CPUV Ke 12 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt semua :)

Alhamdulillah.. Rezeki jari jemari yang tak berapa nak runcing, ligat menari di keyboard sama ada keyboard komputer di office dan juga keyboard laptop di rumah.


Dah lama betul, CPUV baru tak datang bertandang masuk ke blog Mieya. Mungkin kerana kadar persaingan yang tinggi dalam kalangan blog. Tapi syukurlah, ada rezeki lagi di bulan Jun ini. Moga-moga, CPUV dari University Of London ini akan bertahan lama di blog Mieya ni.

Walaupun rutin blogging Mieya tidaklah serancak dahulu kala, membalas komen sampai berpuluh-puluh dalam sehari. Blogwalking dari satu blog ke blog lain sampai ke angka beratus-ratus sehari. Dah tak boleh sangat nak selincah dulu. Hanya sempat singgah ke 5-6 blog je sehari.

Maklum lah, dah terikat dengan komitmen lain kan.. yakni kerja. Haruslah pasrah dan redha bila jarang-jarang ada masa walau nak update satu entri sehari. Jikalau takde kesungguhan yang tinggi dalam diri, memang terabai lah blog ini jadinya.. huhu kesian awak, kan blog?

Walau bagaimanapun, akanku usaha lagi sedaya mungkin untuk aktif berblogging seperti dulu.


8 comments:

Umialya said...

Tahniah Mieya..

Unknown said...

alhamdulillah.. banyak gak yg masih running tu :)

Unknown said...

Tahniah Mieya. Murah rezeki.

Unknown said...

rejeki kannnn hehehe

Mummy MM said...

Tahniah kak

Miss N™ said...

Alhamdulillah...
kalau dah ada rezeki tak kemanakan Mieya...

tahniah yea.. :)

Unknown said...

TAHNIAH DAN ALHAMDULILLAH..^_^

Unknown said...

Tahniah, moga dapat banyak lagi...aku ni tak dapat2 lagi..entah apa silapnya hihi