Wahwah.. Sedar tak sedar, sudah dua hari Mieya tak menempel di teratak blog Mieya nie. Busy sangat membantu abang Mieya yang baru berpindah rumah. So, faham-faham je lah bagaimana rasa penatnya dalam memunggah, mengemas, menyusun atur barang-barang ke rumah baru.
Itu belum masuk lagi bab mencuci rumah. hahaha Tak dapat nak diceritakan bagaimana perasaannya setibanya memasuki rumah sewa abang Mieya tu. Cermin tingkap penuh dengan debu, siling penuh dengan sawang-mawang.. Fuh, lantai dan bilik air sungguh berkeladak giler.
Check sahaja keyword carian di Nuffnang tadi, Mieya tercengang sejenak. Sebabnya.. Korang tengok lah sendiri.
Seriously, Mieya tak sangka pulak ada yang mencari keyword Cara Mengelak Dari Dibenci Mertua
sampai ke blog Mieya nie. Walhal, Mieya tak pernah pon up entri pasal tu. Ehhh.. kahwin pon belum lagi tau. :D
Walau bagaimanapun, korang boleh lah mendapatkan sedikit input daripadanya di artikel
10 Cara Memikat Hati Mertua. (Credit to : Cik Laily)
Apa yang penting, hormati dan sayangilah ibu bapa mertua kalian seperti ibu bapa sendiri. Jaga hati dan kebajikan mereka, jangan lokek (kedekut). Jangan pinggirkan perasaan mereka, luangkan masa bersama dan sesekali jenguk-jenguklah mereka di rumah (bagi yang tinggal jauh.)
P/S : Mieya taip berdasarkan pengamatan dan pemerhatian terhadap perilaku ahli keluarga sendiri. Tak ada
niat nak menyinggung hati sesiapa.