Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree

Assalamualaikum :)



Korang tau ke Nabeel Fikree sekarang tengah mencari pemenang untuk Samsung Camera Digital Giveaway dia tu? Kalau korang tak tau, haaa mari sini saya kasi tau. Sebelum tu, saya nak bagitau korang syarat nak join giveaway ni pun senang je.


Giveaway ni dibuat sebagai tanda terima kasih kepada pembaca blog nabeelstories katanye. Saya malas nak cakap panjang lagi, terus je bagi korang baca syaratnya :

  1. Follow blog NabeelStories.com
  2. Buat satu entri bertajuk Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  3. Sila copy code yang telah disediakan dan paste pada ruangan HTML entry
  4. Tinggalkan link penyertaan pada ENTRY INI sahaja

Macam mana? Senang je kan? Saya join ni pun sekadar ingin mencuba nasib. Manalah tau kot2 terpilih dapat jugak posing depan kamera baru hari2. Hehee..


TARIKH TAMAT PENYERTAAN : 20 Jun 2013





Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia FULL EPISODE



Sinopsis :
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu. Syaf tidak pernah terfikir bahawa jodohnya tertulis dengan Firash, adik kepada kekasihnya, Farish walhal Syaf dan Farish sudah merancang untuk ke jinjang pelamin. Namun, satu peristiwa hitam telah mengubahkan segalanya.

Syaf, Farish dan Firash masing-masing dijemput hadir ke sebuah majlis sambutan hari jadi oleh Raina dan Raimy. Raina dan Raimy telah merancangkan sesuatu untuk mendapatkan Syaf dan Firash tetapi akhirnya, Syaf dan Firash ditangkap tidur sebilik dalam keadaan yang mencurigakan.

Tonton Online! 
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 1
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 3
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 5
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 6
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 7
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 8
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 9
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 10
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 11
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 12
Sebenarnya Saya Isteri Dia - Episod 13



7 Amalan Malam Jumaat

Assalamualaikum wbt :)

Entri kali ini sekadar untuk perkongsian kita semua sesama umat Islam. Rasanya mungkin dah ramai di kalangan kalian yang dat tahu. Tapi takpe. Tak salah jika kita saling ingat-mengingati antara satu sama lain kan?


Pada malam Jumaat ini banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan. Di antara amalan-amalan malam Jumaat tersebut adalah :

1) Membaca Surah Al-Kahfi
Bahawa sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat itu, Allah mengampuni dosanya dari Jumaat ke Jumaat. Ianya diberi cahaya kesucian oleh Allah antara Jumaat ke Jumaat.

2) Membaca Surah Yassin
Amalan yang kedua yang harus kita amalkan ialah membaca surah Yaasin.
Dari Abu Hurairah ra. Sesungguhnya Rasulullah ﷺ telah bersabda ; “Barangsiapa yang membaca surah Yaasin pada malam Jumaat maka pagi-pagi ia mendapat pengampunan.”

Mengenai keutamaan surah Yaasin, Nabi Muhammad  telah menyebut dalam hadisnya: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al_Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”(HR Tarmizi)

3) Berselawat
Selain itu, kita harus memperbanyakkan zikir, doa dan selawat. Terdapat banyak hadis-hadis yang menyebut tentang selawat kepada Nabi. Diantaranya ialah; Firman Allah SWT :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat –Nya berselawat untuk Nabi. Wahai orang-orang beriman ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna kepadanya(Nabi).” (Al-Ahzab:56)

Dari Abdullah bin Amar bin Ash ra sesungguhnya ia mendengar Rasulullah bersabda: “Siapa yang mengucapkan selawat kepadaku, Allah berselawat(memberi rahmat) kepadanya sepuluh kali kerana selawatnya itu.” (HR Muslim)

Dari Abdullah bin Mas’ud ra bahawasanya Rasulullah  bersabda: “Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi)

4) Jimak
Amalan yang lain adalah seperti berjimak iaitu bersetubuhan. Berjimak dengan isteri diberi pahala oleh Allah SWT sekiranya dilakukan dengan adab yang diajar oleh Islam.
Imam Syafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunat menjimak isteri. Malam-malam tersebut ialah malam Jumaat, malam Khamis dan malam Isnin. Ini kerana Nabi Muhammad SWT mendekati isteri-isteri baginda pada malam-malam tersebut.
Antara adab-adab berjimak ialah mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira, berpakaian bersih dan wangi, nikmati kepuasan bersama-sama, berwudhuk sebelum berjimak, menggunakan selimut, membaca doa sebelum dan selepas berjimak, bersifat lemah lembut, mensyukuri nikmat, dan membersih kemaluan setelah berjimak.

5) Qiyamulail
Amalan yang seterusnya ialah Qiyamulail (solat malam) iaitu bangun pada waktu malam hari untuk mengerjakan ibadah kepada Allah SWT serta bermunajat kepadaNya untuk memohon keampunan dengan mengerjakan ibadah solat sunat.
Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.

6) Perbanyakkanlah zikir, bertasbih, bertahmid dan bertakbir

7) Memperbanyakkan permohonan dan doa kepada Allah SWT.


Video What Is Project C? (Nuffnang Blogbuster)

Assalamualaikum wbt :)

Hai korang! Ingat lagi tak dengan entri coretan Mieya yang lepas pasal Video Penyertaan Blogbuster yang direject !

Namun, selepas mendapat komen maklum balas yang positif daripada rakan blogger sekalian.. yang tanpa henti memberikan sokongan padu kepada Mieya. Sedikit sebanyak telah menyuntik semangat ke dalam diri Mieya.


Akhirnya, berbekalkan masa yang singkat pada hari Sabtu yang lepas, (yakni selepas pulang bekerja half-day pada hari tersebut) Mieya gagahkan jugak jari-jemari untuk menggodek-godek gambar di google.

Kat bawah nie antara gambar-gambar tersebut yang telah Mieya olah dan edit dengan menggunakan Photoscape dan paint :


Nuffnang Blogbuster Approved !

