Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Cash Out Nuffnang Kali Ke 4

Assalamualaikum wbt :)

Rasanya, awal bulan Mei yang lepas Mieya dah pon cashout earning Nuffnang. Tapi alhamdulillah, kerana masih diberi peluang untuk cashout Nuffnang lagi di penghujung bulan Mei 2013.

Seriously, Mieya betul-betul tak sangka boleh cashout Nuffnang sebanyak dua kali dalam masa sebulan sahaja. Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi diri Mieya sepanjang berblog ini.



Okey.. Sebelum nie, Mieya memang takde mention atau sebut apa-apa pun pasal jumlah earning Nuffnang yang telah Mieya cash out kan?

Bukannya tak nak berkongsi dengan para pembaca semua, tapi Mieya tak nak dianggap sebagai seorang yang riak dan suka menunjuk-nunjuk.

Cukuplah sekadar Mieya bagitahu,  bahawa earning tersebut cukup bagi Mieya untuk menampung kos membuat Giveaway pertama Mieya nanti. Bila? Tunggu lah masa yang sesuai nanti ye :)

Ohya.. masih ada 2 CPUV yang sedang berlegar-legar di blog Mieya nie. CPUV dari Origins Ginzing dan CPUV DiGi WWWOW. Kalau nampak, sudi-sudikanlan untuk klik ye?

Terima kasih :)


Masalah Mabuk Kenderaan

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua :)

Mieya baru je lepas menonton konsert Kilauan Emas separuh akhir malam tadi. Satu-satunya rancangan televsyen yang paling sesuai dan tepat bagi Mieya sekeluarga bersantai dan menghiburkan hati setiap minggu.  Bergelak sakan sampai tak ingat dunia sekeliling dah. kehkehkeh :D

Okey, berbalik kepada tajuk entri kali ini.

Ada sesuatu tentang Mieya yang tak ramai orang tahu. Cuma ahli keluarga serta kawan-kawan rapat sahaja yang tahu mengenai ini. Sebenarnya, saya isteri dia! Eh, bukan nak cite pasal tu.

Sebenarnya.. sebenarnya Mieya ada masalah mabuk kereta. Dari kecik sampai lah dah meningkat remaja nie, Mieya masih dihurung masalah ini.

Bila naik saja kereta, secara automatik, kepala akan pening. Bila kepala pening, Mieya pon duduk senyap-senyap. Bila tengah senyap, tak lama lepas tu.. tekak rasa loya semacam.. Rasa nak muntah aje. Errr... korang pernah tak alami masalah sebegini?


And yang paling memeritkan, masalah ini semakin menjadi-jadi sepanjang tiga empat hari Mieya mula bekerja. Maklum lah, pergi kerja dengan abang Mieya dengan menaiki kereta. And then, balik je ke rumah, terus bergegas lari ke toilet untuk muntah.

Actually, Mieya pon tak sure apakah 'benda' kat dalam kenderaan yang buat Mieya jadi loya? Mungkin bila pasang aircond or bau enjin. Mungkin la.

Mieya ada juga try godek-godek google cari pasal petua mengatasi masalah mabuk kenderaan. Antaranya :

1. Madu Asli
Campurkan madu dengan sedikit garam dan minum dengan sedikit air sebelum anda memulakan perjalanan.

2. Halia
Hiris halia nipis-nipis dan kunyah lah halia itu. Atau masukkan hirisan halia tersebut ke dalam termos dan minum ketika dalam perjalanan.

3. Ubi Keledek
Basuh ubi keledek dengan air panas, kemudian kupas kulit. Sesudah itu, potong kecil-kecil dan jadikan sebagai kudap-kudap sepanjang perjalanan.

4. Ubat
Dapatkan ubat atau pil tahan mabuk di farmasi atau seperti yang disyorkan oleh pakar perubatan.

P/S : Tips-tips tersebut agak sukar untuk Mieya ikuti bila nak balik kerja tu. Nak makan ubat, sekurang-kurangnya kena 30 minit atau sejam sebelum bertolak pulang ke rumah. Nak amalkan yang lain tu, memang susah lah nak dapatkan "barang" tersebut.

Korang ada petua atau cara nak kurangkan loya bila nak naik kenderaan tak??


Khasiat Kentang Untuk Kecantikan Kulit

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca :)

Selama ini kita hanya mengenali kentang sebagai sayuran untuk dimakan kan? Tapi siapa sangka, sayuran yang satu ini selain enak dimakan, ia juga bermanfaat untuk merawat kulit kita.

