon hal sebegini, sebabnya pihak pengurusan (i mean orang atasan) di sini pon endah tak endah je dengan kerja-kerja staff semua. Buat hal masing-masing lah kata orang.

Bila dah timbul isu tersilap hantar sebegini, barulah tindakan sewajarnya di ambil. Semua benda perlu diambil perhatian, kami (Mieya dan store boy) dikerah untuk check dengan lebih teliti. Siap kena belek-belek setiap tayar yang ingin dihantar kepada customer. Bila tayar yang dikehendaki kehabisan stok, kena maklumkan segera kepada staff di Penang dan juga customer.

Padahal, yang bekerja turun-naik pejabat-stor  cuma 1 orang sahaja. Mieya lah orangnya. Manakala kerani lagi seorang menguruskan hal-hal kewangan dan juga print order list. Kerani yang lain mana? hahaha Mereka sudah berhenti dan diberhentikan! So kini, tinggal 2 orang kerani sahaja.


Pihak atasan mengarahkan kami semua supaya mempraktikkan slogan Steve Jobs, Think Different atau dalam erti kata lain, Berfikiran lain dan lebih jauh.

Tapi kalau dah bilangan staff di bahagian pejabat pon sudah tak mencukupi, ditambah pula dengan corak kerja yang tak menentu. Macam mana kita orang semua boleh ada masa nak berfikir..???

P/S : Lu pikir la sendiri...!


CPUV Ke 18 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah.. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk menjalankan CPUV Campaign di blog Mieya ni.


CPUV kali ini datangnya dari Coke Ramadhan 2013 (Value...) sekaligus menjadikan 3 CPUV yang masih "On Going" di blog Mieya ni. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan kata orang.

Diharapkan rakan-rakan blogger yang lain janganlah merasa jemu atau terpinggir jikalau Mieya jarang berblogwalking ke blog kalian. Bila dah bekerjaya tetap ni, lagi-lagi di bulan Ramadhan. Cabarannya lebih hebat daripada biasa.

Insyaallah.. Kalau ada masa lebih, Mieya akan cepat-cepat drop komen secara pukal di blog korang semua. Sekarang nie pon baru je lepas 'boom' di 5 buah entri di dua-tiga blog.


Resepi Kuih Cara

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Dah lama rasanya Mieya tidak mencoretkan entri-entri berkaitan dengan makanan dan resepi. Maklum sahaja lah, hari-hari bizi mengalahkan menteri. kehkeh :D (padahal hari-hari berperang dengan jalan jammed, lalu menyebabkan Mieya lambat pulang ke rumah)

Okey, tanpa membuang masa, kali ini Mieya nak share cara-cara membuat kuih tradisional, yakni kuih cara. Cara pembuatannya yang ringkas, bahan-bahan yang diperlukan pon simple sahaja.. memudahkan lagi urusan Mieya.

Untuk makluman, Mieya telah mengecilkan sukatan bahan bagi mengelakkan pembaziran di bulan Ramadhan ini. Buat banyak-banyak pun bukannya boleh habis. Dan kesudahannya, akan ke tong sampah. So, bila buat dalam sukatan kecil nie, takde lah berlakunya pembaziran.



BAHAN-BAHANNYA :-
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
1 biji telur
2 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Letakkan sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kuih menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. 

Dah siap? Boleh lah dihidangkan semasa berbuka puasa nanti. Selamat mencuba..

Dah Dapat Confirmation Letter

Assalamualaikum dan selamat bekerja u'olls !

Alhamdulillah. Segala jerih-perih, penat lelah bertungkus lumus selama bekerja ini... Akhirnya telah membuahkan hasil.

Siapa sangka? Dalam masa sesingkat sebulan setengah bekerja, Mieya telah berjaya menerima surat confirmation. Walhal para kerani yang lain yang telah berkhidmat lebih daripada 3 bulan, masih lagi belum mendapat sebarang confirmation letter.