Dan.. Alhamdulillah. Percubaan kali ini telah membuahkan hasil di mana video Mieya telah dipilih untuk ditayangkan di blog dari 29 Mei sehingga 21 Jun nie. Alhamdulillah. Rezeki masing-masing.


Kalau korang nak tengok versi video yang Mieya buat tu, boleh lah tekan button "watch again" kat atas header tu. (ikut step seperti gambar di atas)


Jalan Jammed Punya Pasal !



Fuh.. Setelah hampir 3 jam berperang dengan jiwa duduk di dalam kereta mengadap jalan jammed.. Akhirnya sampai juga ke rumah tersayang.

Perjalanan dari tempat kerja yang selalunya hanya mengambil masa selama 30 minit, tetapi hari ini menjadi sepanjang 3 jam.. gara-gara accident di Subang Skypark.

Macam biasa, tiap kali kemalangan para pemandu menggunakan kesempatan ini untuk mencuci mata dengan memperlahankan kenderaan untuk menonton apa yang berlaku.

At last, Mieya and abang terpaksa mencari jalan alternatif lain bagi mengelakkan kesesakan tersebut.


Wordless Wednesday #36 | Kalau dah rezeki !



P/S : Alhamdulillah :)


Asam Garam Blogger : Serangan Komen Dari Anonymous

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua ^^

Wah! Kemain lagi tajuk entri Mieya kali ini kan. Baru beberapa puloh jam meninggalkan blog tanpa berhupdate terasa seperti lama sangat. Terkadang agak sukar untuk membahagikan masa antara komitmen terhadap kerja, blog dan kehidupan harian... err, serta mencari idea!

Tapi, bila dah dapat peluang yang 'cun' (di mana mood dan idea mula menunjukkan hasil gabungan yang positif) Mula lah gatal-gatal tangan nak buka topik yang agak sensasi lah jugak. Iye kot?!

Motif? Takde lah motif sangat kan? Haha.. Actually, sekadar nak meluahkan sedikit pendapat dan pandangan terhadap isu yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan nie. Wah, ayat! Siap dengan pepatah Melayu lagi tau.. Kelas kau jahhhh..!

Siapakah Anonymous ini?

Mengikut pandangan Mieya, Anonymous merupakan individu tanpa nama (unknown/anon) yang bergerak secara diam dan hanya memunculkan diri apabila perlu; bertujuan untuk menghuru-harakan dunia siber ini. Tapi takde lah semuanya macam tu, sebilangan sahaja.


Dalam dunia maya ni, memang kita takkan terlepas dari insan yang bergelar anonymous ni. Tak dinafikan memang ada anonymous yang baik, di mana mereka memberi komen dan teguran yang membina ke arah memajukan blog kita. Malah, ada juga yang tak berapa baik, suka menjatuhkan orang lain.

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)
Selain itu, ada juga Anonymous yang banyak menyerang dengan meletakkan komen-komen spam pada entri-entri lama yang mana kebanyakan kita sebagai pemilik entri pun terkadang sering mengabaikan entri tersebut.

(klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Kesimpulannya, buat blogger semua, janganlah takut dengan anonymous sebab dorang pun makan nasi jugak macam kita. Eceh! Ayat penyedap hati. 

Lagipun, kita menulis bukan kerana mereka, tapi mereka mengomen selalunya memang kerana kita. Kalau saja-saja dorang mengomen tak tentu hala, err, itu memang cari nahas lah tu! kehkehkeh :D

Kunci utama menangani mereka adalah dengan berfikir, samada apa yang mereka katakan itu betul atau salah. Selidiki dahulu perkara tersebut, bukan susah pun. Kalau tak terima teguran, nak buat macam mana. Takkan nak berhenti berblog kot?


Pengalaman Mendapat Cek Nuffnang

Assalamualaikum wbt :)

Hari tu, Mieya ada perasan.. ramai juga lah di kalangan kawan-kawan blogger yang mencari keyword pasal Pengalaman Mendapat Cek Nuffnang. Serius, tetiba Mieya terimbas kembali zaman mula-mula Mieya bernaung di bawah syarikat pengiklanan Nuffnang ni.

FYI, Mieya mula bernaung dengan Nuffnang pada 26 Feb 2011, iaitu semasa Mieya Form 5. Mula-mula tu memang tak tahu lah apa itu Nuffnang? Apa fungsi Nuffnang? Tak ambil peduli pon sebenarnya. Saja je suka-suka letak. Eh, boleh pulak macam tu erk???

hahaha.. takde lah.. Kawan ajak join, Mieya pon join jugak lah. Sama jugalah semasa mula-mula nak buat blog dulu. At last, Mieya seorang je yang masih aktif berblog sampai ke la ni. huhuhu


Nak cerita pasal pengalaman pertama dapat cek Nuffnang nie, takde lah rasa something special pon. Sebabnya, Mieya pon ada pengalaman cashout tapi ditolak kerana dianggap fraud klik. Bunyi macam sedih kan? ha'ah, memang sedih pon sebenarnya. Tapi Mieya fikir positif, anggap sahaja itu bukan rezeki Mieya. Cuba lagi lain kali.

Walau bagaimanapun, bila dapat lagi peluang untuk cash out earning Nuffnang. And then, kali ni cek sampai kat tangan. Rasa teruja tu ada lah sikit. Yup. Sangat-sangat teruja sebenarnya.

Yalah. Sekurang-kurangnya, takde lah rasa macam pembaziran masa meluangkan sesuatu aktiviti yang kita suka seperti online. Online-online jugak tapi dalam masa yang sama, still boleh menjana sedikit duit poket. Alhamdulillah, rezeki masing-masing.

Sememangnya.. Bukan mudah nak menjana pendapatan sampingan dalam blog nie. Semuanya memakan masa. Ada blogger yang dah bertahun-tahun bernaung di bawah Nuffnang tapi tak pernah merasainya lagi.

Macam yang pernah Mieya katakan dulu, jangan jadikan duit sebagai matlamat utama dalam berblogging. Tumpukan dulu pada pengisian blog korang, sama ada dari segi kualiti mahupun kuantiti.