Benar, kentang mempunyai khasiat yang tersembunyi yang boleh menjadikan wajah lebih mulus dan cantik. Antaranya :

1. Hilangkan Lingkaran Mata
Kebanyakan daripada kita, khususnya para gadis di luar sana sanggup menghabiskan wang untuk membeli krim atau sesejenis produk kecantikan yang diharapkan boleh menghilangkan lingkaran gelap di sekitar mata. sekarang tak perlu lagi. Kini, kita semua boleh berjimat hanya dengan menggunakan kentang untuk mengatasi masalah tersebut.

Caranya, Hiris kentang mentah dan letakkan di atas selapis keju nipis. Lalu diletakkan di bawah mata selama 20 minit. Zat yang terkandung dalam kentang boleh mencerahkan kulit dan akan menghilangkan lingkaran pada mata.

2. Menghilangkan Parut Wajah
Cucilah wajah dengan jus kentang sekerap mungkin. Cara ini dapat membantu mengurangkan noda-noda hitam yang mengotori wajah.

3. Masker Kentang
Potong kentang lalu sapu dan gosokkan ke kulit. Lakukan dengan berhati-hati dan tumpukan pada kawasan yang bermasalah. Biarkan hampas kentang tersebut menempel selama 30 minit, sebelum membasuhnya dengan air bersih.

4. Pembersih Kentang
Membuat pencuci muka dengan kentang, mengapa tidak? Pertama, campurkan parutan mentimun dan kentang. Kemudian, tambahkan satu sudu teh tepung serbuk penaik, sebutir telur dan 1/4 mangkuk air, lalu dikisar selama seminit. Setelah selesai melakukan rawatan muka, bersihkan wajah dengan kain lembut yang telah dibasahi dengan air.

Selamat mencuba dan semoga berhasil !


Tips Mengecilkan Liang Pori-Pori

Assalamualaikum

MASALAH muka berminyak disebabkan liang pori-pori terbuka sudah tidak asing lagi di kalangan wanita mahupun lelaki, termasuklah Mieya sendiri. Ya, masalah kulit berminyak semakin menghantui Mieya sekarang nie.

Pengeluaran minyak secara langsung bergantung kepada saiz liang pori-pori. Lebih besar liang pori-pori seseorang, pengeluaran minyaknya juga lebih banyak.

Punca liang pori-pori besar :

  • Terdedah kepada matahari secara berlebihan 
  • Merokok
  • Penuaan
  • Genetik (faktor keturunan) 
  • Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan 
  • Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil

Berikut adalah tips untuk mengecilkan pori-pori secara lebih efektif

  1. Cara terbaik mengelakkan pori-pori membesar adalah dengan memastikan kulit sentiasa dalam keadaan bersih setiap kali melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali bagi menghilangkan lapisan kulit mati.

  2. Amalkan membasuh muka guna cleanser 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Lagi bagus kalau cleanser tu ada tulis 'oil-control'.  

  3. Keringkan muka menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci muka.

  4. Bedak asas daripada bahan air yang sesuai dengan jenis kulit adalah digalakkan.

  5. Pakai masker pembersih satu atau dua kali seminggu untuk perlindungan dan mengekalkan kebersihan kulit.

  6. Pastikan produk solekan anda mengandungi bahan bebas minyak, Kalau muka dah berminyak takkan nak cari produk yang mengandungi minyak lagi kan. Nanti bertambah teruk lah jadinya kan.

  7. Pastikan solekan dibersihkan menjelang petang dan jangan lupa menggunakan penyegar wajah (toner).

  8. Pastikan alat solek seperti berus dan span berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan tempekan kuman dan bakteria.

  9. Banyakkan minum air masak.

  10. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Selamat merajinkan diri dengan mengamalkan tips nie ye :)


Perut buncit, Macam mana Nak Atasinya?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

(Khas untuk para gadis / jejaka yang idamkan body cantik)

Sobs. Selalunya tengok orang kurus tapi ada bonggol. Slim tapi perut terjojol ke depan. Selalu je rasa pelik. Macam mana orang yang kurus melidi pon boleh ada banyak bonggol? Perut tak flat pon.

Tetiba bila kena kat diri sendiri. OMG! Inilah padahnya bila selalu sangat dok perhatikan perut buncit orang lain, sampai diri sendiri pon dah terkena tempiasnya. wuwuwu tak boleh jadi ni.



Terus je cari tips yang berkesan bagi menangani masalah perut buncit nie.


  1. Minum banyak air  –  Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.

  2. Kurangkan pengambilan garam – Garam yang berlebihan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.

  3. Makan perlahan-lahan - Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.

  4. Pengambilan serat – Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu  mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  5. Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.

