Hmm.. tetiba rasa macam tak ada mood nak pergi kerja esok. Oh tidak!!! Adakah ini bermakna Mieya sedang dilanda sindrom Monday Blues?!!
Tetiba jadi tak bersemangat bila semua tugas, Mieya pikul seorang diri. Dari check price tayar, susun list order mengikut tempat, uruskan transport local dan outstation, check jenis dan saiz tayar keluar masuk, call pos laju untuk urusan pikap, update barang keluar masuk di server. Itu belum lagi dicampur dengan kes barang tak sampai ke dealer, stok barang tak cukup, tersalah hantar barang dll lagi)
Untuk pengetahuan semua, staff di company Mieya (pejabat khususnya) sangatlah kekurangan di mana cuma ada dua kerani sahaja sekarang nie, iaitu Mieya dan juga kerani lagi satu. Sebelum ni, bilangan kerani ada 4 orang. Tapi kini, cuma tinggal tiga sahaja.
Di mana seorang kerani dah berhenti sebab dapat peluang pekerjaan yang lain. Alhamdulillah, terlepas sudah azab penderitaanku selama ini. Manakala lagi seorang, masih lagi bercuti sebab menghidap chicken pox.
Tapi takpe lah. Walau banyak mana sekalipun tugas yang Mieya kena uruskan, Mieya terima sahaja dengan hati terbuka. Walaupun, langsung takde masa nak mengetuk papan kekunci di blog di saat rakan sekerja yang lain syok melayan drama-drama di youtube. Mieya tetap watlek watkool. (Padahal kekadang sakit hati jugak bila terpaksa terkejar-kejar semata-mata nak siapkan kerja.)
Actually, Mieya pernah je bekerja seorang diri. Di mana cuma ada Mieya dengan abang Mieya je yang datang di ofis. Korang bayangkanlah betapa terkejar-kejarnya Mieya waktu tu. Tapi nasib baik lah, staff di main company (Penang) faham dengan situasi Mieya waktu tu, order pon dorang masukkan sikit sahaja.
P/s : Tetap kena tabahkan hati serta positif-kan diri bila bekerja nie. Tak kira lah sama ada dibuli dengan kerja berlambak oleh staff lain. Dimaki dengan perkataan yang kurang enak dengan pihak transport bila barang-barang masih tidak tersedia lagi. Dimarah bila barang tak naik transport @ tersalah hantar barang. Redha je lah.
5 comments:
semoga dapat menjalankn tugas dgn lebih baik..=)
err..jgn macam ni..kenalah semangatt,..!
xpe mieya, mula2 je..lama2 nanti okaylah.. :)
tapi tensen gak kalau kita je yg kena buat semua ye dak..hihi
no monday blues ok.. hihihi.. semangat!
Tak nak cari owg lain ke?
tabahkan hati mieya! dugaan semua tu untuk kebaikkan mieya juga... =D
Post a Comment