Sejak dua menjak ini, corak kehidupan Mieya semakin terumbang-ambing dalam membahagikan masa antara kerjaya dan juga kehidupan peribadi. Turut tidak dilupakan, dunia blogging juga turut menerima tempiasnya.
Sibuk? takde lah sesibuk mana pon. Sebab musababnya, Mieya bekerja mengikut office hour, iaitu dari pukul 9 pagi sehingga ke pukul 5 petang. Alhamdulillah, masih sempat jugak menjenguk dashboard blog 2-3 minit. Tapi tak sempat nak berblogwalking seperti selalu.
Sekarang nie pon, Mieya bersiaran langsung update blog di ofis. Maklum lah.. ofis kosong. Semua bos dah keluar untuk menyelesaikan urusan masing-masing. Rakan-rakan sekerja yang lain tak hadir. MC mungkin. Tinggallah Mieya dengan Kak Yana berdua kat ofis nie. huhu
Pagi-pagi lagi, Mieya telah diserang dengan panggilan yang bertalu-talu dari pihak transport. Kata barang tak cukup lah.. Orang baru buat kerja tak betul (ini kes mengutuk Mieya ni).. Pening kepala nak melayan dan seterusnya menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Tapi alhamdulillah.. Mieya cuba untuk berfikiran positif. Minta bantuan dari pihak atasan di Penang. And alhamdulillah. Selesai jua masalah semua. Sekarang merupakan waktu rehat. So, boleh lah ENJOY sekejap memandangkan bos pon takde. hehe
Sebelum kembali menjalankan tugas memeriksa Delivery Order untuk dihantar nanti. Mesti ada yang tertanya-tanya bukan? Mieya kerja apa?
Actually, Mieya nie kerja biasa je, Company tayar. Itu je yang dapat Mieya kongsikan bersama kalian. Nak cerita lebih-lebih, tak boleh laa.. Privasi meyh...
P/s : Insyaallah kalau sempat, Mieya bw ke blog korang k :)
7 comments:
alaaaaaaaaa tak kisahlah mieya kerja apapun, janji dapat rejeki yg halal...
Hish, kesiannya.. Busy giler.. Saya pulak free giler sekarang.. Rasa macam nak buat keja part time tu ada tapi tak ada keja part time.
akak pun suka take 5 kejap bila kerja...x nak stress sangat...dengan kerja yang menimbun2 ni...
erks...tetiba teringat paper work and presentation yang piling ni...
sunyi la masa tu.. huhu
klu dh keje ni busy kan..mai practical kdang2 busy kadang2 free sgt..hee
bila kena layan panggilan pasal omplen2 ni mmg susahkan mieya...
pengalaman tu Nur sendiri ada, siap bertekak bagai...huhuhu..
apapun, itu semua pengalamankan.. :)
wow, mieya dah bekerja.. mieya kerja apa??? macam besar je jawatannya.. hehehe..
apapun, dont give up ye mieya.. ena pun tengah kerja sementara ni.. susah juga, tapi demi cari rezeki
Post a Comment