  6. Bersenam - Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

  7. Bersarapan dengan yogurt - Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut bincit.

  8. Hindari minuman beralkohol – Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

  9. Amalan posisi ketika duduk – Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

  10. Lakukan kerja rumah – Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Ada jugak cara-cara tradisional untuk menghilangkan penyakit boroi ni, hehehe.. Yang tu kita cerita kemudian. Mulai hari ini kena disiplinkan diri untuk mendapat perut yang kempis..hehehe

Selamat mencuba!!

Jom Tukar Style Blogwalking !

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Setelah beberapa hari Mieya meluangkan masa untuk memerhati (observe) serta mengkaji (study). Mieya telah berjaya mendapatkan hasil keputusan (conclusion) tentang apa yang selama ini Mieya kaji dalam dunia blogging.



Perenggan pertama.
Baca dengan penuh minat.
"Ayat pendahuluan nampak menarik, ada potensi untuk pergi jauh". getus hati kecil.



Perenggan kedua.
Baca lagi dengan perasaan ingin tahu.
"Tak habis-habis lagi ke mukadimah entri nya ni? Bayangan isi pon tak jelas kelihatan lagi ni."



Perenggan ketiga.
Baca sikit-sikit.
"Haaa.. akhirnya, ada jugak isi kandungan yang berguna !"



Tapi bila tengok pada perenggan keempat, kelima dan seterusnya.
Skip terus.

  1. Jump to comment box. 
  2. Self-conclude about the main issue (macam tajuk, atau ayat di awal entri). 
  3. Finish posting a comment. 

Ada yang lagi bagus, tak payah baca entri.. and then, terus tinggal jejak di chatbox. So simple as reading ABC, right?

Well.. Dah masak benar dah dengan perangai diri sendiri sebagai seorang blogger. Dan tak hairan juga, jika most of us read an entry simple like this. Sama ada artikel itu dianggap sebagai sampah (tidak bermanfaat) atau malas nak membaca. 

So, apa kata kalau lepas nie kita sama-sama tukar tabiat membaca. Tak salah juga kalau sekali sekala kita menjadi "quick reader". kan?


Tumit Kaki Pecah dan Cara Mengatasinya

Assalamualaikum wbt :)

Tumit kaki pecah/merekah. Entah.. Mieya sendiri pon tak pasti sejak bila Mieya mengalami masalah ini. Tapi yang pastinya.. masalah ini bermula pada bulan September tahun lalu. But now.. alhamdulillah, dah semakin pulih.

Bila kaki merekah.. its like living in a room with dinding yang dah retak, tak cantik and even rasa tak selamat. Sometimes terasa macam kurang berkeyakinan untuk memakai kasut yang tidak bertutup.


Antara penyebab tumit kaki merekah ialah :


a)   Kulit kaki yang kering

b)   Berdiri terlalu lama
c)   Kasut yang tidak sesuai (Yang terbuka di belakang)
d)   Memakai sandal
e)   Menghidapi Penyakit Kulit



Maka.. Mieya berusaha mencari jalan penyelesaiannya. And google sebagai wadah untuk mencai maklumat. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya :

1. Khaskan sepasang sandal untuk dipakai di dalam rumah.

2. Ambil beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

3. Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu. Gosok secara lembut.


4. Jalan atas rumput di awal pagi tanpa memakai kasut atau selipar. 

5. Sapu krim atau losyen sama ada sebelum tidur atau berada dalam air conditioner.

Baik lelaki mahupun wanita, walaupun tumit kaki ini amat jarang dilihat oleh orang lain, namun sekurang-kurangnya kita perlu menjaga kebersihan dan kecantikan kaki kita. Sekurang-kurangnya kita akan dilihat sebagai seorang yang menjaga tentang etika kebersihan kecantikan diri.


Tidurlah Awal

Assalamualaikum wbt :)

Ramai di kalangan kita yang gemar tidur lewat. Ada yang kadangkala tidak tidur langsung seharian. Bukan itu sahaja, malah ada juga yang hidup seperti kelawar atau burung hantu. Contohnya :


Paginya tidur, bangun pukul 1 petang, dan berjaga terus hingga pukul 6 pagi. Pukul 6 pagi, sambung tidur balik.

Gejala tidur lewat ini sering berlaku pada golongan mahasiswa, mahasiswi, dan pelajar-pelajar. Ramai yang tidur lewat kerana tugasan yang dijalankan pada saat-saat akhir. Nak tak nak, kena lah tidur lewat. Ada juga yang sibuk melayan game sampai  tak mengira waktu.

Sebenarnya, kita harus ingat, yang diri kita ini bukannya robot. Tub badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Tidur yang cukup boleh memberikan tenaga yang mencukupi kepada badan kita. Malah tidur yang cukup boleh menyegarkan badan dan otak. Jika tidur tak cukup, otak boleh jadi "burn-out" dan lama kelamaan boleh berhalusinasi sendiri[jadi gila jawabnya]




Sebab itu, kalau boleh tidurlah minimum 6 jam dan maksimum 8 jam. Janganlah lebih dan jangan pula kurang. Sebab badan kita perlukan rehat yang cukup. Info selanjutnya, klik sini :)

Dan semolek-moleknya ikutlah nasihat daripada Imam Al-Ghazali. 