Berblog lah secara ikhlas. Jadikan blog sebagai salah satu wadah untuk berkongsi ilmu dengan orang lain. Insyaallah, rezeki tu akan datang sendiri kepada kita.


Video Penyertaan Nuffnang Blogbuster Di Reject !

Assalamualaikum wbt :)

Saje je cuba nasib try buat video menggunakan webcam. Dengar melalui headphone, elok je ada suara. Lalu dengan rasa konfidennya, Mieya terus submit untuk Nuffnang Blogbuster.

And then, beberapa hari lepas tu, dapat email dari pihak Nuffnang. Video ditolak sebab tak menepati piawaian yang ditetapkan. Video mestilah beserta dengan suara.

Mula-mula tu pelik juga lah kan. Tapi bila dengar semula video tersebut tanpa menggunakan heaphone, rupa-rupanya memang betul takde bunyi. Damn !


Nak buat lagi yang baru, rasanya tak sempat kot memandangkan tarikh tutup penyertaannya semakin hampir, iaitu 26 Mei 2013 nie. Mungkin bukan rezeki Mieya kali ni. Takpe lah, redha je lah.

Nota kaki : Sabarlah duhai hati.


Masalah Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua :)

Mieya baru je lepas menonton konsert Kilauan Emas separuh akhir malam tadi. Satu-satunya rancangan televsyen yang paling sesuai dan tepat bagi Mieya sekeluarga bersantai dan menghiburkan hati setiap minggu.  Bergelak sakan sampai tak ingat dunia sekeliling dah. kehkehkeh :D

Okey, berbalik kepada tajuk entri kali ini.

Ada sesuatu tentang Mieya yang tak ramai orang tahu. Cuma ahli keluarga serta kawan-kawan rapat sahaja yang tahu mengenai ini. Sebenarnya, saya isteri dia! Eh, bukan nak cite pasal tu.

Sebenarnya.. sebenarnya Mieya ada masalah mabuk kereta. Dari kecik sampai lah dah meningkat remaja nie, Mieya masih dihurung masalah ini.

Bila naik saja kereta, secara automatik, kepala akan pening. Bila kepala pening, Mieya pon duduk senyap-senyap. Bila tengah senyap, tak lama lepas tu.. tekak rasa loya semacam.. Rasa nak muntah aje. Errr... korang pernah tak alami masalah sebegini?


And yang paling memeritkan, masalah ini semakin menjadi-jadi sepanjang tiga empat hari Mieya mula bekerja. Maklum lah, pergi kerja dengan abang Mieya dengan menaiki kereta. And then, balik je ke rumah, terus bergegas lari ke toilet untuk muntah.

Actually, Mieya pon tak sure apakah 'benda' kat dalam kenderaan yang buat Mieya jadi loya? Mungkin bila pasang aircond or bau enjin. Mungkin la.

Mieya ada juga try godek-godek google cari pasal petua mengatasi masalah mabuk kenderaan. Antaranya :

1. Madu Asli
Campurkan madu dengan sedikit garam dan minum dengan sedikit air sebelum anda memulakan perjalanan.

2. Halia
Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu. Atau masukkan hirisan halia tersebut ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan.

3. Ubi Keledek
Basuh ubi keledek dengan air panas, kemudian kupas kulit. Sesudah itu, potong kecil-kecil dan jadikan sebagai kudap-kudap sepanjang perjalanan.

4. Ubat
Dapatkan ubat atau pil tahan mabuk di farmasi atau seperti yang disyorkan oleh pakar perubatan.

P/S : Tips-tips tersebut agak sukar untuk Mieya ikuti bila nak balik kerja tu. Nak makan ubat, sekurang-kurangnya kena 30 minit atau sejam sebelum bertolak pulang ke rumah. Nak amalkan yang lain tu, memang susah lah nak dapatkan "barang" tersebut.

Korang ada petua atau cara nak kurangkan loya bila nak naik kenderaan tak??


Hari Pertama Bekerja

Assalamualaikum wbt :)

Semalam, bersamaan dengan 20 May 2013 merupakan hari pertama Mieya mula bekerja di office abang Mieya. Penat? Takde lah rasa penat pon, cuma ada sikit sengal-sengal dan lenguh badan. Maklum lah, seharian duduk mengadap komputer saje.


Hari pertama Mieya bekerja, (iaitu semalam) Mieya diajar dan diberi latihan menguruskan hal Delivery Order yang datang dari pelbagai tempat. Kena check harga barang, pastikan sama ada betul atau tak. Jawab call, Nak guna cop apa, nak masukkan D/O dalam sampul ke tak, kena sentiasa up-to-date dengan order di website.

And then, Mieya turut diajar macam mana nak gunakan printer (sticker , D/O) , mesin fotostat, and part akhir, kena isikan maklumat menggunakan Microsoft Excel untuk dihantar kepada pihak Manager.

Dengar macam teruk dan menakutkan pulak hari pertama Mieya bekerja nie kan? Tapi sebenarnya, takde pon. Kita orang buat kerja dalam keadaan relaks dan santai je.

Bila diingat balik, tetiba rasa kelakar pon ada. Ya lah, kekadang tak jumpa senarai harga barang. Kekadang tersilap uruskan hal D/O. Kekadang fotostat D/O sampai senget benget, tak nampak tulisan. atau kabur. hehehe banyak lagi yang perlu dipelajari sebenarnya nie.

Okey lah, tak mahu cerita dengan lebih lanjut. Nanti ada yang bosan pulak nak membacanya. Keseluruhannya, Mieya enjoy dengan life Mieya sekarang. Kekadang sambil tunggu D/O, sempat lagi online blog, facebook, layan youtube. Padahal baru hari pertama bekerja nie.


Selamat Bekerja, Mieya !

Assalamualaikum wbt kalian :)

Ingat lagi tak dengan entri Mieya yang lepas, di mana Mieya ada cakap yang Mieya ada try attend interview kerja kat office abang Mieya. And guess what??