Sungguh tidak disangka-sangka, dalam masa sesingkat gini Mieya sudah diterima masuk sebagai pekerja tetap di company ini. Soal gaji bukanlah menjadi keutamaan Mieya di saat ini. tetapi soal menimba pengalaman. Sebab itu dalam banyak-banyak pekerja, gaji Mieya antara yang tercorot sekali angkanya. Saja je nak usaha lebih sikit dalam mendapatkan sesuatu yang diingini.

Antara petua yang Mieya amalkan ialah :

  • Niat - niatkan dalam hati sebab mengapa kita perlu bekerja. Set-kan dalam minda, apa yang ingin dicapai. 
  • Good attendant - So far, Mieya tak pernah lagi apply cuti / MC. Tak perlu lagi rasanya, kecuali time nak dekat raya nanti. Sibuk nak berkemas serta membuat biskut. eceh.
  • Datang awal @ sharp on time - Macam Mieya, kalau awal awallah sangat. Tapi kalau lambat, paling-paling pon 5-10 minit je. Maklumlah, jarak perjalanan yang jauh dari PJ ke Shah Alam kan?
  • Komited dengan tugas - Walau sesukar mana sekalipun tugas yang Mieya perlu kendalikan, Mieya cuba jugak. Misalnya, bila transport tak datang collect barang, barang yang dihantar hilang, dealer terima barang kurang. Mieya terpaksa berdepan dengan bos and then, menjawab panggilan dan ym bertubi-tubi dari staff di company induk.
  • Kurangkan merungut.
  • Elakkan dari suka bertangguh - Selagi jarum jam belum menunjuk ke arah masa untuk balik, selagi itu Mieya cuba siapkan jugak kerja yang ada. Kekadang kalau tak siap, Mieya tinggalkan sahaja di atas meja. Tapi, hari berikutnya, mesti kena siap!
  • Kemas ruang kerja anda - Selalunya, sebelum balik, Mieya akan pastikan kerusi dan meja Mieya berada dalam keadaan teratur.Walaupun, meja kerja Mieya dipenuhi dengan order list, price list, cop, serta fail-fail. Mieya susun jugak biar nampak kemas. 
  • Sikap bantu-membantu - hmm.. bila mana Mieya nampak rakan-rakan sekerja Mieya kelihatan blurrr atau tak tahu nak buat apa, Mieya tawarkan diri untuk membantu mereka. Walaupun di kala itu Mieya sibuk dengan tugas Mieya. Contohnya, bila mesin pencetak tak berfungsi, kerani yang lain tak cekap mengendalikan microsoft excel.
  • Sikap ingin belajar sesuatu yang baru - Ini antara perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua orang. Tahu tak, dalam banyak-banyak hal, semangat ingin mempelajari sesuatu yang baru lah yang paling diambil kira oleh pihak atasan. Persoalannya terletak pada diri kita sama ada nak atau tak nak..

Okey.. So far, itu je kot antara petua yang Mieya amalkan selama hampir sebulan setengah bekerja nie. Segala rasa amarah, tak puas hati atau sakit hati, Mieya simpan jauh-jauh di celah lubuk hati. Hal remeh-temah je tu, biasa lah kan? Tak payah ambil serius sangat lah kalau boleh..

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang paling penting, bila bekerja ni.. Kena kebalkan telinga, tak payah ambil hati dengan kata-kata kesat, makian atau apa-apa yang seangkatan dengannya. Buat sahaja kerja yang diamanahkan, dan sentiasa mendengar arahan daripada bos. Kalau advisor, boleh bantah-membantah lagi. kehkehkeh :D


CPUV Ke 16 & 17 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt :)

Pertama sekali.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya membuka peluang dan rezeki kepada Mieya. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada pihak advertiser dan Nuffnang kerana masih memberi peluang kepada blog Mieya untuk menjalankan kempen blogbuster.

