Showing posts with label Invitation. Show all posts
Showing posts with label Invitation. Show all posts

Nuffnang Blogbuster : Switch 2 U

Assalamualaikum wbt and hai semua !

Setelah hampir tiga minggu menanti kan kemunculan invitation baru untuk program Nuffnang Blogbuster. Akhirnya, kali ini dapat juga.. Yeay!

Campaign Assignment bagi Nuffnang Blogbuster kali ini diberi tajuk "Switch to U" di mana individu yang terpilih dikehendaki untuk menghasilkan satu video pendek (10 saat) yang berkisarkan mengenai kelebihan menggunakan U-mobile.

Your video should be creative, fun and informative. One or more of the 4 themes below must highlighted in your video.

a. Free Messaging with Kakao Talk and WeChat
b. Member Get Member
- For referrals: 5% FREE credit
- Those who switch: 15% top up bonus for the first 6 months
c. UMI 38: Unlimited Mobile Internet Usage
d. Free Calls & Free SMS


Dan jika video korang terpilih, iklan video anda akan ditayangkan selama mana yang dikehendaki oleh pihak advertiser. Apa yang menariknya, setiap kali video dimainkan akan memberi imbuhan kepada anda sebanyak RM0.50 per tonton. So, jangan pandang sebelah mata, okey?

Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Mulakan plan anda dalam membikin video pendek ini hari ini. Mieya pon sedang mencari idea untuk membuat video kali nie. Wish me luck and also all the best for you guys! =p


Video What Is Project C? (Nuffnang Blogbuster)

Assalamualaikum wbt :)

Hai korang! Ingat lagi tak dengan entri coretan Mieya yang lepas pasal Video Penyertaan Blogbuster yang direject !

Namun, selepas mendapat komen maklum balas yang positif daripada rakan blogger sekalian.. yang tanpa henti memberikan sokongan padu kepada Mieya. Sedikit sebanyak telah menyuntik semangat ke dalam diri Mieya.


Akhirnya, berbekalkan masa yang singkat pada hari Sabtu yang lepas, (yakni selepas pulang bekerja half-day pada hari tersebut) Mieya gagahkan jugak jari-jemari untuk menggodek-godek gambar di google.

Kat bawah nie antara gambar-gambar tersebut yang telah Mieya olah dan edit dengan menggunakan Photoscape dan paint :


Nuffnang Blogbuster Approved !

Dan.. Alhamdulillah. Percubaan kali ini telah membuahkan hasil di mana video Mieya telah dipilih untuk ditayangkan di blog dari 29 Mei sehingga 21 Jun nie. Alhamdulillah. Rezeki masing-masing.


Kalau korang nak tengok versi video yang Mieya buat tu, boleh lah tekan button "watch again" kat atas header tu. (ikut step seperti gambar di atas)


Nuffnang Blogbuster : Acer Hybrid Ultrabook

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Buka-buka je inbox email tadi, Mieya didatangi dengan invitation untuk memeriahkan lagi aktiviti Nuffnang blogbuster. Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang. In shaa Allah, Mieya akan cuba juga join.

Kalau korang nak tahu, Nuffnang Blogbuster jauh lebih masyuk daripada kempen CPUV  dan CPC Nuffnang. Sebabnya, setiap kali iklan ditonton secara "complete play" kita akan dibayar RM0.50. Itu baru sekali. Kalau 100 kali? Dah dapat RM50 dah. Haa.. Semudah gitu je dah boleh cashout earning Nuffnang.

Sebab tu, kalau ada di kalangan korang yang ada dapat Invitation Blogbuster nie. Kalau boleh, korang join lah. Syok woah.. Serius, Mieya cakap!

Tapi.. tugasan kali ini, jauh lebih mencabar daripada biasa. Sebabnya..


Nak buat video pasal laptop nie bukannya senang. Nak-nak lagi, Mieya takde bakat nak berlakon bagai nie. Aiseyh.. Macam mana nak buat ye kali nie?

Korang ada cadangan tak?