Imam Al-Ghazali mengatakan kita perlu tidur malam selepas Isyak kecuali 6 orang iaitu:

  1. Orang yang bermuzakarah Ilmu
  2. Orang yang ziarah orang sakit
  3. Orang yang melayani tetamu di rumahnya
  4. Orang yang ada perbincangan dengan kerjayanya
  5. Orang yang menghafaz dan membaca Al-Quran
  6. Orang yang menjaga mashalah orang kampungnya

Kalau tak tergolong dalam 6 orang di atas, jangan gatal-gatal tidur lewat ye. Dan, jangan lupa baca doa sebelum tidur :)






Tips Dapat CPUV Campaign Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)


Inilah kerenah manusia. Bila Nuffnang dah bagi CPUV Campaign berketul-ketul tak reti nak jaga dengan penuh kasih sayang. Bila tak bagi CPUV pulak, mula lah nak merajuk. Buat protes sana sini. hisyy, teruknya! 


Ramai yang masih tak tahu apakah itu BE atau CPUV, terutamanya blogger baru. CPUV adalah singkatan daripada perkataan Click-Per-Unit-Visit yang bermaksud pendapatan terumpuk/terkumpul. Ia adalah iklan berbayar terbaik dari Nuffnang. Anda akan dibayar berdasarkan Unique Visitor dan juga jumlah klik yang diterima semasa kempen sedang berjalan


Jadi, macam mana cara nak dapatkan CPUV nie? Haaa... Macam mana? macam mana???


Okey, kalau korang search kat google tu, confirm berlambak entri pasal tips nak dapatkan CPUV yang dikongsi oleh blogger lain. Hmmm, itu cara dorang, macam mana pulak dengan cara Mieya ye? 

  • Status keahlian Nuffnang mesti Gliteratti/Exclusive. Kalau berstatus Ordinary..kebarangkalian untuk menerima CPUV adalah sangat tipis sekali.
  • Pastikan kedudukan iklan Nuffnang, iaitu Leaderboard, Skycraper dan Large Rectangle terletak di tempat yang sepatutnya.

  • Jangan sesekali menduakan Nuffnang, iaitu letak iklan lain selain daripada Nuffnang. Kalau Churpchurp tu okey lagi lah.
  • Update Blogger Bio sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Tonjolkan keunikan blog korang sama ada ceritakan serba-serbi pasal diri dan blog dalam survey.. atau upkan entri yang readers suka.
  • Rajin-rajin berinteraksi dengan pihak Nuffnang dengan menghantar tiket. Tanya je apa-apa soalan mengenai CPUV. Kenapa blog korang tak dapat CPUV? confirm pertanyaan korang akan dijawab.
  • Pastikan masa Loading untuk membuka blog korang tak terlalu berat atau lambat. Kalau boleh, widget yang tak diperlukan sila buang.
  • Rajin-rajin update blog at least seminggu 3 kali atau lebih. Hal ini sekaligus menunjukkan blog korang aktif di mata pihak Nuffnang.
  • Pastikan entri yang korang taip adalah asli. Kalau copy paste pon, pandai-pandailah bagi backlink, adjust ayat bagi mantap lebih sikit. Sebabnya Nuffnang menitik beratkan keaslian sesebuah artikel yang ditulis.
  • Jauhi diri anda dari menaip entri berbaur lucah dan juga berunsurkan politik. Ingat, hasil pendapatan daripada entri lucah tak halal ye.
  • Jangan klik iklan sendiri, nanti tak pasal-pasal akan dianggap sebagai fraud klik dan berkemungkinan besar, akaun Nuffnang korang kena banned !
  • Maintain kan trafik at least 50UV. Jangan biarkan trafik jatuh macam naik turun tangga. Kalau boleh tingkatkan dari sehari ke sehari.
  • Kalau boleh, dapatkan pembaca setia blog masing-masing. So disini, komunikasi dua hala sangat memainkan peranan ye?
  • Sentiasa sabar. Mungkin tiada iklan yang sesuai untuk korang kan? Atau mungkin belum sampai lagi rezeki korang.

Itu je lah antara tips yang Mieya praktik kan selama ini. Tapi still, kekadang ada juga masa-masanya blog Mieya langsung tak diberi CPUV campaign. Mungkin tiada lagi iklan kempen yang bersesuaian dengan demografi blog dan juga pembaca blog Mieya nie kot. 