Dan terkini, Mieya turut menerima dua CPUV daripada Nuffnang. Salah satu daripadanya sudah pon dikreditkan ke dalam akaun Nuffnang, iaitu Xaxis May - Women Channel.



Manakala, lagi satu CPUV daripada Mitsubishi Mirage (June). Walaupun agak sedikit lambat iklan CPUV ini memunculkan diri di blog Mieya, tapi alhamdulillah.. Bersyukur seadanya.

BTW, hari tu.. ada blogger yang bertanyakan tips macam mana nak dapatkan CPUV campaign dari Nuffnang. Mieya ada buat entri mengenainya disini (klik untuk membaca).

Sekian, bertemu lagi dan salam ramadan buat semua umat Islam :)


Cara Naikkan Earning Nuffnang Blogbuster

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera :)

Honestly, Mieya bukanlah seorang yang pakar sangat dalam bab-bab Nuffnang ni. Tapi, kalau setakat nak ajak Mieya berkongsi sedikit dua tiga ilmu mengenai Nuffnang. Insyaallah, apa yang Mieya tahu, Mieya akan cuba kongsikan dengan kalian.

Melalui entri sebelum ini, Mieya ada menerima pertanyaan daripada blogger Yumida. Kalau korang nak baca, sila right click pada gambar di bawah ini ye :)

Firstly, tahniah kerana terpilih untuk menjalankan kempen blogbuster Nuffnang. Alhamdulillah, Mieya juga turut terpilih. Syukur Ya Allah! So, Mieya prefer untuk menjawab beberapa pertanyaan yang dikemukakan dalam bentuk point okey?


1. Macam mana nak share iklan Nuffnang Blogbuster? Ke iklan tersebut keluar di blog?
Actually, iklan blogbuster nie akan dipaparkan dalam tempoh tertentu di blog mereka yang terpilih sahaja. Di mana pihak advertiser akan membayar iklan tersebut sebanyak 50 sen bagi setiap satu tontonan penuh (especially, Gliteratti members). Kalau tengok sekerat jalan takkan dikira sama sekali.

2. Macam mana nak tarik orang supaya klik video tersebut?
Senang je. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Ikut pada tahap kerajinan seseorang lah. Kalau korang rajin promote di facebook, group, forum, blog dll. Insyaallah, ramailah yang akan klik untuk menontonnya nanti. Kalau malas, hasilnya pon malas jugak lah.

Yang penting, ajaklah seramai mana pon orang untuk menonton video tersebut walau berkali-kali sekalipun. Sebab earning akan dikira berdasarkan jumlah tontonan. Misalnya, kalau 1000 kali video ditonton, secara tak langsung korang akan menerima pendapatan sebanyak RM500.

3. Boleh ke kalau video diupload di youtube?
Boleh je. Tak salah pon. Tapi harus diingatkan, earning hanya akan dikira berdasarkan setiap complete play pada iklan kempen yang berjalan di blog korang. Selain daripada itu, takkan dikira. So, better share and promote pasal video di blog korang je.

Okey. Setakat disini sahaja perkongsian ilmu buat kali ini. Diharapkan kalian faham mengenai apa yang telah Mieya sampaikan. Jikalau ada sebarang kemusykilan, boleh lah drop komen.. takpun tinggalkan pesanan kat Ask.fm.


Terima Cek Ketiga Dan Keempat Dari Nuffnang.

Assalamualaikum wbt :)

Minggu lepas, Mieya telah dikhabarkan oleh emak Mieya mengenai kedatangan dua pucuk surat atas nama Mieya. Dalam fikiran, Mieya memang dah agak dah. 'Benda' yang Mieya tunggu-tunggu sudah sampai. Benda apa lagi kalau bukan cek Nuffnang.

Actually, dua hari sebelum tu.. Mieya memang sudah dimaklumkan mengenai Payment Advice menerusi email. So, tak ada lah suprise sangat kali ini. hekhek

Cek Nuffnang hasil dari cash out kali ketiga dan cashout kali keempat :


Eh, tadi kata dua cek. Tapi kenapa kat dalam gambar tu, ada tiga pulak Mieya?

