Novel I Love You Stupid !

Assalamualaikum wbt


Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM39 (Dapat diskaun, jadi RM35)
Sabah/Sarawak : RM42

Sinopsis :

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!

“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan 

Abang pedas? Eye Mo aku!

“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris

“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!

“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris

“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - Ebrahim

Firman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!

“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”

“Dan apa?” - Firman

“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - Iris

Lara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.

Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.

“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”

Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…

“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”


Minggu lepas, Mieya berpeluang untuk berkunjung ke kedai buku (port biasa) Mieya membeli buku dan bahan bacaan yang lain. Alhamdulillah. Terpandang akan novel tebal ini, ngam-ngam pulak tu tinggal sebuah novel sahaja. Terus tanpa berfikir panjang, Mieya sambar dan membayarnya di kaunter.

Actually, dah lama dah Mieya pasang niat nak beli dan memiliki sendiri novel ini selepas membacanya di laman blog penulis, Melur Jelita. Sempat baca sampai bab 14 je and then, terus terputus jalan ceritanya sekerat jalan.

Seriously, Mieya sangat-sangat tertarik dengan jalan cerita dalam novel ini. Ayat-ayat yang ringkas, lucu, spontan dan senang untuk difahami menambahkan rencah lagi dalam novel ini. Kekadang sampai tergelak sorang-sorang time baca novel ini. Lucu dan penuh bersahaja.

Setakat ini, Mieya baru sahaja sempat membaca sampai bab 50. Dan mungkin kali ini akan lambat habis sesi pembacaannya memandangkan masih ada komitmen terhadap kerja. Tapi takpe, Mieya akan cuba juga cari masa untuk membacanya nanti.

P/S : Dengar cerita, novel I love You Stupid nie ada sambungannya iaitu Novel My Precious Iris. Masih lagi baru diterbitkan.. Wuhuuu... nie yang tetiba eksaited melebih nie !


6 comments:

Unknown said...

tebalnya. lagipon kasi kat gf belum tentu dia baca. :D

Miss N™ said...

ramai yg ckp bestt..!
tapikan, Nur tak berani beli sebab tebal sangattt..huhuh

takut tgk.. ;(

Mummy MM said...

Macam best jer cite nie..

Karya Mahirah said...

Cerita ni best... akak ikut kat penulisan2u...

ezy.fia said...

novel ni mmg best..
tgh bace skrg.. blh buat kite gelak sorg2.. haha..

Zaf98 said...

waaahhh! mcm best jeee! ada sambungan?! kyaaaaa!!! kena beli ni! ><