Mieya baru sahaja dikhabarkan daripada abang Mieya yang Mieya dapat kerja tu. Alhamdulillah. Syukur sangat !

Actually, Mieya tak berharap sangat pon, sebab waktu interview hari tu.. Mieya dah nampak jawapannya dari bos kecik. Tapi berlainan pula dengan bos besar, beliau telah memberi peluang kepada Mieya untuk bekerja.

Kerja apa? Ala.. kerja biasa je lah. Sesuai sangat lah dengan kelayakan cukup-cukup makan yang Mieya ada nie. Kerja sebagai kerani je. Duduk mengadap komputer hari-hari, isi maklumat berkaitan claim, akaun, dan seangkatan dengannya. Hari Isnin minggu depan Mieya dah start bertugas.

Tetiba terasa nervous pulak. Maklum lah, takde pengalaman bekerja lagi. Time sekolah dulu cuma sempat buat part time jaga koperasi sekolah je. huhuhu..

Eh, kalau lepas nie, korang jarang nampak Mieya update entri tu.. Faham-faham je lah ye? Kalau sempat pon, maybe entri auto-publish tak pun, update di waktu malam je.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik buat Mieya. Wish me luck. :)


CPUV Ke 10 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu kalian :)

Rasanya, baru 3 hari lepas blog Mieya dikunjungi CPUV campaign baru daripada Nuffnang. Tapi siapa sangka.. kali ini dapat lagi. Alhamdulillah. Syukur, Allah murahkan rezeki pada blog Mieya.



Kali ini, dapat CPUV Campaign daripada DiGi WWWOW 2013.. Haaa.. baru teringat yang penyertaan bagi pertandingan besar ini telah pon dibuka.


So, kalau rakan-rakan blogger yakin bahawa blog kalian mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Di mana korang rasa, blog korang layak diberikan pengiktirafan (anugerah). Apa kata, kalau korang cuba nasib dengan menjoin DiGi WWWOW 2013??

Di samping dapat meluaskan jaringan dalam kalangan rakan-rakan blogger, dapat juga timba pengalaman baru. hehe


Belajar Cara Menggunakan Microsoft Excel

Assalamualaikum dan selamat petang :)

Mieya kini sedang gigih mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan Microsoft Excel bermula semalam sehingga lah betul-betul mahir.


Jujur, bagi seseorang yang betul-betul "noob" mengenai selok-belok Microsoft Excel macam Mieya nie. Memang akan terkial-kial lah nak cari button segala.

Misalnya, macam nak buat table macam kat atas tu. Dekat satu jam jugak lah, baru berjaya siap. Pergh.. susah woahhh!

Hmmm... Mesti ada yang pelik kan, kenapa Mieya tetiba je nak belajar menggunakan Microsoft Excel nie? hahaha.. Yang tu, kat lain entri lah Mieya jelaskan okey?

Daaa... nak sambung belajar lagi pasal Microsoft Excel nie.


Novel : Sebenarnya, Saya Isteri Dia!

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni memang dah jadi trend kan. Di mana kebanyakan drama dan filem diadaptasi daripada novel-novel tempatan. Tengok saja lah pada drama Adam dan Hawa, Setia Hujung Nyawa dan terkini, Sebenarnya Saya Isteri Dia! yang sedang bersiaran dengan rancaknya di salah sebuah stesen tv.

Sebut pasal novel, Mieya baru je lepas membeli novel Sebenarnya, Saya Isteri Dia! ni minggu lepas. Baru sempat baca beberapa bab disebabkan kesihatan yang kurang mengixzinkan.

So far, rasa sangat berpuas hati sebabnya jalan ceritanya yang lain daripada yang lain. (padahal drama nya kat tv pon Mieya baru sempat tengok berapa episod je)


Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk memiliki novel ini. Masa nak beli hari tu pon, ngam-ngam tinggal sebuah je. huhu Nasib baik dapat diskaun lagi dari auntie kat kedai buku tu. Jimat duit !

Sememangnya bagi sesiapa yang merupakan penggemar atau kaki novel semestinya akan merasa teruja kuasa enambelas bila dapat tahu novel kegemaran mereka diadaptasi sebagai drama di tv. Yup, betul tu.

Tapi itulah, kalau buat drama yang diadaptasi dari novel ni, risiko dia besar. Misalnya, jika plot drama tak seiring dengan plot dalam novel. Besar kot impak dia kalau jadi macam ni, memang dapat kritikan hebat lah daripada pembaca novel tegar. hehehe 

Oh yaa! Novel "Sebenarnya, Saya Isteri Dia!" merupakan terbitan Karya Seni yang ditulis oleh Zura Asyfar. Teraju utama untuk drama ini ialah Tiz Zaqyah dan Izzue Islam.


P/S : Sinopsis dan drama episod penuh boleh dapatkan kat sini [klik]


CPUV Ke 9 Dari Nuffnang 2013

Assalamualaikum wbt and hi semua :)

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat kerana masih diberi kepercayaan dari pihak Nuffnang untuk menjalankan CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns di blog Mieya nie.

Jika dikira-kira, hampir tiga minggu lebih juga lah blog Mieya tidak menerima sebarang CPUV daripada Nuffnang. Tapi digantikan dengan 2 campaign assignment Blogbuster, di mana hasil pendapatan nya jauh lebih berganda jika dibandingkan dengan iklan CPUV nie. Alhamdulillah.


CPUV ke 9 setakat ini datangnya dari Origins Ginzing. Contoh iklan boleh tengok pada gambar di bawah ni. So, kalau terjumpa boleh lah klik-klik dengan penuh rasa kasih sayang. Ecewahhhh!


Apa-apa pun, terima kasih kepada Nuffnang, lebih-lebih lagi kepada pihak advertiser yang sudi memilih blog Mieya untuk menempatkan iklan produk mereka. Insyaallah, Mieya akan berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin.