Actually, lagi satu cek tu.. Dah lama dah berada di tangan Mieya, dapat bulan April lepas. Tapi takde masa nak ke bank berdekatan untuk clearkan cek.

Maka, semalam.. Mieya paksa juga diri Mieya untuk ke bank bagi mentunaikan cek Nuffnang. Oleh kerana, Mieya merupakan salah seorang pengguna bank CiMB, ditambah lagi dengan kedudukan CiMB yang agak berdekatan dengan rumah. Jadi, Mieya telah mengajak abang Mieya ke sana.

Sebenarnya, Mieya tak reti dan tak ada pengalaman langsung menggunakan mesin deposit cek untuk tunaikan cek. Sebelum ini, Mieya guna option : Pergi ke bank --> Ambil No Giliran --> Selesaikan urusan di Kaunter


Jadi, bila sampai kat mesin deposit tu.. mula-mula sekali Mieya belek-belek dulu mesin tersebut. Tak ada button. Ohh, guna touchscreen rupanya mesin ni! Next, Mieya baca tulisan yang terpapar di skrin mesin.

Cara-cara nak guna mesin deposit cek :

  1. Sentuh skrin mesin deposit cek.
  2. Nanti, akan keluar lah beberapa pilihan perkhidmatan. Pilih pilihan yang pertama sekali (hmm, Mieya pon dah lupa sebenarnya)
  3. And then, korang akan diminta untuk memasukkan nombor akaun.
  4. Next, masukkan nilai cek. (kalau ada 2-3 cek yang nak dimasukkan serentak, pastikan korang dah kira siap-siap) Macam Mieya, Mieya tak ada keyakinan sebab baru first time guna. Jadi, masuklah satu persatu.
  5. Masukkan cek.
  6. Dah selesai. Nanti, akan keluar resit sebagai bukti transaksi.


P/S : Alhamdulillah.. Bersyukur seadanya dengan rezeki pemberian Allah SWT. Thank you Nuffnang! Terima kasih kepada rakan pembaca semua !


Novel Kampung Girl

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian :)

Selepas drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ! melabuhkan tirainya pada minggu lepas. Kini muncul pula drama baru, iaitu Kampung Girl. Sebuah drama yang turut sama diadaptasi daripada novel karya tempatan.

Actually. Novel nie dah lama dah Mieya beli. Kira-kira pada bulan April yang lepas kalau tak silap. Cuma masih takde kesempatan nak bercerita dengan lebih lanjut. (padahal terlupa T.T)


Sinopsis Kampung Girl

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?
*     *     *     *     * 


Bagi Mieya, jalan cerita novel ni sangat menarik. Ashraf, budak lelaki bandar yang sangat ego, berlagak, sombong dan seangkatan dengannya. Hubungan dia dengan Ainnur sebenarnya sebagai sepupu. Ashraf juga anak yang akur dengan keluarga menerima cadangan keluarganya walaupun hati memberontak enggan dikahwinkan dengan pilihan keluarganya. 

Ainnur anak adik pada mummy Ashraf sentiasa rela dikahwinkan dengan Ashraf kerana Ashraf adalah insan pertama yang dicintai sejak kecil dibangku sekolah lagi

Dek kerana keangkuhan Ashraf  yang selalu beranggapan budak kampung kolot, pelajaran tak tinggi. Hanya layak duduk dapur je. Kerja kilang atau kerja-kerja kampung telah menyebabkan Ainnur nekad untuk belajar bersungguh- sungguh sampai ke luar negara tanpa pengetahuan Ashraf. 

