Tak tahu nak mulakan entri kali ini macam mana. Serius, mood Mieya down dibadai gelora perasaan sedih.. Untuk pengetahuan, di kala ini Mieya sedang bersiaran langsung di ofis tempat Mieya kerja.
Baru sahaja awal minggu ini, gelang tangan Mieya putus secara tiba-tiba semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
Terbaru, hari ini.. cincin Mieya pula hilang. tak tahu lah sama ada tercicir di tempat kerja mahupun di rumah. Tapi, Mieya yakin.. Cincin tu memang ada terlekat di jari Mieya semasa Mieya tiba di ofis pagi tadi.
Mieya terperasan akan kehilangan cincin kesayangan Mieya tu semasa sedang menikmati nasi lemak di waktu lunch tadi.. Itupon selepas terpandang gelang tangan milik rakan sekerja.
Tak tahu lah macam mana nak gambarkan perasaan Mieya di kala ini..
Sedih.. Siapa sahaja yang tak sedih bila barang kesayangan hilang secara tiba-tiba?? Pulak tu, baru 4 bulan Mieya sempat melaram dengan cincin tersebut... Satu jangka masa yang sangat singkat.. huhuhu
P/S : Sedang berfikir-fikir macam mana nak bagitahu mengenai kehilangan si cincin emas kepada kedua orang tua Mieya. hmmm :(
9 comments:
ala..cm mana boleyh hilang tue,,mieya ada smpn mana2 kowt
laa..cian mieya..mnkin cincin tu longgar kut..tu yg bleh tercabut dri jari tu..sabar ye mieya..ada hikmah di sebaliknya..
akak rasa cincin tu tertinggal kat umah, kdg2 kita tak perasan, mgkn mieya ada tanggalkan ia semasa nak ke bilik air.. in shaa allah ada tu..
Banyaknya dugaan.. Sabarlah sis.. Huhu.. Ruginya hilang cincin emas.. Mahal tu.. Kalau saya, memang kena marah kaw-kaw punya.
Ya Allah sayangnyaaa mieya.... dahlah emas pula tu.. hurmmm... cuba cari balik, kot2 miss place ke
Ambil dari sudut positif, mungkin ini satu cara Allah nak bersihkan harta yang kita ada...sesuatu yg berlaku pasti ada hikmah disebaliknya!
sabar .. :)
Errr..mcm mana cincin tu boleh hilang..?mieya buka ke..?
kalau tercicir, mieya xsedar ke cincin tu keluar dari jari..?
sabar ye misya, kalau de rezeki pasti jumpa balik.. :)
Laaaa...salah letak kot. Harap2 jumpa balik lah cincin tu.
Post a Comment