Takpe, yang penting dapat meluangkan sedikit masa dengan hobi berblogging selain dapat mengenali kawan-kawan baru di sini pon dah kira satu bonus buat Mieya. At least, ada juga tempat untuk meluahkan kata-kata.


Diet Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum wbt 

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan ikut sesuka hati kita saja. Ada juga pantang larangnya berdasarkan hukum-hukum Islam.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau kita semua ikut diet Rasulullah ini, kita takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.




Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.

(Hadis riwayat Bukhari)




Adakah anda seorang yang boros?

Assalamualaikum wbt :)

Alamak, baru awal bulan nie tapi purse dah kempis! Mak dengan abah baru saje bagi duit poket minggu lepas, tak sampai sebulan dah habis. Apa dah jadi nie?

Haaa.. Jangan-jangan korang dah kena sindrom pemboros kot?

Nak tahu sama ada betul ataupon tak, cuba korang jawab pertanyaan yang Mieya berikan nie. Cuba kaji sendiri, adakah korang seorang yang pemboros atau tidak.

A. Kalau ke shopping complex tanpa wang belanja, rasa macam ada yang tak kena.
B. Ketika melihat sesuatu barangan yang comel di sesebuah kedai, hati memberontak untuk membelinya.
C. Hampir setiap minggu ada parcel hasil e-shopping  (online shopping) yang dikirimkan untuk korang.
D. Tak cukup space dalam almari dan drawer kerana sudah penuh diisi barang.
E. Masih banyak lagi barang-barang yang dibeli tapi belum lagi dipakai.

Hasilnya, kalau kesemua jawapan di atas adalah betul, maka korang layak dikategorikan sebagai seorang yang BOROS. Wahh, alamat yang tak baik nie! Tapi dalam hati, korang tertanya-tanya bila lah nak jadi kaya? Antara sebab-sebab wujudnya sifat boros nie adalah :

  • Ahh, masih di awal bulan nie
Fikiran yang macam nie lah sering mengganggu minda korang. Mentang-mentang lah di awal bulan, poket pun masih penuh lagi. Korang pon apa lagi, mulalah berjoli sakan untuk bersuka ria bersama kengkawan yang lain.

  • Tetapkan Keutamaan
Pastinya korang memasang angan-angan untuk memiliki sesuatu barangan yang diidamkan. Hanya tunggu masa sahaja. Tapi, kalau dah time dapat duit je habis dibelanjakan, bila masa pulak korang nak mula kumpul duit?

  • Terlalu ikut kawan
Kawan-kawan beli dress baru, korang pon ikut beli dress baru. Nampak bff pakai beg tangan yang smart dan nampak ohsem, korang pon nak juga beli. Jadi, kalau macam nie lah perangai korang, macam mana duit poket korang tak kempis? 


Oleh itu, buanglah jauh-jauh pemikiran sedemikian rupa. Takkan lah perlu dibelanjakan sampai habis wang saku yang diberikan oleh parents korang tu? Habis tu, apa yang harus korang lakukan?

Tetapkan prioriti yang mana satu merupakan barang keperluan dan mana satu kehendak hati korang. Fikirkan baik-baik sama ada korang benar-benar memerlukan barangan tersebut ataupon tak. Tak semestinya korang perlu memiliki barangan seperti yang dibeli oleh kawan-kawan yang lain.


P/S : Sepanjang berada di Universiti nie, duit memainkan peranan penting. But for sure, Mieya cuba untuk berjimat-cermat.


Azam Tahun Baru, Kenapa Ramai Tak Berjaya Mencapainya?

Assalamualaikum wbt :)

Tinggal lebih kurang daripada seminggu sahaja lagi kita bakal bertemu di tahun baru. Dan seperti biasa, menjelang tibanya di tahun baru. Sudah semestinya kita semua sepakat untuk menulis atau mencatat segala macam azam atau impian yang ingin dicapai di tahun tersebut.

Persoalannya disini, apakah semua yang kita azamkan dulu, semuanya sudah tercapai atau masih belum. Kalau belum pula kenapa?

Haa.. Rasanya mesti ada di kalangan kalian yang baru tersedar daripada mimpi kan bila diajukan soalan sedemikian rupa? Ya, benar. Itu termasuklah sekali dengan Mieya. Mieya perasan, masih ada 2-3 azam/impian yang Mieya gagal untuk mencapainya.

Tentang apa isi azam/impian Mieya tu, tak dapatlah Mieya kongsikan disini bersama kalian. Bak kata Siti Nurhaliza, Biarlah rahsia dulu ye.

Okey, berbalik kepada persoalan yang Mieya ajukan di awal entri tadi. Kenapa ramai yang gagal dalam merealisasikan azam tahun baru mereka.