Ashraf memandang rendah pada Ainnur kerana Ainnur seorang budak kampung dan tidak berpelajaran. Selepas majlis perkahwinan mereka segala rahsia terbongkar dalam sekelip mata. Ashraf malu dan rasa dirinya tertipu selama ini Ainnur bukan perempuan yang disangkakan. Ashraf rasa dirinya tergugat dengan kehadiran Faisal. Ashraf menjadi buntu . Dengan bantuan rakan Ashraf, Ashraf cuba memikat hati Ainnur .

Orang tua-tua cakap jangan terlalu benci pada seseorang, itulah yang terjadi dekat Ash. End up Ash sayang sangat dekat Ainnur dan masa dorang sanding untuk pihak lelaki, Ainnur mengandung.

Seriously, rasa tak puas kalau baca novel ini sekali sahaja. Mesti mahu baca berkali-kali sampai habis. Ayat-ayat yang ringkas, sangat santai dan semestinya kelakar.


P/S : Tak sabar rasanya nak tengok yang versi drama punya.


Kenapa Dengan Blog Mieya Ni?

Assalamualaikum wbt dan selamat petang semua :)

Rasanya, dah ramai kot blogger-blogger di luar sana yang menghadapi masalah berkenaan dengan blog mereka. Turut menerima tempias, blog Mieya jugak.

Tak tahu lah apa yang tak kena. Atau mungkin ada yang cuba pakai mandrem kat blog Mieya nie, lalu menjadi seperti ini : (rujuk gambar di bawah)


Padahal masa online blog dekat ofis pagi tadi, elok aje. Petang ni, bila Mieya online balik.. terus berubah bukan setakat 360 darjah, tapi ini dah lebih !

So disini Mieya nak tanya kat kawan-kawan yang lebih arif mengenai hal sebegini. Macam mana nak pulihkan semula blog Mieya ini kepada keadaan yang sedia kala. Tolong bantu Mieya ye...!


Rumah Hampir Dipecah Masuk Oleh Pencuri

Assalamualaikum wbt :)

Ya Allah..!

Mieya tak tahu nak mulakan entri kali ini macam mana. Serius, masih lagi berada dalam keadaan terkejut.

Macam nie cerita dia.. Dekat pukul 10 malam tadi, ada bunyi ketukan yang bertalu-talu di belakang rumah Mieya. Waktu tu, kami sekeluarga baru sahaja ingin menikmati makan malam (Mieya belanja) hehe sibuk nak interframe jugak.

So, bunyi tersebut telah membuatkan kami sekeluarga terkejut. Dalam fikiran kami semua, takkan lah mak uda yang duduk berhampiran yang mengetuk pintu belakang kami pada waktu malam gini. So, abah Mieya terus ke dapur lalu menjerit dengan kuat :

Abah Mieya : Ini siapa yang main ketuk-ketuk rumah orang ni?

Namun hampa, tiada jawapan maklum balas. Tapi tak lama kemudian, kedengaran bunyi ketukan lagi.

Abah Mieya : Ini siapa?

A : Ini jiran yang duduk kat belakang rumah Abang Nuar (nama abah Mieya) ni.

Lalu dengan pantas, pintu belakang kami buka. Kelihatan jiran Mieya bersama 4 orang ahli keluarganya di belakang rumah kami. Jiran Mieya memberitahu bahawa rumahnya hampir dipecah masuk oleh pencuri. Kebetulan, beliau baru sahaja pulang daripada masjid.


Setelah menekan suis lampu, beliau terdengar bunyi benda terjatuh. Kuat sekali bunyinya itu. And then, jiran Mieya menuju ke tingkat atas belakang rumah untuk mengutip kain baju di ampaian. Tiba-tiba, dia terperasan akan grill tingkap yang hampir-hampir nak tercabut.

Terkejut bukan kepalang lagi, dengan perasaan takut beliau segera turun tangga dan terus keluar rumah bagi mendapatkan bantuan. Call saudara-mara yang tinggal berdekatan. Kebetulan, jiran sebelah rumah tiada di rumah. Lepas tu, barulah mereka ke rumah Mieya bagi bertanyakan hal tersebut.