Khasiat Kentang Untuk Kecantikan Kulit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca :)

Selama ini kita hanya mengenali kentang sebagai sayuran untuk dimakan kan? Tapi siapa sangka, sayuran yang satu ini selain enak dimakan, ia juga bermanfaat untuk merawat kulit kita.

Benar, kentang mempunyai khasiat yang tersembunyi yang boleh menjadikan wajah lebih mulus dan cantik. Antaranya :

1. Hilangkan Lingkaran Mata
Kebanyakan daripada kita, khususnya para gadis di luar sana sanggup menghabiskan wang untuk membeli krim atau sesejenis produk kecantikan yang diharapkan boleh menghilangkan lingkaran gelap di sekitar mata. sekarang tak perlu lagi. Kini, kita semua boleh berjimat hanya dengan menggunakan kentang untuk mengatasi masalah tersebut.

Caranya, Hiris kentang mentah dan letakkan di atas selapis keju nipis. Lalu diletakkan di bawah mata selama 20 minit. Zat yang terkandung dalam kentang boleh mencerahkan kulit dan akan menghilangkan lingkaran pada mata.

2. Menghilangkan Parut Wajah
Cucilah wajah dengan jus kentang sekerap mungkin. Cara ini dapat membantu mengurangkan noda-noda hitam yang mengotori wajah.

3. Masker Kentang
Potong kentang lalu sapu dan gosokkan ke kulit. Lakukan dengan berhati-hati dan tumpukan pada kawasan yang bermasalah. Biarkan hampas kentang tersebut menempel selama 30 minit, sebelum membasuhnya dengan air bersih.

4. Pembersih Kentang
Membuat pencuci muka dengan kentang, mengapa tidak? Pertama, campurkan parutan mentimun dan kentang. Kemudian, tambahkan satu sudu teh tepung serbuk penaik, sebutir telur dan 1/4 mangkuk air, lalu dikisar selama seminit. Setelah selesai melakukan rawatan muka, bersihkan wajah dengan kain lembut yang telah dibasahi dengan air.

Selamat mencuba dan semoga berhasil !


Berakhirnya Sinetron Broken Vows


Assalamualaikum dan salam sejahtera kalian.

Jarang sangat nak tengok Mieya review sinetron, drama mahupun filem kat ruangan blog nie. Selalunya kalau buka je blog Mieya Atiera nie, mesti sinonim sangat dengan entri panjang kemain, pasal tips-tips serta secuit informasi. Entah pape.

Tapi kali ni, Mieya nak share pasal Sinetron dari Fillipina yang baru sahaja tamat semalam, Broken Vows. Tahu tak, yang Mieya nie susah sangat nak betul-betul fokus menonton sesebuah cerita sampai ke episod akhir sekali?

Yup, betul !  Kekadang tengok cerita yang bersambung-sambung nie sampai sekerat jalan je. Lepas tu, selalu je skip skip. Tapi berlainan pula dengan Sinetron Broken Vows nie.

Daripada episod pertama sehingga lah ke episod akhir, walau sesibuk manapun Mieya waktu itu.. Mieya akan setia melekat kat depan tv tepat pukul 3 petang. Kekadang tu, gigih sampai set alarm kat telefon semata-mata tak nak terlepas sesebuah episod.


Pelakon: Bianca King, Gabby Eigenmann, Luis Alandy dan Rochelle.

Sinopsis BROKEN VOWS

Melissa (Bianca) seorang wanita yang cantik dan pintar. Tetapi dia mempunyai pengalaman pahit. Dia pernah diculik dan dirogol. Roberto (Gabby) mencintai dan berjanji ingin mengahwini Melissa. 
Malangnya, sebelum mereka berkahwin, Melissa mendapati dirinya hamil (tanpa mengetahui siapa yang telah merogolnya sebelum ini). Adakah Roberto akan mengotakan janjinya atau mematahkan janjinya kepada Melissa?
Nasib Melissa diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Roberto tidak dapat menerima keadaan Melissa yang sedang mengandung anak lelaki lain dan meninggalkannya pada hari perkahwinan mereka. 
Tindakan Roberto itu memberikan tamparan hebat buat Melissa. Dunia menjadi gelap dan bagaikan tiada lagi hari untuk esok. Melissa bertindak membunuh diri namun diselamatkan Felix Rastro (Luis Alandy). 
Kehadiran Felix bagaikan sinar baru kepadanya. Sikap sabar dan prihatin yang ditunjukkan Felix terhadap Melissa dan anaknya, Eva membuatkan keperitan yang dilaluinya semakin terubat. 
Malah Melissa juga mula jatuh hati pada Felix. Ketika Melissa mula merasai nikmat kebahagiaan bersama Felix, hidupnya didatangi semula oleh lelaki yang pernah menjadi sejarah dalam hidupnya. Roberto kembali untuk menebus kesalahannya dengan meminta peluang kedua. Adakah Melissa akan kembali kepada cinta pertamanya? Apakah yang akan berlaku seterusnya?



Episod akhir, boleh ditonton disini :


Lepas nie, drama Dangeous Love pula yang bakal menggantikan Broken Vows. Tak sabar pulak nak tengok drama fillipina nie. Adakah drama ini boleh melawan kekuatan dari drama sebelum nie? Sama-sama lah kita saksikan ye :)


Demam

Assalamualaikum wbt dan menikmati Monday Blues semua !


Hari ini Mieya tak berapa sihat... Kurang sihat.. Di mana virus demam sedang melanda rumah Mieya sekeluarga.

Bermula dengan abang Mieya yang selesema, kemudian dengan adik yang demam panas satu badan. And sekarang nie Mieya pulak. Padan muka kau Mieya! Main usik-usik orang demam lagi.


Padahal dah mula rasa tak sedap badan di minggu lepas. Sakit tekak, hidung sedikit berair. Rasa seram sejuk sebab terdengar bunyi orang berjalan kat awning rumah.

Tapi Mieya tetap wat lek wat kool. Buat tak endah je semua tu. Macam takde apa-apa langsung yang pernah berlaku.