Baiklah, disini Mieya spesifik kan pada azam untuk mencapai matlamat kecergasan. Jenuh korang nak membacanya kalau Mieya terangkan untuk semua azam sekaligus.


  • Kita tak suka kan perubahan
Memang dari awal lagi, matlamat utama kita adalah untuk kurus. Tapi, tiada sesiapa yang sukakan perubahan - contohnya : Menukar sarapan lazat yang telah kita nikmati selama bertahun-tahun (menu sarapan nasi goreng ditukar dengan biskut rendah lemak) Its hard to break the habits.

Some of us maybe able to bear the changes hanya dalam jangka masa yang pendek dan GAGAL diteruskan untuk jangka masa yang panjang kerana bosan.

So, apa yang Mieya boleh cadangkan ialah lakukan perubahan dengan perlahan-lahan atau hanya tertumpu pada satu perkara sahaja dahulu. As you adjust to those changes, continue making further changes. Yang penting, haruslah ada progress dan perubahan untuk jangka masa panjang.

  • Tiada kesabaran
Kita semua inginkan keputusan penurunan berat badan yang cepat. Tapi kita semua lupa, berapa lama masa yang diambil untuk menambahkan berat badan anda. Misalnya, dalam dua tahun. Dan tiba-tiba nak tengok perubahan pada badan dalam masa dua hari? Cuba fikir, adakah ini logik atau tak?

Of course lah tak logik. So, apa yang perlu korang lakukan ialah sabar. Bukannya tak boleh nak dapatkan results drastik sebegitu, tapi kebanyakan daripada kita tak punya disiplin serta tak tahu macam mana nak menjayakan azam tersebut. 

  • Matlamat tidak realistik
Ramai yang ingin kelihatan cantik dan mempunyai potongan badan yang menarik macam model. Tapi, hanya banyak menonton televisyen dan membelek-belek muka surat majalah tanpa melakukan sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh. Adakah ini munasabah?

Tentu sekali tidak. Apa yang perlu korang lakukan ialah carilah matlamat yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup korang. Also, mulakan dengan matlamat yang sederhana, reach those targets dan teruskan lagi usaha anda.

  • Tiada panduan
Sama lah macam memandu dalam gelap tanpa peta (panduan/arah tuju). Hanya menyerah kepada nasig semata-mata untuk mencapai matlamat. 

So, carilah panduan. Sama ada melalui internet, ataupun ahli keluarga dan kawan yang sesuai. Kalau boleh, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakan. People like them, can help you to analyze your current lifestyle dan dalam masa sama, akan tentukan matlamat yang munasabah.

  • Kurang pengetahuan
Ini lebih kurang sama sahaja dengan tiada panduan. You need to know how to control your weight and your health. Its not about luck. Sesetengah orang, mengunjungi gym hari-hari. Tapi masih gagal dalam mencapai azam mereka. Kenapa?

Sebab mereka tak tahu macam mana dan aktiviti di gym kebanyakannya bercanggah dengan matlamat mereka. So, dapatkan rujukan daripada mereka yang pakar.

P/s : Entri ini dicopy sedikit dari google dan selebihnya diolah mengikut citarasa sendiri oleh Mieya.


Jangan selalu tidur terlalu lewat dan bangun lambat. KENAPA?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Wah, tajuk entri kali nie. Tak boleh bagi lagi lagi lagi panjang ke Cik Mieya oii?!! hehe, sorry !

Artikel ini adalah ehsan daripada google yang bertajuk "DON'T ALWAYS SLEEP LATE !". Dah tajuk pon bahasa inggeris, sudah semestinya artikel ini sepenuhnya ditulis dalam bahasa inggeris. 

Jadi Mieya telah mengambil sedikit masa untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu supaya kita lebih senang faham. Memandangkan google translator tak banyak membantu, maka Mieya terangkan mengikut kefaham Mieya je lah ye :)

Ingat lagi tak, dulu waktu kita semua kecik-kecik, emak dan abah selalu marah-marah kita. eheh, sebenarnya bukannya marah pon, boleh dianggap sebagai satu teguran dan nasihat.

 "JANGAN SELALU TIDUR LAMBAT!"

Cuba ingat balik, cuba ingat balik. Mesti ada kan? Kalau tak pun, cikgu-cikgu kat sekolah pun ada juga cakap macam tu. Haa.. Nak tahu KENAPA?

Tidur yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tidak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.

Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:
Malam (9pm - 11pm) : adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de-toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan berada dalam suasana yang relaks seperti mendengar muzik

Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam (11pm - 1am) : Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am) : Proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am) : Proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am) : Proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am) : Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. 

Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai ke jam 4 pagi juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
Oleh  itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat.

“Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan”


Sahabat Baik Rampas Kekasih. Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak menulis entri atau lebih tepatnya menyentuh isu cinta.
Bukannya sebab patah hati ke, atau ditimpa apa-apa penyakit yang melibatkan hati. Tak. Sebaliknya, Mieya kebuntuan idea, kekurangan sumber dan juga fakta-fakta khususnya bila melibatkan isu cintan-cintun nie.

Jadi, sudah semestinya entri kali nie berkonsepkan santai-santai sambil-sambil tu mengajak kita semua untuk sama-sama menyelami rasa serta membawa fikiran berpusing jauh ke dalam.

Sekarang, cuba letakkan atau bayangkan diri korang berada dalam situasi sebegini :

Anda mempunyai seorang kawan baik, yang mana persahabatan korang terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada masa yang sama, anda mula mengenali seorang jejaka/gadis. Pada mulanya, korang berkawan rapat, namun lama-kelamaan hubungan kawan bertukar kepada kekasih.


Setelah beberapa tahun anda berkawan, dan akhirnya anda mendapat tahu bahawa kekasih anda mempunyai skandal dengan kawan karib anda. Tak sangka bahawa kawan anda sendiri sanggup membuat anda seperti ini dengan kata lain merampas apa yang dimiliki dan disayangi daripada anda. 



Apa yang anda bakal lakukan? menangis sampai lebam biji mata? ingin terjun dari tingkat 1 dengan tujuan supaya kekasih anda kembali kepada anda? Itu semua kerja sia-sia.


Situasi ini memang pernah terjadi di sekeliling kita dan selalunya "perampas" ini adalah dikalangan orang yang kita percayaiRampas merampas nie macam biasa je berlaku. Misalnya, rampasan kapal terbang pun boleh meruntuhkan bangunan WTC kat U.S. 

Manakala rampas kekasih boleh memutuskan tali silaturahim antara manusia.. Tambahan pula jika si perampas adalah kawan sendiri. Boleh mengakibatkan perang saudara yang sukar dibayangkan jika diturutkan dendam dan api kemarahan yang menggila.

Jika kekasih anda dirampas, anda perlu banyak bersabar. Anggaplah apa yang berlaku ini satu dugaan untuk lebih mendewasakan diri kita. Biarkan mereka dengan hidup mereka kalau sudah itu pilihan mereka. 

Memang benar ia menyakitkan apabila orang yang kita percaya dan sayang selama nie mengkhianati diri kita. Namun cubalah tabahkan hati dan buang rasa marah, benci dan dendam jauh-jauh kerana selagi ada perasaan itu, selagi itu kita akan bersedih. 

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar Tuhan pertemukan kita dengan orang yang lebih baik. Jangan bersedih dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.



3 Cara Kekal Ceria dan Cergas

Assalamualaikum wbt :)

Entri ringkas sahaja untuk kali nie. Maklumlah bila tibanya hujung-hujung minggu, mula lah rasa tubuh tu lesu dan sifat kemalasan jadi bertambah membuak-buak. Jadi, hari nie, Mieya nak kongsikan tips yang mana korang boleh praktikkan untuk kekal ceria dan cergas.
  • 10 Aktiviti Wajib Buat !
Tulis sepuluh aktiviti paling rnenggembirakan dalam hidup kamu seperti menonton wayang, berjanji temu atau mungkin tidur. Setiap minggu pastikan kamu melakukan sekurang-kurangnya dua daripada aktiviti yang disenaraikan. Bila kamu gembira, ia dapat membantu menyegarkan kembali tubuh yang lesu.
  • Senyum @  Ketawa
Sekurang-kurangnya kamu harus senyum atau ketawa sekali sehari walau tanpa alasan kukuh. Kamu tidak perlukan pelawak atau komik untuk ketawa. Cukup hanya membayangkan peristiwa paling indah dalam hidup kamu dan cubalah tersenyum. 

Ketawa dapat membantu mempertingkatkan tindak balas kimia tubuh yang dapat mengurangkan ketegangan emosi yang dialami. Ia juga membantu merehatkan otot dan melancarkan pernafasan.
  • Kongsi Rasa
Luangkan masa dengan insan tersayang atau haiwan peliharaan. Melayan kerenah orang tersayang atau haiwan peliharaan mampu mewujudkan rasa ceria dalam hidup. Setidak-tidaknya kamu punya alasan untuk hidup sihat dan ceria sepanjang masa.