Untuk makluman, ketika kejadian Mieya baru sahaja pulang dari kedai bersama abang Mieya. Ahli keluarga Mieya yang lain, semua sekali berada di ruang tamu sedang menonton tv. Episod akhir Sebenarnya Saya Isteri Dia!

Serius, kami sekeluarga langsung tidak mendengar sebarang bunyi yang mencurigakan dari belakang rumah. Maybe sebab bunyi televisyen yang kuat. Atau mungkin juga sebab jarak antara dapur dengan ruang tamu rumah kami sangat luas.

Nak buat laporan polis, tak boleh sebab tiada barang yang hilang. Jadi, cuma aduan sahaja yang dapat dibuat agar pihak polis dapat meronda kawasan penempatan kami ini.

P/S : Last ada berita rumah dipecah masuk di kawasan penempatan Mieya ni adalah pada beberapa tahun lepas. Semoga kita semua dapat mengambil langkah berjaga-jaga dalam menjaga keselamatan rumah masing-masing.


Resah Hati

Assalamualaikum dan hai semua!

Mieya kini sedang bersiaran di ofis. Di kala rakan sekerja yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing, manakala Mieya masih lagi setia di ofis.

Abang Mieya outstation ke Tanjung Malin.. "emergency case" di mana transport dari Penang tak dapat datang ke KL.. And then, dealer nak stok tayar hari ini jugak. Kalau tak, mereka akan bill company sebanyak lebih RM40 ribu.


So, nak tak nak.. Terpaksa cari contractor transport untuk menghantar stok tersebut. Dan abang Mieya ikut sama sebagai penunjuk arah jalan.

Hmm... Mieya bosan, takut, resah dan gelisah sebenarnya dok kat ofis nie sorang-sorang.. Maklum lah, lokasi ofis tempat Mieya bekerja nie agak tersorok sikit. huhu

P/S : Berharap agar abang Mieya segera sampai di ofis.


CPUV Ke 15 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt  :)

Baru je dapat berita yang menggembirakan dari Nuffnang tengah hari tadi. Apa dia? Shhhhuh... Rahsia meyh. Nanti bila betul-betul confirm, baru Mieya khabarkan pada kalian ye..

And then, masa godek-godek laman web Nuffnang tadi. Mieya ternampak kehadiran CPUV Campaign yang baru. Alhamdulillah, rezeki pemberian Allah SWT. Syukur sangat-sangat!


5 CPUV yang masih running di blog Mieya ialah :

CPUV kali ini dibawakan khas oleh Coke Ramadhan 2013. Mieya rasa, ramai lagi blogger lain di luar sana yang menerima iklan CPUV yang serupa. Tahniah juga diucapkan kepada kalian.

Sedar tak sedar, kurang daripada seminggu lagi kita semua bakal bertemu dengan bulan Ramadhan yang penuh rahmat dan berkat. Tak sabar rasanya nak rasai sendiri pengalaman kali pertama bekerja di bulan Ramadhan.


Wordless Wednesday #37



Actually, ini homework adik Mieya bagi subjek Pendidikan Seni minggu lepas. Kena buat ilustrasi muka depan majalah, tak kiralah sama ada majalah apa sekalipun.

So, Mieya pon sesaje gatal tangan nak melukis jugak. Maklum lah.. last melukis dulu pon masa zaman persekolahan di Form 3 dulu.

harharhar... tangan kaku. Langsung takde rupa seperti gambar asal. Tapi jadilah, daripada takde langsung. kehkeh :D


Hasil Pendapatan Blogbuster Nuffnang Campaigns

Assalamualaikum wbt and hai everybody !

Dah lama pulak rasanya Mieya tak buka cerita mengenai Nuffnang Blogbuster di mana individu yang terpilih perlu menghasilkan sebuah video pendek dalam durasi 10 saat atas permintaan pihak advertiser. Dan semestinya lah jumlah pendapatan dari Campaign Assignment ini agak lumayan sekali.