And kesudahannya.... Rasakan lah sekarang nie demam + pening kepala + selsema, siap dengan satu pakej lengkap lagi. Minta maaf lah tak dapat nak jenguk blog korang kali ni.


Sedikit perkongsian untuk hari ini :

Doa Demam Panas



Resepi Apam Beras Tradisional

Assalamualaikum wbt :)

Tempoh hari Mieya ada share gambar apam kukus kan? Kemain cantik lagi naiknya kuih apam beras yang Mieya buat nie. Bertambah-tambah gebu nya, kata orang. Cewah~

Kuih apam beras ni merupakan antara kuih tradisional kegemaran keluarga Mieya dan kerap jugak lah Mieya dan emak dok berulang-ulang kali membuatnya. Selain cara membuat nya yang mudah, kuih ini juga sedap dinikmati sama ada sebagai sarapan pagi mahupun sebagai minum petang.


Okey lah. Tanpa membuang masa, marilah Mieya kongsikan bagaimana cara membuat kuih apam beras nie. Untuk makluman, Mieya menggunakan tapai yang diperap selama lebih kurang dua hari atau sehingga sedikit berair.

Tapi jangan risau lah. Bab nak membuat tapai ni, takde apa-apa pantang larang pon. Tak payah lah kalut sama ada jadi atau tak. Bantai je. Janji jadi tapai dan berair sedikit.


Cara membuat Tapai :

2 Cawan nasi sejuk
1/4 ragi

Gaulkan nasi dan ragi. Simpan ke dalam bekas yang bertutup. Biarkan selama dua hari atau sehingga berair sedikit.


Resepi Apam Beras



Bahan-bahan :

1 peket tepung beras (Mieya guna cap teratai)
2 cawan tapai nasi
1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 peket eno
secubit garam
air secukupnya


Cara membuat :

1. Blend semua bahan kecuali eno. Blend sampai halus.
2. Tapis adunan ke dalam besen dan tutup bekas adunan (guna tutup periuk pon boleh). Perap selama 5 jam.
3. Didihkan air dalam pengukus.
4. Kemudian, campurkan eno dan bahan pewarna. Kacau sebati.
5. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
6. Hidangkan bersama kelapa yang telah digaul dengan sedikit garam.

Selamat mencuba ye !


Blogger Lucah Follow Blog Mieya?

Assalamualaikum wbt semua.

Wah tajuk, kemain 'havoc' gila! Bukannya berniat nak mencari publisiti yang meluas atau apa dengan tajuk entri kali ini. Yup, this is totally true! Takde unsur-unsur penipuan di mana tajuk lain, isi lain. Nehi!

Cuma, Mieya agak terkejut bila buka je blog sebentar tadi.. And then, terperasan akan kehadiran follower baru yang kemudiannya, mengundang 1001 tanda tanya kepada Mieya.

Malas lah nak cakap banyak... tengok gambar kat bawah nie haaaa..

P/S : Gambar memang sengaja diblurkan. Lucah wei! Malu i'olls tau !


Tetiba je Mieya dok kembali menyoal diri Mieya sendiri,


"Blog Mieya nie ada tulis pasal entri lucah ke? Ke ada selitkan gambar-gambar lucah?"
hmm.. rasanya langsung takde. Kot ye pon ada, cuma tulis sikit pasal tajuk buku Zahiril Adzim je (Bogel Menuju Tuhan)

"Macam mana pulak beliau tertarik nak follow blog cikai Mieya nie?


"Apa motif yang membuatkan beliau follow blog Mieya? Apakah beliau memahami dengan apa yang Mieya dok bebelkan selama ini?"

atauuuu...


Erkkkkk.... k lah, tak mahu fikir yang bukan-bukan. Nak buat apa serabutkan kepala untuk memikirkan benda-benda macam ni. Buat tambah dosa je. Haishhh


P/S : Okey, finally dah block pon follower tersebut. So, jangan lah pelik kalau check kat senarai follower, takde penama yang berkenaan =p


Kedudukan Alexa Rank Semakin Baik

Assalamualaikum wbt :)

Blog Mieya kini berada pada kedudukan alexa rank bawah 400K setakat hari ini (10/05/2013) iaitu pada 338 364. Jika sebulan lepas, blog ini berada di kedudukan 500 ribu lebih (hmm,, banyaknya!) 

Namun berkat usaha dan sokongan daripada rakan-rakan blogger sekalian, akhirnya membuahkan hasil apabila blog Mieya kini dengan perlahan-lahan turun hingga ke ratusan ribu pada hari ni.

 Alhamdulillah.. Ranking Alexa dari hari ke hari semakin bertambah baik. Terima kasih banyak-banyak buat blogger yang bagi support untuk Mieya terus wujud dalam dunia belog ni. Walaupun mo0d kadangkala agak 'swing' ke laut sikit..hee.

Ni kedudukan alexa dua minggu lepas...

Manakalaa, di bawah ini pula merupakan Alexa rank pada minggu ni..

Semoga para pengunjung blog Mieya Atiera dapat menerima cara dan pembawaan blog ini yang cuba menyampaikan sesuatu secara kool dan santai. (kool lah sangat kan!)



Nuffnang Blogbuster Campaigns : What Is Project C?

Assalamualaikum wbt

Wallah ! Untuk kesekian kalinya, Mieya dapat lagi surat cinta daripada pihak Nuffnang. Sudah tentulah tak lain dan tak bukan Campaign Assignment dari Nuffnang Blogbuster. Rasanya, ramai di kalian korang yang dah dapat jugak kan?


Tapi, untuk tugasan kali ini... Macam biasa lah, kena buat video pendek (dalam tempoh 15 saat) pasal What is Project C? Di mana tugasan kali nie nampaknya jauh lebih mudah. Sebabnya, kita hanya perlu meneka apa benda atau objek yang bermula dengan huruf C. Misalnya, C for cendol, C for Char Koey Teow atau apa-apa je lah. Yang penting bermula dengan huruf C.