P/S :  Mieya nie kalau menaip tak sah kalau tak panjang berjela kan? Maaf, dah terbiasa. hehe... Kejap lagi, Mieya akan lebih merajinkan diri untuk reply komen di blog korang. Btw, seronok baca komen-komen korang di entri yang lepas. =)

Tips berhati-hati ketika di jalan raya

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kalian :)

Kebelakangan nie, banyak berita mengenai kemalangan jalan raya terpapar di televisyen mahupun di dada-dada akhbar. Pokoknya, memang tak sah kalau sehari tak eksiden. Kan? (macam style orang Indonesia cakap je kan siap berpokok pokok bagai)


Nahas 10 Kenderaan, 2 Maut
Haishh! Macam mana eh nak elakkan eksiden nie? Haa.. Sesuai dengan tajuk entri kali nie. Hari nie Mieya nak bagi tips sikit dekat korang. Sebagai seorang insan yang dah empat puluh lapan ribu tiga puluh enam ratus dua kali eksiden. Cehh, nampak benar menipunya padahal sekali je kot!

Mieya nak pesan sangat-sangat supaya korang:

o   Sentiasa memandu mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Ahh! Benda macam nie pun engkau nak pesan? Banyak orang dah tau lah! Uishh! Sat ! Sat ! Memang lah ramai dah tahu tapi tak ramai yang apply benda nie. Sebab tu yang memandu sorang-sorang pon boleh eksiden. Takde angin, takde ribut, motor masuk parit. pelik kan? -.-'

o   Servis kenderaan.
Ini sangat penting! Buatnya air tak cukup, minyak nak habis, bukan ke nanti perjalanan tak lancar. Tak best lah kan. :D  Pressure tayar perlu sangat-sangat diambil berat! Jangan buat main benda alah nie. Kalau meletop tengah jalan nanti siapa yang nak tolong kome? (eheh, tersasul loghat Perak pulak)

o   Mendapat rehat yang cukup.
Kalau korang nak drive jauh pastikan korang cukup tidur sebelum nak travel jauh. Takut tertidur nanti masa tengah drive. Kang tidur tak bangun-bangun bukan ke kesian tu. Tak mau lah mati katak pulak kan. Ngeri tu. :3

o   Focus on the road.
Sentiasa alert okay! Bukak mata besaw-besaw! Tengok setiap kenderaan yang bergerak di jalan. Buat pulak tiba-tiba ada kambing melintas,tak sempat nak brake. GEDEBUKKK! Kalau kambing yang teruk takpe. Malang tak berbau tau !

o   Pastikan jarak selamat.
Nie penting! Jangan nak ikut kenderaan dekat depan tu rapat-rapat sangat. Ni siap ada yang sampai nak tercium bontot dah Mieya tengok. Nak kalut sangat pasal apa. Relax la. Tak ke mana gunung di kejar. Aik, Macam lain je bunyi tu -.-'


Actually, banyak lagi tips yang korang boleh applied. Nak lagi? Korang try tanya Pak Cik Google eh. Confirm ada banyak lagi tips yang korang boleh dapat. Segalanya kini dihujung jari. Nak atau tak nak je. Tepuk dada, tanyalah hati.

P/s : Tak rasa entri kali nie macam nak kena lempang dek kerana susunan ayat yang gedik semacam je. kan? haha

Rambut Kerap Gugur? Kenapa?

Assalamualaikum wbt.

Hai semua :)

Okey, cakap terus-terang tanpa ayat pendahuluan yang panjang berjela-jela mencecah ke lantai dan akhirnya habuk pon tak dapat. Input takde, output lagi lah.

Masalah rambut gugur dan akhirnya makin menipis menjadi satu roda igauan ngeri seandainya ia dibiarkan berterusan. Tambahan lagi, apabila kulit kepala mula nampak "lebih jelas" atau rambut berterusan gugur sehingga menjadi botak.

Sebenarnya, terdapat beberapa punca yang menyebabkan rambut gugur. Antaranya :
  • kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
  • demam, jangkitan dan selesema yang serius
  • perubahan hormon
  • amalan diet yang tak seimbang
  • kesan daripada ubat-ubatan
  • stress


Semestinya bila rambut semakin kerap gugur, kita semua akan berusaha untuk mencari tips-tips mahupun petua dalam mengatasi masalah rambut gugur. Tak kurang, ada juga yang akan mencari di enjin carian google "Tips merawat rambut gugur".

Di pasaran sahaja, terdapat pelbagai cara mengatasi masalah rambut gugur sama ada menerusi kaedah moden yang melibatkan bahan kimia ataupun kaedah tradisional yang menggunakan bahan semula jadi. Kebiasaannya, cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan kaedah tradisional adalah lebih selamat daripada kesan sampingan yang tidak baik.

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
  1. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. 
  2. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. 
  3. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
  4. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke keseluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. 
  5. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam. 
  6. Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini :
- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.


P/S : Jom baca entri seterusnya untuk mengetahui Mitos VS Fakta Mengenai Rambut

Enjoy your reading !