Sebagai contoh :

Bagi satu tontonan, kita dibayar sebanyak 50 sen. Cuba bayangkan kalau 100 orang yang menonton video yang kita hasilkan tu?

Semudah gitu sahaja kita dah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM50.


Peringatan awal !

Entri kali ini bukanlah Mieya bermaksud untuk riak, takbur mahpun menunjuk-nunjuk dengan kalian. Tidak sama sekali. Cuma sebagai perkongsian rasa teruja dan seterusnya motivasi buat orang lain untuk tidak melepaskan peluang yang jarang ada nie di masa akan datang.

Di bawah ini, Mieya sertakan pendapatan yang telah berjaya Mieya peroleh drpd iklan Blogbuster ini. Tak adalah besar sangat nilainya di mata kalian. Tapi bagi diri Mieya, nilai ini antara yang paling banyak Mieya pernah terima sepanjang bergelar blogger yang bernaung di bawah syarikat Nuffnang.





Printscreen kat atas tu, merupakan amount earning yang telah Mieya cashout sebelum ini. Di mana Mieya tak pernah paparkan jumlahnya kepada pembaca blog Mieya sebelum ini. Namun, atas permintaan dari dua tiga rakan blogger. Mieya paparkan juga kali ini.


Manakala earning bagi Campaign What is project C? baru sahaja dimasukkan pada bulan lepas. Jumlahnya tidak lah sebanyak mana. Memandangkan Mieya pon semakin jarang meluangkan masa untuk berblog dengan lebih kerap. Jarang membalas komen tapi rajin blogwalking dan membaca secara senyap-senyap (silent reader)

Tapi alhamdulillah. Mieya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dari hari ke hari. Semoga kalian juga turut di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan kehidupan... Amin~


Nuffnang Blogbuster : Volkswagen Think Blue Campaign

Assalamualaikum :)

Buka-buka je laman web Nuffnang.. terus terpandang kan pertambahan nombor di blogbuster tab. Wah, ada campaign assignment yang baru. Padahal campaign yang lama pon still pending, dah sibuk nak tahu apa tugasan blogbuster yang terbaru.



Dalam tugasan kali ini, individu yang dipilih perlu mendownload Think Blue. app daripada Apple Store dan Play Store terlebih dahulu. And then, buat video pendek seperti yang dinyatakan di atas. Dan pastikan ada unsur percakapan dalam video tersebut.

Komen Mieya, konsep kali ini memang Mieya tak boleh nak ikuti sangat lah. Sebabnya, nak download application, memory card phone Mieya dah penuh. Webcam pula Mieya tak reti guna. Kesudahannya, hanya mampu tengok je lah! wuwuwu


Cermin Mata Baruku

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi :)


Hai ! Kepala saya sengaja telengkan. Saja nak khabarkan yang gaji pertama Mieya selama setengah bulan bekerja telah selamat dilaburkan untuk membeli cermin mata baru.

Kenapa dengan cermin mata yang lama? Hmm.. tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma power mata Mieya dah naik sikit. hihi sikit je dalam 20 gitu. Disamping getah cermin mata telah tercabut hari tu. So, dah alang-alang ke kedai cermin mata, terus Mieya usha-usha cermin mata pilihan.

Antara sebab cermin mata berbingkai besar menjadi pilihan Mieya, kerana senang bagi Mieya untuk melihat dengan lebih jelas. teheee~

Jadi, sekarang ini Mieya sedang menunggu gaji bulan Jun yang masih belum diterima lagi. Lambat sikit nak masuk. Insyaallah, bila-bila nanti masuklah tu..

Okey lah. Mieya nak bertolak ke tempat kerja sekejap lagi. Nanti kalau sempat, Mieya blogwalking ke blog korang ye?

Salam sayang dari Mieya untuk semua ^^