Deadline untuk hantar penyertaan ialah 16 May 2013. So, sempat lagi lah kalau korang nak join. Mieya pulak? haa... Mieya tengah tunggu keputusan dari penyertaan yang lepas sama ada diterima atau tak. huhuhu.. tetibe gemuruh semacam nak tunggu keputusannya.


Hikmah Allah Menciptakan Lalat

Assalamualaikum wbt semua :)

Pernahkah kalian terfikir, apakah sebenarnya hikmah Allah mencipta binatang (yang kita anggap sangat jijik dan kotor) seperti lalat nie?

Kita selalu dengar, Allah menjadikan sesuatu tu bersebab dan ada hikmah. Jadi,

Apakah hikmah penciptaan lalat? 


Seperti yang manusia sedia maklum bahawa lalat merupakan serangga yang kecil, lemah dan hina bahkan mampu memberi kemudharatan kepada manusia dengan di datangkan bermacam penyakit yang berbahaya sehingga membawa kepada hilangnya nyawa manusia.
Menurut Kitab Jaulah fi Dauhah Al-Adab, di antara penyakit berbahaya yang dibawa oleh lalat ialah jangkitan Tuberculosis (Jarsumah As-sel), Salmonella typhi (At-Taifud), Amebiasis (Ad-Dusnataria) dan Pink Eye (Ar-Ramd).

"Hai. Saya adalah lalat. Gembira bertemu anda"

"Allah ciptakan lalat tu supaya manusia menjaga kebersihan. Kalau tempat bersih mana ada lalat." - kata emak Mieya.


Punyalah lama Mieya menterjermah kata-kata emak Mieya nie dan akhirnya terjawab jugak. Haha. Hikmah supaya manusia menjaga kebersihan ni merupakan antara salah satu daripadanya je. 

Umumnya masyarakat mengetahui lalat ialah sejenis serangga yang hidup di persekitaran kotor dan menjijikkan. Malah lalat terus aktif membiak jika kawasan tersebut dibiarkan tanpa seliaan yang bersistematik.
Bukankah Islam mengajar bahawa menjaga kebersihan itu adalah suatu perkara yang dituntut oleh umatnya? Nah, lihat dan fikirkanlah hikmah disebalik kewujudannya.
Masakan lalat mahu hidup ditempat yang bersih dan tiada sebarang pencemaran yang menjijikkan bukan?
SubhanALLAH!

Cerita lalat ni bukan cerita baru. Malah dalam Al-Quran juga ada menyebut tentang lalat. (klik sini kalau rajin)

 P/S: Sentiasalah yakin bahawa Allah menjadikan sesuatu tu adalah untuk kebaikan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.


Wordless Wednesday #35 | Menu Minum Petang


Panas.. panas.. Apam panas! Baru lepas dikukus tadi.. 

Jemput makan, keluarkan sendiri dari acuannya ye? hehe..


Pengalaman Bertugas di Hari Mengundi PRU13

Assalamualaikum wbt and hi everyone! :)

Cuba kira, dah berapa puluh jam Mieya tak menghupdate blog? harharhar... Ini semua gara-gara penangan PRU 13 yang baru sahaja berakhir kelmarin. Punyalah penat sampai tak ingat dunia. (k, tipu je tu)

Pagi-pagi dah bersiap sedia menjaga di kawasan yang ditetapkan, dari pagi sampai ke tengah hari. Check siapa yang sudah dan siapa yang belum mengundi lagi. And then, berhenti rehat sekejap, sambung sampai ke petang. Petang pulak hujan turun dengan lebat beserta dengan angin kencangnya. Lepas je hujan berhenti, sambung jaga balik sampai masa untuk mengudi tamat.


Pulang je ke rumah, terus tidur. Langsung tak fikir apa dah. And then, pukul 8 malam terus siap-siap duduk kat depan tv. Fuh, seharian penat melayan kerenah manusia. Macam-macam  perangai luar biasa yang dapat Mieya perhatikan. Antaranya :

Racist, isu perkauman. Orang dari luar berhenti nak buat semakan, lengkap berbaju uniform parti pilihan. Dicaci, dikeji, disuruh menanggalkan baju tersebut lalu dipijak-pijak. Sangat teruk okey?

Perbalahan antara ahli keluarga. Misalnya, si ibu dan anak menantu merupakan penyokong kuat berlainan parti. Ada satu kes, yakni jiran Mieya. Si ibu melarang menantunya menjejakkan kaki ke rumah jika masih berdegil memihak dengan parti pilihannya.

Kutuk-mengutuk. Misalnya, pada malam sebelum hari pilihanraya tu, macam biasa ada ceramah kan? Tapi bila majlis ceramah digantikan dengan majlis bacaan Yaasin serta doa selamat. Ada yang mengutuk, siap cakap, "baca Yaasin untuk kuburkan  si polan  dekat kubur  blablabla ke?"

Keadaan yang huru-hara. Tak tahu lah apa motifnya sampai ada yang nak buat kecoh pada hari mengundi. Maybe sebagai taktik nak tarik pengundi kot. Pada hari tu, ada orang yang mabuk, berjalan-jalan ke sana ke mari sambil merayu-rayu untuk mengundi parti blablabla..

Dakwat kekal. Ternyata memang ramai yang mempersoalkan mengenai keberkesanan dakwat kekal sepanjang hari mengundi hari tu. Kat tv, surat khabar kata tak boleh hilang. Tapi apa pasal dakwat kat jari saya boleh hilang (sambil tunjuk jari) ish3

Kalau dah lap sejurus selepas jari dicalit dakwat, memang lah boleh hilang gitu aje. Cuba biarkan sampai kering. Kesannya tetap ada melainkan dicuci dengan klorox dan seangkatan dengannya.


Dan yang paling dikesali, masih ada lagi individu yang tak ambil tahu langsung sol masa depan negara. Langsung tak keluar mengundi. Alasannya, memang tak boleh diterima dek akal lah. Ada yang kata, tertinggal ic kat kampung, call tak berjawab, terus pergi kerja dll.

Memang mencabar betul tugas Mieya semalam padahal tugasnya sikit punya simple. Tapi disebabkan faktor-faktor sekeliling telah menyebabkan ia menjadi satu tugas yang paling mencabar bagi diri Mieya.

Okey lah. Mieya rasa lebih baik Mieya berhenti setakat disini sahaja. Bukan berniat nak mengeluh ke apa, cuma nak meluahkan apa yang terbuku di hati ni. Apa-apa pun, tahniah kepada Barisan Nasional di atas kemenangan pada PRU13 nie.


Nuffnang Blogbuster : Acer Hybrid Ultrabook

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Buka-buka je inbox email tadi, Mieya didatangi dengan invitation untuk memeriahkan lagi aktiviti Nuffnang blogbuster. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. In shaa Allah, Mieya akan cuba juga join.

Kalau korang nak tahu, Nuffnang Blogbuster jauh lebih masyuk daripada kempen CPUV  dan CPC Nuffnang. Sebabnya, setiap kali iklan ditonton secara "complete play" kita akan dibayar RM0.50. Itu baru sekali. Kalau 100 kali? Dah dapat RM50 dah. Haa.. Semudah gitu je dah boleh cashout earning Nuffnang.

Sebab tu, kalau ada di kalangan korang yang ada dapat Invitation Blogbuster nie. Kalau boleh, korang join lah. Syok woah.. Serius, Mieya cakap!

Tapi.. tugasan kali ini, jauh lebih mencabar daripada biasa. Sebabnya..


Nak buat video pasal laptop nie bukannya senang. Nak-nak lagi, Mieya takde bakat nak berlakon bagai nie. Aiseyh.. Macam mana nak buat ye kali nie?

Korang ada cadangan tak?


Selamat Mengundi !

Assalamualaikum wbt semua :)

Kurang daripada 48 jam sahaja lagi akan berlangsungnya hari mengundi. Hari yang kita semua nanti-nantikan bersempena dengan Pilihanraya Umum yang ke-13 (PRU13)

Rentetan dari itu, maka secara tak langsung, tugas yang Mieya galas selama hampir beberapa minggu ini bakal berakhir tak lama lagi. Yeppi !

Tak sabar rasanya nak menunggu detik-detik bersejarah menamatkan tugas pada hari Ahad nanti. Lagi-lagi masa untuk menghalau eh, menyeru penduduk seisi rumah untuk keluar menjalankan tugas mereka, yakni pergi mengundi.


Oh ya ! Mieya cuma bertugas sebagai Jalinan Rakyat (JR) je, merupakan antara yang paling muda sekali dengan dikelilingi oleh golongan wanita. Tugas Mieya senang je, serahkan kad maklumat mengenai tempat mengundi serta memastikan para pengundi setempat keluar mengundi.

Lepas nie boleh lah update belog sampai terlentang sana sini. Maklum lah, nak bercerita pasal apa yang terpendam selama ni. Boleh lah menyambung kembali misi berblogwalking yang sekian lama diabaikan. Lagi-lagi, boleh lah meneruskan aktiviti harian seperti biasa tanpa terkejar-kejar masa ke sana ke mari.

Okey lah. Mieya stop sampai disini dulu ye entri kali nie. Nanti ada pulak merungut sebab entri berjela panjangnya, tapi ceritanya sama sahaja. Kbai~

Pesanan dari budak tak cukup umur: Kuasa terletak di tangan anda. Pilihlah apa yang anda rasakan betul kerana inilah masa untuk anda menentukan siapa yang layak memimpin negara dan masyarakat Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik, cemerlang dan paling penting sebenar-benar dihormati di mata dunia.


Cash Out Nuffnang Kali Ketiga

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Masih lagi diberi peluang dan kesempatan untuk cash out Nuffnang buat kali ketiga setelah memeram hasil blogging selama lebih kurang tiga bulan.

Satu jangka masa yang sangat singkat. Selalunya dekat enam bulan hingga setahun baru dapat cash out. Tapi kali ini, alhamdulillah. Nikmat rezeki pemberian Allah S.W.T


Sekarang ini, earning Nuffnang kembali kepada asal, iaitu "0" kosong. Manakala, masih ada satu CPUV yang masih berlegar-legar di sekeliling blog.

Terima kasih Nuffnang kerana sudi memberi berbagai-bagai jenis iklan CPUV dan CPC yang menarik. Terima kasih kerana masih lagi memberi kepercayaan kepada blog Mieya.


Terima Kasih Rakan Blogger

Assalamualaikum wbt dan selamat hari buruh kepada semua :)

Syukur kehadrat Allah SWT kerana mengurniakan daku rakan taulan yang sanggup mendermakan keringat, masa, kreativiti dan sokongan padu. Terharu dan dalam masa yang sama, juga bersyukur.

Entri kali ini memang buat julung-julung kalinya, Mieya tujukan kepada rakan-rakan blogger yang sudi buatkan doodle dan juga header kat blog Mieya nie.


Doodle yang pertama ni, hasil kreativiti daripada blogger Iha Zaliza, pemilik blog http://ihazaliza.blogspot.com. Katanya, Iha tetiba teringatkan Mieya and then, secara automatinya terus buatkan satu doodle untuk Mieya. Terima kasih ye. huhuhu... terharu sungguh daku.

Seterusnya, 


Header comel daripada blogger Cik Kumbang, si pemilik blog http://www.belogcikkumbang.tk. Comel kan?  Header ini merupakan freebies daripada CK kepada beberapa orang follower bertuahnya. Dan Mieya merupakan antara salah seorang daripadanya. Thank you CK !

Tak lupa juga, ucapan penghargaan buat rakan-rakan blogger yang lain, yang sudi meluangkan masa di blog Mieya. Sudi tinggal jejak, bagi komen dan idea bernas. Terima kasih semua.

Walaupun bukanlah dorang bagi Ferrari sebijik, mahupun kamera cap Canon, tapi ini dah cukup buat Mieya ingat sebagai kenangan terindah sepanjang berblogging. Terima kasih kalian. Jasamu dikenang.